PONTIAN: Kesan parut tiga das tembakan di tubuh menjadi bukti pengorbanan dan penderitaan Lans Koperal (B) Samin Parlan dalam menentang komunis 46 tahun lepas.
Samin, 82, sesungguhnya tidak akan melupakan insiden tembak-menembak yang berlaku di pekarangan sebuah rumah di Jalan Princes, Pasir Pinji, Perak pada 5 petang, 25 Ogos 1976 ketika beliau berkhidmat sebagai anggota Terup 5C Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Dalam kejadian itu, beliau yang ketika itu berpangkat konstabel dan berusia 36 tahun terkena dua tembakan di perut serta satu di dada.
Menceritakan peristiwa hitam itu kepada Bernama, Samin berkata ketika itu beliau bersama dua rakan, dikenali sebagai Yam Yam Fong dan Mohamad Salleh ditugaskan untuk membantu seorang Pegawai Cawangan Khas Inspektor Mat Zin ke rumah tersebut yang dipercayai tempat persembunyian komunis.
"Sebaik sampai di rumah berkenaan, kami melihat ada seorang lelaki dipercayai ejen komunis keluar dari hutan berdekatan hendak masuk ke rumah itu dan kami tahan serta periksa.
"Tak lama selepas itu terdengar bunyi tembakan, tapi tak dapat dipastikan dari arah mana tembakan itu. Ia berlaku dengan cepat dan kami berbalas tembakan. Saya hanya sedar apabila sudah terbaring cedera bersama Mohamad manakala Yam selamat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kayu Ara Pasong di sini baru-baru ini.
Beliau berkata Inspektor Mat dan seorang ejen komunis maut dalam insiden itu namun polis berjaya merampas selaras pistol, sejumlah peluru dan sejumlah dokumen berkaitan komunis di lokasi kejadian.
Bergenang air mata bapa kepada dua anak itu apabila menceritakan terpaksa dirawat kira-kira empat bulan di Hospital Kuala Lumpur akibat kecederaan dialami, lebih-lebih lagi mengenangkan isterinya, Azizah Sohadi, yang kini berusia 72 tahun dan anak-anaknya yang masih kecil ketika itu.
Samin berkata kesakitannya tidak terhenti di situ kerana terpaksa menanggung derita selama 10 tahun akibat tembakan di perut kanan yang terkena saraf sekali gus menyukarkannya untuk berjalan dan perlu menggunakan tongkat sehingga kini.
"Satu tembakan di dada tidak tembus dan hanya menyebabkan luka, satu peluru di perut kiri berjaya dikeluarkan menerusi pembedahan tetapi satu peluru di perut kanan tersangkut dan terkena saraf.
"Doktor pada masa itu memaklumkan sangat berbahaya untuk mengeluarkan peluru itu, oleh sebab itu saya kena tanggung sakit dan derita selama 10 tahun hingga saya berubat rawatan Islam sekitar 1986 dan serpihan peluru itu akhirnya dapat juga dikeluarkan," katanya.
Samin yang bersara pada 1995 selepas berkhidmat 31 tahun dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata peristiwa itu sentiasa segar dalam ingatannya namun terbuku hasrat ingin berjumpa dengan Yam dan Mohamad yang telah terputus hubungan selepas kejadian itu.
"Yam dan Mohamad ditukarkan ke tempat lain selepas kejadian itu dan saya tidak dapat berjumpa langsung dengan mereka, tidak tahu ke mana (mereka ditukarkan)... kami terputus hubungan dan kejadian itu berlalu begitu sahaja," katanya.
Samin yang masih mengingati nombor badan (nombor anggota) Yam iaitu 6030 manakala Mohamad bernombor 41915 berkata beliau sentiasa mendoakan kesejahteraan dua rakannya itu dan berharap dapat berjumpa jika mereka masih hidup.
Penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) itu pada masa sama turut menitipkan pesanan buat semua wira dan wirawati negara agar sentiasa cekal dalam menjalankan tugas, amanah dan setia kepada negara, agama dan bangsa.
"Kepada semua wira dan wirawati di darat, laut dan udara yang sentiasa bertugas untuk bangsa dan negara, Keluarga Malaysia sentiasa mendoakan kamu semua.
"Pada masa yang sama, jangan lupa kepada saudara kita yang banyak berjasa dan telah uzur serta hilang keupayaan tenaga serta balu-balu dan anak-anak yang kehilangan keluarga dalam mencapai kebebasan negara tercinta ini," kata Samin yang menerima PJPN awal tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022
Samin yang bersara pada 1995 selepas berkhidmat 31 tahun dengan PDRM terbuku hasrat ingin berjumpa dengan Yam dan Mohamad yang telah terputus hubungan selepas kejadian pada 1976. - Foto ihsan Polis Pontian
Malaysia catat 27.9 juta ancaman dalam talian pada 2024 - Kaspersky
Syarikat keselamatan siber global Kaspersky mengesan dan menyekat 27.9 juta ancaman web di Malaysia pada tahun lepas, menokok sebanyak empat peratus daripada 2023.
Agenda AWANI: Wilayah Persekutuan kita
Diskusi mengenai cabaran dan potensi pembangunan infrastruktur, integrasi alam sekitar, kepelbagaian perekonomian serta wilayah yang inklusif bersama YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
Pasukan keselamatan Thailand tumpaskan empat lelaki bersenjata di Yala
Empat lelaki bersenjata maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan tempatan di Kampung Charak Vakong, daerah Kerong Pinang, Wilayah Yala kira-kira 5.30 pagi tadi.
Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang semasa mahu mengambil selipar di Taman Kota Jaya, petang tadi.
[TERKINI] Prolintas beri penjelasan tuduhan rasuah dua individu
Dalam satu kenyataan Prolintas, menegaskan dua individu yang dituduh menerima rasuah oleh SPRM adalah yang terbabit dengan syarikat Turnpike Synergy Sdn Bhd.
“Sekolah Ain Jalut: Harapan Pendidikan Syria Selepas Perang”
Sekolah Ain Jalut, sebuah institusi pendidikan yang dibangunkan hasil sumbangan rakyat Malaysia, menjadi simbol ketabahan dan perjuangan di Aleppo.
Walaupun hancur akibat serangan beberapa tahun lalu, kisah sekolah ini terus memberi petunjuk penting mengenai keperluan mendesak untuk membangunkan sektor pendidikan di Syria selepas perang.
Ikuti laporan khas bersama Hilal Azmi yang menyelami cabaran dan harapan masyarakat Syria dalam memperbaiki sistem pendidikan mereka.
Walaupun hancur akibat serangan beberapa tahun lalu, kisah sekolah ini terus memberi petunjuk penting mengenai keperluan mendesak untuk membangunkan sektor pendidikan di Syria selepas perang.
Ikuti laporan khas bersama Hilal Azmi yang menyelami cabaran dan harapan masyarakat Syria dalam memperbaiki sistem pendidikan mereka.
Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perbincangan itu dijangka dibuat bermula bulan hadapan.
Penduduk Palestin mula kembali ke utara Gaza
Ribuan penduduk Palestin mula kembali ke utara Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas Palestin yang berkuat kuasa pada 19 Januari.
Polis akan panggil semula saksi
Polis akan memanggil semula saksi yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa terdekat, susulan arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Nov untuk menyiasat semula semua aspek berkaitan kes tersebut.
Lelaki warga Thailand bayar saman tertunggak RM17,700
Seorang pemandu dan pemilik van Thailand, mempunyai rekod saman tertinggi berjumlah RM17,700.
Parut tembakan bukti pengorbanan Samin tentang komunis
Dalam kejadian pada 25 Ogos 1976 itu, beliau yang ketika itu berusia 36 tahun terkena dua tembakan di perut serta satu di dada.