Pas menerima kerjasama parti berasaskan kaum India seperti MIC dan Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) yang berikrar memastikan calon diketengahkan parti Islam itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr Halimah Ali menerima sokongan masyarakat India.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kedua-dua parti itu mula turun padang bersama-sama Dr Halimah ketika berkempen selain memujuk anggota dan penyokong MIC dan IPF yang merupakan pengundi di DUN Seri Setia untuk mengundi calon Pas itu.
"Selain UMNO, kita mula menerima sokongan daripada MIC dan IPF dan beberapa badan bukan kerajaan yang berikrar untuk membantu calon Pas (di Seri Setia).
"Cuma di pihak MCA, kami tak nampak kesan terus lagi (dari segi sokongan kepada calon Pas) sebab mungkin mereka sibuk bertumpu kempen PRK DUN Balakong yang diadakan serentak dengan PRK Seri Setia iaitu 8 Sept ini," katanya dalam sidang media di pejabat Badan Perhubungan Pas Selangor di sini, pada Ahad.
Turut hadir, Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah.
Dr Halimah berdepan pertandingan satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar pada PRK berkenaan yang diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN itu, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lepas akibat kanser usus.
Berhubung sokongan pengundi Cina di DUN Seri Setia terhadap calon Pas, Tuan Ibrahim berkata Pas belum dapat menentukan sejauh mana tahap sokongan pengundi kaum Cina di kawasan itu.
Beliau berkata parti itu mengambil maklum mengenai jiwa dan hati kaum Cina yang mahukan pemimpin yang mampu menunaikan janji.
"Sokongan pengundi Cina (kepada Pas di Seri Setia) masih tak jelas lagi. Cuma indikatornya, nampak mereka marah dengan pembohongan kerana orang Cina ini mereka berdasarkan (faktor) kepercayaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 26 2018

Tuan Ibrahim (kiri) pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor, 26 Ogos, 2018. Turut hadir Naib Presiden Pas Idris Ahmad (dua, kiri), Ketua Muslimat Pas Nuridah Salleh (dua, kanan) dan Dr Halimah (kanan). --fotoBERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kerajaan boleh guna pengalaman NGO salurkan bantuan - MERCY Malaysia
Kerajaan boleh menggunakan pengalaman Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk membantu menyalurkan sumbangan keperluan asas kepada golongan yang terjejas akibat Pandemik Covid-19.

Syarikat korporat, NGO, dan masyarakat digesa tingkat bantuan kepada Orang Asli
Ini bagi membantu mengurangkan beban Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meliputi semua kawasan pedalaman orang asli.

Badan kebajikan, NGO disaran tidak fokus bantuan gelandangan di satu tempat - TPM
Badan kebajikan perlu teroka kawasan lain yang mempunyai gelandangan dan tidak mengambil jalan mudah dengan hanya fokus kepada satu tempat.