KUCHING: Perkenalan singkat selama lapan bulan dengan masing-masing mempunyai sejarah perkahwinan terdahulu tidak menghalang pasangan raja sehari, Ali Panel, 52, dan Suriyani Suib, 45, untuk merasai kemeriahan upacara akad nikah secara beramai-ramai di Masjid Darul Hana, di sini, hari ini.
Berbekalkan 'modal' RM25 bagi borang kebenaran kahwin dan sijil perkahwinan yang masing-masing bernilai RM10 dan RM15 selain mas kahwin, mempelai berkenaan merupakan antara 30 pasangan yang menyertai program Akad Semarak Ummah 2023 itu.
"Sepatutnya kami merancang untuk berkahwin pada Februari 2024 tetapi ada ternampak penganjuran program ini di Jabatan Agama Islam Sarawak jadi pada saat-saat akhir kami mengambil keputusan untuk memohon pada awal bulan ini.
"Jadi, tak sangka masih ada kekosongan dan kami terpilih untuk menjadi antara pasangan yang berkahwin hari ini, Alhamdulillah urusan kami berdua dipermudahkan," jelas Ali yang bekerja dalam sektor pendidikan.
Ali dan Suriyani, masing-masing mempunyai tiga anak daripada perkahwinan terdahulu, berkata mereka berdua tidak berasa kekok meskipun dikelilingi pasangan yang jauh lebih muda, apatah lagi majlis berkenaan dihadiri tetamu kenamaan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman.
"Kami sedar pasangan yang lain jauh lebih muda daripada kami.. majlis ini pun ada tetamu kenamaan, kalau nikah secara persendirian susah nak jemput orang kenamaan," kata Ali yang berasal dari Kampung Beladin, Betong manakala Suriyani dilahirkan di Kampung Bintangor, Sarikei.
Program Akad Semarak Ummah 2023 dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023

Sebahagian daripada 30 pasangan yang diijab kabulkan pada Majlis Akad Nikah Semarak Ummah 2023 di Masjid Darul Hana Petra Jaya hari ini. - Bernama

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.

Pasangan berusia teruja sertai majlis akad nikah beramai-ramai
Program Akad Semarak Ummah 2023 dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak.