Tujuh sekeluarga berdepan detik cemas apabila menyedari kehadiran sepasang biawak yang menginap di celahan bumbung dapur kediaman mereka di Kampung Padang Limau, Karangan, Kulim.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Sabtu, keluarga tersebut yang menetap di Pulau Pinang baru sahaja tiba di rumah terbabit sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Salah seorang anggota keluarga yang menyedari kewujudan reptilia tersebut segera menelefon pihak bomba.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Kulim Hi-Tech, Pegawai Bomba Kanan 2, Zabidin Mad Isa mengesahkan pihaknya menerima panggilan pada jam 11.15 malam sebelum pihaknya bergegas ke lokasi kejadian..
Setibanya di lokasi, salah seekor biawak itu sempat melarikan diri ke kawasan semak di bahagian belakang rumah tersebut..
Manakala seekor lagi biawak seberat dua kilogram, berjaya ditangkap dengan menggunakan penjerut khas dan tangga oleh anggota bomba dengan bantuan orang awam.
Tambah Zabidin, operasi menangkap reptilia tersebut memakan masa lebih satu jam memandangkan kedudukan biawak tersebut yang tersangkut antara bumbung dan dinding disamping persekitaran yang agak gelap..
Difahamkan, keluarga terbabit sudah lebih tiga bulan tidak kembali ke rumah tersebut kerana telah menetap di Pulau Pinang.
Salim Aziz
Sun May 26 2019

Biawak seberat dua kilogram, berjaya ditangkap dengan menggunakan penjerut khas dan tangga oleh anggota bomba.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.

Mayat ditemui dalam keadaan ngeri, sebahagian tubuh dimakan biawak
Satu mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian tubuh dimakan biawak di sebatang sungai dekat Batu 3 Jalan Maharajalela di Teluk Intan.

Tulang haiwan lebih awal dari dinosaur ditemui
Ahli geologi dan paleontologi mengesyaki tulang-tulang tersebut adalah daripada sejenis biawak.

Pekerja resort Jurassic Park parah diserang biawak komodo
Seorang pekerja sebuah resort di Indonesia dilaporkan parah selepas diserang oleh seekor biawak Komodo.

Polis buru pihak bertanggungjawab panah monyet, biawak
Saksi yang mempunyai maklumat atau mengetahui mengenai pelaku kejadian ini boleh menghubungi polis di talian hotline 03-8888 2010 atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Brickfields, 03-2297 9222.

Pemuda menjadi wira, membantu biawak
Tindakan seorang lelaki berbaju Melayu bantu seekor biawak yang kepalanya tersangkut dalam tin jadi perhatian netizen.

APMM Selangor patahkan cubaan seludup kulit ular, kulit biawak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kulit ular dan biawak, di 0.3 batu nautika utara daripada Sungai Chondong Besar, dekat sini, semalam.

Biawak gergasi, musang dan kura-kura terselamat dari jadi 'lauk'
Semua haiwan itu dipercayai untuk diseludup ke negara Vietnam bagi memenuhi permintaan penggemar makanan pelik.

Biawak garang sukarkan misi selamatkan lembu jatuh telaga
Dua ekor biawak yang agak agresif itu terlebih dahulu ditangkap anggota APM sebelum usaha menaikkan lembu itu dilakukan.

Biawak betina bertelur tanpa spesis jantan
Penyelidik terkejut apabila mendapati adanya petunjuk bahawa embrio dalam telur itu sedang membesar.

Pasangan biawak sesat ke dalam rumah
Tujuh sekeluarga berdepan detik cemas apabila menyedari kehadiran sepasang biawak yang menginap di celahan bumbung dapur kediaman mereka.