PASIR PUTEH: Ketabahan pasangan warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) mendidik lapan anak mereka berbalas selepas kesemuanya berjaya menjalani kehidupan mereka.
Sara Abu Kassim, 64, bersyukur kerana empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
Mengakui sukar menjaga anak yang ramai ketika mereka masih kecil namun tanggungjawab yang dipikul berbaloi apabila anak-anaknya kini mampu membalas jasanya.
"Kehidupan yang miskin bukan alasan untuk saya mengabaikan persekolahan anak-anak kerana itu sahaja yang mampu diberikan untuk mengubah kehidupan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Abal pada Jumaat.
Menurut Sara, anak sulungnya merupakan lepasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur manakala anak kedua dan ketiga pula berjaya menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), masing-masing di Perlis dan Kelantan.
"Seorang lagi anak saya berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)," katanya.
Jelas Sara lagi, kesemua anaknya sudah dididik sejak kecil bahawa ilmu sangat penting untuk jaminan masa depan yang lebih baik.
"Saya dan arwah suami buta huruf dan tidak mempunyai harta. Jadi kami berusaha membesarkan anak-anak untuk mengubah kehidupan serta berjaya ke universiti.
"Saya juga selalu berpesan kepada anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh kerana melalui ilmu akan dipandang tinggi," katanya.
Jelas Sara ketika anak-anak masih kecil, arwah suaminya Mat Yunus Hamzah, bekerja sebagai pemuzik yang menjual tisu, sikat dan minyak urut tradisional di Kuantan, Pahang dan pulang ke kampung kira-kira dua minggu sekali.
Dalam tempoh itu juga kata Sara, dia turut menjual minyak urut tradisional dari rumah ke rumah setiap Jumaat dan Sabtu bagi menambah pendapatan suami.
Kongsi Sara lagi, rutin hariannya bermula jam 5 pagi dengan memasak sarapan untuk anak-anak ke sekolah dan ada yang mahu membawa bekal.
Selepas suaminya meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu, Sara berdikari dan menjual barangan itu di rumah bagi menghilangkan rasa bosan kerana anak-anak keluar bekerja.
"Ketika itu kehidupan kami tidak lagi sukar kerana tiga anak sudah mendapat pekerjaan yang baik tetapi saya tetap mahu berniaga secara kecil-kecilan bagi menghilangkan bosan berada di rumah," katanya.
Sara yang buta sejak berusia empat tahun akibat penyakit kayap juga lebih selesa tinggal di rumah peninggalan suaminya walaupun anak-anak memujuk untuk tinggal bersama.
"Alhamdulillah saya selesa tinggal di rumah sendiri dan anak-anak selalu menjenguk dan membawa makanan dan keperluan diri," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 24 2024
![Pasangan buta berjaya didik lapan anak Pasangan buta berjaya didik lapan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708738091_Pasanganbuta.jpg)
Sara (dua, kiri) ketika menghadiri majlis konvokesyen anak bongsunya di Kolej Komuniti. - Foto Sinar Harian
![Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736658985_parang.jpg)
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
![Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind
Hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.
![Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738902590_AzamBaki.jpg)
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah.
Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata pembinaan kompleks CIQ baharu di pihak Thailand telah pun disiapkan beberapa tahun lalu.
![KUSKOP salur RM813.4 juta kepada PMKS, koperasi di Sabah tahun lepas KUSKOP salur RM813.4 juta kepada PMKS, koperasi di Sabah tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739265279_EwonBenedick.jpg)
KUSKOP salur RM813.4 juta kepada PMKS, koperasi di Sabah tahun lepas
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan RM813.4 juta kepada 53,395 perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di Sabah, sepanjang tahun lepas.
Agenda AWANI: Indeks Persepsi Rasuah | Tambah Baik Kedudukan
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata. Apa cara untuk tambah baik kedudukan ini dan adakah visi untuk berada 25 buah negara teratas di dunia menjelang tahun 2033 boleh dicapai? Diskusi 8.30 malam
![Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739272819_SaifuddinNasutionI.jpg)
Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Krisis bantuan Gaza terkawal
Krisis kebuluran di Gaza berjaya dielakkan buat masa ini susulan peningkatan bantuan kemanusiaan yang memasuki wilayah tersebut dalam fasa pertama gencatan senjata.
Malaysia, Turkiye desak dunia iktiraf Palestin anggota PBB
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin, termasuk mengiktiraf sebagai negara berdaulat dan menjadi anggota PBB.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![Pasangan buta berjaya didik lapan anak Pasangan buta berjaya didik lapan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708738091_Pasanganbuta.jpg)
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
![Daim buta sebelah mata, strok - Peguam Daim buta sebelah mata, strok - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706507497_TBTunDaimZainuddin.jpg)
Daim buta sebelah mata, strok - Peguam
Daim mengalami masalah kesihatan yang kronik apabila mata kirinya dijangkiti kuman sehingga menyebabkan ia terpaksa dikeluarkan.
![Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679436043_TBpengemis.jpg)
Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.
![Salman Rushdie buta sebelah mata Salman Rushdie buta sebelah mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666576144_TBSALMAN.jpg)
Salman Rushdie buta sebelah mata
Salman turut menderita lebih 15 parut di dadanya kerana serangan berkenaan.
![OKU cacat penglihatan seronok diberi peluang berbasikal OKU cacat penglihatan seronok diberi peluang berbasikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616860422_berbasikalOKU.jpg)
OKU cacat penglihatan seronok diberi peluang berbasikal
Program anjuran Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Perak dan Tourism Perak itu memberi peluang kepada peserta untuk mengenali komponen basikal sebelum memulakan pergerakan.
![Hanya kerana menjadi polis matanya ditusuk hingga buta, masa depan Kathera diragut Hanya kerana menjadi polis matanya ditusuk hingga buta, masa depan Kathera diragut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51604979849_KABUL.jpg)
Hanya kerana menjadi polis matanya ditusuk hingga buta, masa depan Kathera diragut
Hanya kerana impikan sebuah kerjaya, ibu kepada lima cahaya mata ini kini hilang penglihatannya.
![Soren, kucing buta bermata cantik, umpama galaksi Soren, kucing buta bermata cantik, umpama galaksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61597911428_zombiekittens.jpg)
Soren, kucing buta bermata cantik, umpama galaksi
Soren tidak seperti kucing lain kerana haiwan itu mempunyai masalah di matanya, separuh buta, bola mata yang tidak kelihatan anak mata dan ia hanya mampu mengesan cahaya dan kegelapan.
![Budak 8 tahun buta ditembak tentera Zionis Budak 8 tahun buta ditembak tentera Zionis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81582181115_jpg.jpg)
Budak 8 tahun buta ditembak tentera Zionis
Malek Issa disahkan buta sebelah mata kiri selepas beberapa hari ditembak polis Israel dengan peluru keluli bersalut getah.
![Tabah jaga isteri tersayang meskipun buta, uzur Tabah jaga isteri tersayang meskipun buta, uzur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71564334374_wargaemas.jpg)
Tabah jaga isteri tersayang meskipun buta, uzur
Cacat penglihatan tidak menghalang seorang warga emas di Kampung Wakaf Bata di sini untuk menguruskan isterinya yang menghidap pelbagai penyakit termasuk asma kronik.