CHUKAI: Sepasang kekasih yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka berusia tujuh hari, menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Nur Aisyah Azila Zairul Akmal, 21, dan Muhammad Alhafiz Mukminin Mohd Noor, 24, menukar pengakuan itu di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd dan mohon dibicarakan.
Wan Suhaila kemudian menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan semula kes, serahan dokumen oleh pihak pendakwaan dan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Nurul Farhana Shamsudin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Mengikut pertuduhan dibacakan pada Khamis lepas, kedua-dua pasangan itu dituduh secara bersama sebagai orang yang mempunyai penjagaan ke atas bayi itu didapati mengabaikan dengan cara mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai ayam di Jalan Air Putih di sini antara 7 hingga 7.15 pagi, 18 Mei lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama, dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
Pada 23 Mei, Wan Suhaila membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan hari ini sebagai tarikh hukuman dijatuhkan.
Pada 18 Mei lepas, seorang bayi lelaki yang sudah tertanggal tali pusat dijumpai di atas lantai sebuah kedai menjual ayam dengan hanya beralaskan baju dan dalam keadaan menggigil kesejukan oleh seorang pemandu lori ayam kira-kira 7.30 pagi.
Bayi cukup sifat seberat tiga kilogram itu dilahirkan pada 12 Mei di sebuah rumah di Jabur Kubur sebelum ditinggalkan di kedai berkenaan pada 18 Mei dan pasangan kekasih itu ditahan di dua lokasi berasingan pada 20 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024

Nur Aisyah Azila Zairul Akmal kiri dan Muhammad Alhafiz Mukminin Mohd Noor menukar pengakuan mereka kepada tidak bersalah dan minta dibicarakan. - Foto Bernama

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Pasangan kekasih bebas pertuduhan miliki, edar dadah
Sepasang kekasih terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan memiliki dan mengedar dadah.

Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid.

Sepasang kekasih ditahan sembunyikan kelahiran, kematian bayi
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan kecemasan daripada hospital mengenai seorang pesakit yang telah melahirkan anak tetapi bayinya gagal dikesan.

Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.

Polis cekup pasangan kekasih aktif curi tabung derma di Melaka, Johor
Suspek lelaki berusia 33 tahun dan wanita 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah malam oleh sepasukan anggota polis.

Pasangan kekasih dalang curi kabel antara lima ditahan
Pasangan itu ditahan di sebuah hotel di Sungai Petani, Kedah manakala tiga yang lain ditahan di sekitar kawasan sama.

Polis tahan pasangan kekasih terlibat kes pecah rumah
Sepasang kekasih ditahan semalam kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di Kampung Binjai Bongkok Rabu lepas.

Pasangan kekasih maut nahas empat kenderaan
Sepasang kekasih maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kemajuan awal pagi tadi.

Pasangan kekasih lari pemeriksaan polis ditahan
Pasangan kekasih dipercayai berada di bawah pengaruh dadah berjaya ditahan selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas Skudai, pada Rabu.

2 pasangan kekasih ditahan disyaki terbabit lebih 15 kes pecah rumah
Polis percaya berjaya menyelesaikan lebih 15 kes pecah rumah dengan penahanan tiga lelaki dan dua wanita dalam operasi di sekitar Lembah Klang pada Sabtu lepas.