BUKIT MERTAJAM: Padah terlibat kegiatan meragut rantai emas, sepasang kekasih akhirnya dicekup polis menerusi dua serbuan di Butterworth dan Juru, Pulau Pinang semalam dan Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San berkata, suspek lelaki berusia pertengahan 30-an ditahan sebaik tiba dari Kuala Lumpur di stesen bas di Butterworth kira-kira jam 6 pagi pada 27 Februari lepas.
Manakala, teman wanitanya berusia awal 20-an ditahan di tempat kerjanya di Juru kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Cheng San berkata, penahanan pasangan itu dibuat dua minggu selepas suspek lelaki dipercayai meragut rantai leher seorang lelaki warga emas pada 10 Februari lalu.
Menurut Cheng San, suspek yang menunggang motosikal mendekati mangsa berusia 70-an sambil berpura-pura bertanyakan arah jalan pada hari kejadian iaitu sekitar jam 7 petang.
“Selepas menunjukkan arah, suspek secara tiba-tiba meragut rantai leher emas yang dipakai mangsa.
“Mangsa yang tidak cedera cuba mengejar, namun suspek memecut motosikalnya dan melarikan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT pada Jumaat.
Cheng San menambah, siasatan pihaknya mendapati suspek terlibat dalam tiga kes sama di daerah ini dan satu kes di Kulim, Kedah membabitkan kerugian mangsa berjumlah kira-kira RM6,000.
“Suspek bertindak bersendirian, manakala teman wanitanya berperanan menjual barang kemas itu di kedai pajak gadai dengan upah RM200.
“Selain itu, polis turut menahan tiga lelaki berusia 60 hingga 70 tahun iaitu pemilik tiga kedai pajak gadai tempat suspek menjual barang kemas bagi siasatan lanjut,” katanya.
Semakan mendapati suspek lelaki yang bekerja kilang itu mempunyai tujuh rekod lampau termasuk dua kes berkaitan dadah, manakala suspek wanita yang bekerja sebagai tukang urut mempunyai empat rekod lampau termasuk tiga kes dadah.
Kedua-dua suspek direman seminggu bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Mar 03 2023
![Pasangan kekasih aktif ragut rantai emas diberkas polis Pasangan kekasih aktif ragut rantai emas diberkas polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677837781_peragut.jpg)
Cheng San menunjukkan motosikal digunakan suspek ketika menjalankan aktiviti meragut. -PDRM
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
![Peragut dijel enam bulan Peragut dijel enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697591391_peragut.jpg)
Peragut dijel enam bulan
Lelaki warga tempatan berusia 27 tahun itu ditahan ketika cuba meragut seorang wanita pada Isnin lalu.
![Pasangan kekasih aktif ragut rantai emas diberkas polis Pasangan kekasih aktif ragut rantai emas diberkas polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677837781_peragut.jpg)
Pasangan kekasih aktif ragut rantai emas diberkas polis
Suspek lelaki berusia pertengahan 30-an ditahan sebaik tiba dari Kuala Lumpur di stesen bas di Butterworth kira-kira jam 6 pagi pada 27 Februari lepas.
![Polis buru suspek kes ragut di Setapak Jaya Polis buru suspek kes ragut di Setapak Jaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664071943_PeragutSetapakJaya.jpg)
Polis buru suspek kes ragut di Setapak Jaya
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang sebuah motosikal berhenti di tepi jalan untuk membeli makanan.
![Penjenayah cuba rasuah polis RM4 juta Penjenayah cuba rasuah polis RM4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653268328_RicardoEsparza.jpg)
Penjenayah cuba rasuah polis RM4 juta
Dia menawarkan kepada anggota polis yang menangkapnya sebanyak AS$1 juta untuk membebaskannya.
![Peragut rantai emas diberkas Peragut rantai emas diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649247488_TBGARI.jpg)
Peragut rantai emas diberkas
Pihak polis turut merampas pakaian, beg, sebuah telefon bimbit dan sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna hitam.
![Peragut gagal lolos ditangkap orang ramai Peragut gagal lolos ditangkap orang ramai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633039882_meragut.jpg)
Peragut gagal lolos ditangkap orang ramai
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang untuk permohonan reman pada Jumaat.
![Peragut berputih mata ragut rantai emas palsu Peragut berputih mata ragut rantai emas palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71576592622_raguttunsambantha.jpg)
Peragut berputih mata ragut rantai emas palsu
Mangsa enggan membuat laporan polis kerana rantai yang diragut hanya emas tiruan.
![Lelaki ditahan dipercayai terlibat lima kes ragut Lelaki ditahan dipercayai terlibat lima kes ragut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71508392414_HANDCUFF.jpg)
Lelaki ditahan dipercayai terlibat lima kes ragut
Lelaki itu ditahan pada 8.30 pagi di Taman Orkid, di sini, oleh anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Kluang.
![Pencuri parah selepas terjun dari tingkat tiga Pencuri parah selepas terjun dari tingkat tiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81526818713_PenjenayahParah.jpg)
Pencuri parah selepas terjun dari tingkat tiga
Seorang penjenayah parah selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan apabila cuba melarikan diri daripada dicekup kerana meragut beg tangan seorang wanita dalam kejadian di Api-Api Centre.
![Mangsa ragut maut selepas seminggu koma Mangsa ragut maut selepas seminggu koma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-01/71516264359_Mangsaragut.jpg)
Mangsa ragut maut selepas seminggu koma
Mangsa ragut di Kampung Sri Rebana, Machang maut selepas seminggu koma akibat pendarahan dalam kepala.