KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, Chukai dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata penganggur berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sekitar Jabur Kubur pada 11 pagi.
"Polis turut menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bekerja sebagai pembantu kedai makan dipercayai kekasih wanita itu pada 3 petang tadi di sekitar pekan Chukai.
"Tangkapan terhadap lelaki itu dibuat bagi membantu siasatan sama ada dia bersepakat dengan wanita terbabit untuk membuang bayi itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati bayi itu dilahirkan pada 12 Mei lepas di rumah lelaki berkenaan di Jabur Kubur sebelum ditinggalkan di lokasi terbabit pada 18 Mei.
Beliau berkata ujian perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA) akan dibuat terhadap wanita itu bagi melihat sekiranya mempunyai kaitan dengan insiden seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan dihurung semut yang dijumpai di kedai sama, Julai tahun lepas.
Sabtu lepas, seorang bayi lelaki yang sudah tertanggal tali pusat dijumpai di atas lantai kedai berkenaan dengan hanya beralaskan baju dan dalam keadaan menggigil kesejukan oleh seorang pemandu lori ayam kira-kira 7.30 pagi.
Bayi cukup sifat seberat tiga kilogram itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan polis mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Sabtu lepas, seorang bayi lelaki yang sudah tertanggal tali pusat dijumpai di atas lantai kedai berkenaan oleh seorang pemandu lori ayam. - Gambar fail

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.

Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.

Kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur membimbangkan - Nancy Shukri
44,263 kes kehamilan remaja telah direkodkan sejak lima tahun lepas, dan daripada jumlah itu 17,646 melibatkan remaja yang belum berkahwin.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Rompin cari waris bayi perempuan
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin sedang mengesan waris kepada bayi perempuan yang ditinggalkan tanpa dokumen di Tapak Projek PR1MA Pinggir Pelangi, Muadzam Shah, Rompin pada 1 Nov lepas.

Lelaki direman enam hari bantu siasatan kes buang bayi
Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman selama enam hari terhadap seorang lelaki berusia 44 tahun bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi semalam.

Bayi lelaki ditinggalkan berhampiran Pantai Paka
Pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada orang awam yang melalui kawasan pantai berkenaan.

Buang bayi baru lahir di Taiping, lelaki warga Nepal ditahan
Polis Taiping terima laporan dari Bahagian Kecemasan Hospital Taiping berhubung seorang pesakit wanita warga Kemboja yang baru melahirkan anak.

Wanita didenda RM2,000 buang bayi belakang rumah
Dia didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bayi baru lahir ditemukan di surau
Seorang bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam keadaan berselimut oleh orang awam di sebuah surau dekat sini semalam.

Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya
Pihak berkuasa giat menjejaki 'bayi ajaib' itu setelah penemuan mayat abangnya yang berusia empat tahun di sebuah tasik pada awal minggu lalu.

Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.