KUALA LUMPUR: Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara di sini sejak 2014, menyambut ulang tahun ke-17 hari ini.
Ulang tahun kelahiran dua ekor panda gergasi itu disambut dengan kek hari jadi istimewa yang diperbuat daripada buah-buahan seperti epal, tembikai dan anggur yang dihiasi dengan beberapa kuntum bunga.
Sebagai rekod, pasangan panda gergasi itu dipinjamkan kepada Malaysia pada 2014 selama 10 tahun bersempena dengan ulang tahun ke-40 hubungan dua hala antara Malaysia dengan China.
Kedua-dua haiwan itu dilahirkan pada 23 Ogos 2006 di Pusat Panda Wolong, Sichuan, China dan tiba di negara ini pada 21 Mei 2014, yang kemudiannya ditempatkan di GPCC yang dibina khas.
Setakat ini, pasangan panda gergasi itu yang dinamakan semula sebagai Xing Xing dan Liang Liang, memiliki tiga ekor anak iaitu Nuan Nuan yang dilahirkan pada 18 Ogos 2015, Yi Yi (14 Jan 2018) dan Sheng Yi pada 30 Mei 2021.
Sementara itu, Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly @ Rahmat Ahmat Lana dalam ucapannya berkata kejayaan membiakkan panda gergasi ini menyumbang kepada usaha pemuliharaan spesies ikonik itu.
"Perjalanan panda gergasi ini ialah satu kisah yang melibatkan penyokong pemuliharaan, penyelidik dan individu berdedikasi yang telah memberikan semangat mereka untuk memastikan kemandirian spesies luar biasa ini.
"Ia juga kisah yang membangkitkan perasaan dengan nilai bersama negara, komitmen bagi pembangunan mampan dan kesejahteraan semua makhluk hidup," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023

Ulang tahun kelahiran dua ekor panda gergasi itu disambut dengan kek hari jadi istimewa yang diperbuat daripada buah-buahan seperti epal, tembikai dan anggur yang dihiasi dengan beberapa kuntum bunga. - Foto BERNAMA

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Pasangan panda gergasi sambut hari jadi ke-17
Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara sejak 2014, menyambut ulang tahun ke-17 hari ini.

Anak panda semakin lincah, sambut ulang tahun pertama
Keletah anak panda betina kedua kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China pada sambutan ulang tahun pertamanya hari ini nyata mencuit hati pengunjung.