KUANTAN: Sepasang remaja mengaku salah di Mahkamah Khas Trafik Kuantan pada Jumaat atas tuduhan melakukan aksi 'wheelie' semasa menunggang motosikal pada 12 Mac lalu.
Pertuduhan terhadap kedua-dua remaja berusia 17 tahun itu dibuat di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar.
Mengikut pertuduhan, remaja lelaki tersebut yang bekerja di sebuah pusat mencuci kenderaan, didakwa menunggang motosikal jenis Honda berwarna putih dengan cara mengangkat tayar hadapan yang berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain di jalan Chendor, Kuantan, Pahang menghala ke Kemaman, Terengganu.
Manakala teman wanitanya pula yang masih bersekolah, dituduh membantu sebagai pembonceng pada aksi sama.
Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama.
Jika sabit kesalahan, kedua tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh maksimum lima tahun dan denda minimum RM5,000 sehingga RM15,000.
Pendakwaan dikendalikan Inspektor Nafizah Ismail manakala kedua remaja terbabit tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya membenarkan mereka diikat jamin RM800 setiap tertuduh dengan seorang penjamin.
Kes ditetapkan 7 Jun depan untuk sebutan semula bagi mendapatkan laporan akhlak.
Pada 30 April lalu, tular video 54 saat di media sosial memaparkan aksi 'wheelie' membabitkan dua remaja di Jalan Chendor di sini menghala Kemaman, Terengganu.
Polis berjaya mengesan dan menahan mereka pada 1 Mei lalu.
Siasatan juga mendapati motosikal yang digunakan adalah milik ibu remaja lelaki berkenaan.
Mohd Zalani Md Atan
Fri May 05 2023

Mahkamah membenarkan kedua-dua remaja terbabit diikat jamin RM800 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Malaysia harus percepatkan pertumbuhan produktiviti
Produktiviti Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan bagaimanapun tidak cukup pantas terutamanya jika dibandingkan dengan negara lain yang pernah berada pada kedudukan sama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Februari 2025
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen #BersamaDiRamadanRaya sempena musim perayaan
Inisiatif musim perayaan itu berlangsung selama lapan minggu dengan merubah platform tersebut menjadi hab yang meriah dengan reka bentuk baharu.
AWANI Pagi: Merancang kewangan 2025: Persiapan raya dan keperluan sekolah
Tahun ini, cabaran besar menanti keluarga apabila musim persekolahan bertembung dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.

Boikot berterusan Starbucks, Maybank IB potong unjuran pendapatan Berjaya Food RM95 juta pada FY25
Katanya, kerugian bersih teras kumpulan pada 2QFY25 sebanyak RM31 juta menjadikan kerugian bersih teras 1HFY25 kepada RM65 juta.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

Pasangan remaja mengaku bersalah lakukan aksi 'wheelie'
Sepasang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Khas Trafik Kuantan atas tuduhan melakukan aksi 'wheelie' pada Mac lepas.

Pasangan kekasih lakukan aksi 'wheelie' di Kuantan diberkas
Pasangan remaja yang kedua-duanya berusia 17 tahun itu, ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuantan.

Pasangan remaja dikecam solat jemaah 'online'
Video tersebut yang pernah dimuat naik di aplikasi TikTok pertengahan tahun lalu kembali tular sehingga mendapat perhatian ramai.