KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 267.2, berhampiran susur keluar Jabor dekat Kemaman, di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Mohd Riduan Mohd Yaacob, 35, dan isterinya, Zahidah Hanisah Mohamad, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
Dua kanak-kanak dipercayai anak pasangan berkenaan iaitu Muhammad Uwais Wafiuddin, 8, dan Raudhatul Khayra, 3, pula dilaporkan mengalami kecederaan parah.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.14 petang sebelum lapan anggota dengan dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh digerakkan ke lokasi.
"Tiada kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala dua kanak-kanak tersebut masing-masing telah dibawa ke Hospital Kemaman dan Hospital Kuantan untuk diberi rawatan," katanya ketika dihubungi di sini,
Menurutnya, operasi JBPM masih diteruskan untuk kerja-kerja pembersihan di lokasi kemalangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023

Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 267.2, berhampiran susur keluar Jabor dekat Kemaman, di LPT2, hari ini. - Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.

Pasangan Singapura diburu selama 19 tahun ditahan SPRM
Sepasang suami isteri dari Singapura yang dikehendaki berkaitan kes rasuah di negara itu dan menjadi pelarian selama 19 tahun ditahan SPRM.

Suami isteri ditahan, dipercayai dera anak berusia 3 tahun
Pasangan suami isteri itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Lima termasuk pasangan suami isteri ditahan samun, pukul pekerja bengkel
Lima individu termasuk pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun dan pukul di sebuah bengkel di Teluk Kumbar.

Pasangan kelahiran Rusia ditahan di Australia disyaki mengintip
Sepasang suami isteri warga Australia kelahiran Rusia telah ditahan di Australia atas tuduhan mengintip untuk Rusia, kata Polis Persekutuan Australia (AFP) pada Jumaat, lapor Sputnik.

Pasangan warga emas maut kereta dinaiki bertembung bas ekspres
Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 3.7 Jalan Machang-Tanah Merah.

Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.

Penipuan pakej umrah: Polis terima lebih 300 laporan, kerugian RM14 juta
Sebanyak 399 laporan polis diterima berhubung dakwaan penipuan pakej umrah oleh sebuah syarikat pelancongan bermula 1 Jan hingga semalam melibatkan 1,614 jemaah di seluruh negara.

Pasangan suami isteri teruja jadi pengundi pertama
Pasangan suami isteri teruja jadi pengundi pertama

Suami isteri antara 17 ditahan disyaki terbabit sindiket edar dadah
Pasangan suami isteri antara 17 individu ditahan kerana dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dalam lima serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini pada Jumaat dan semalam.