Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang bayi perempuan berusia lima hari di Wad Kanak-Kanak, Hospital Tanah Merah minggu lalu.
Ahmad Abdul Muizz Halim, 26 dan isterinya, Nur Rashedah Che Faizo, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Tertuduh didakwa menculik bayi kepada Siti Norbaiti Bahanaharing yang ketika itu baru berusia lima hari daripada jagaan yang sah di sisi undang- undang iaitu Pengarah Hospital Tanah Merah.
Perbuatan didakwa dilakukan pasangan itu pada pukul 6.47 petang, 15 November lalu.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan hendaklah dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Idham Abdul Ghani manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Ahmad Idham mencadangkan tertuduh diikat jamin RM20,000 setiap seorang atas alasan kesalahan jenayah yang dilakukannya adalah serius selain mendapat liputan luas media.
Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Muhafandi Muhamad
Tue Nov 22 2016

Tertuduh didakwa menculik bayi kepada Siti Norbaiti Bahanaharing yang ketika itu baru berusia lima hari daripada jagaan yang sah di sisi undang- undang. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah culik bayi dari Hospital Tanah Merah
Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menculik seorang bayi perempuan berusia lima hari.

Suami isteri direman bantu siasatan kes culik bayi di Hospital Tanah Merah
Polis menahan pasangan suami isteri yang disyaki menculik seorang bayi perempuan berusia lima hari di Wad Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah di sini, malam tadi.

Kementerian Kesihatan siasat kes culik bayi di Hospital Tanah Merah - Subramaniam
Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes penculikan seorang bayi perempuan berusia lima hari dari Hospital Tanah Merah, Kelantan malam tadi.

Bayi berusia 5 hari yang diculik dari Hospital Tanah Merah ditemui semula
Sebaik menerima laporan dan menjalankan siasatan, polis menemui bayi terbabit dalam jagaan sepasang suami isteri di Selising, Pasir Puteh.