MANJUNG: Kerajaan akan memberi keutamaan kepada pasar awam yang berusia melebihi 50 tahun bagi projek membina semula atau kerja menaik taraf, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Katanya ia kerana bangunan pasar yang melebihi tempoh berkenaan sudah usang dan perlu diberi perhatian bagi memastikan keselesaan peniaga dan orang awam.
"Sepertimana kita tahu banyak juga pasar awam seperti di Taiping sedang dalam pembinaan.
"Saya sudah sarankan supaya siapkan pasar warisan negara itu menjelang ulang tahun ke-150 Bandar Warisan Taiping pada tahun depan," katanya pada sidang media selepas melawat Pasar Awam Ayer Tawar di sini hari ini.
Nga berkata KPKT memperuntukkan RM5.48 juta untuk 24 projek pembangunan infrastruktur serta kerja-kerja menaik taraf di daerah Manjung.
Beliau berkata peruntukan itu antaranya bagi membina semula pasar tersebut dengan permulaan peruntukan bagi fasa satu berjumlah RM1 juta.
"Pasar Awam Ayer Tawar ini yang telah berusia 50 tahun perlu dibina semula kerana telah uzur. Anggaran kos keseluruhan pembinaan semula pasar awam ini adalah RM3.5 juta," katanya dan menambah kerja-kerja selanjutnya akan diadakan secara berfasa.
Nga berkata pembinaan semula pasar itu disertakan dengan Indeks Bangunan Hijau (GBI) serta mempunyai tenaga solar, selain selesa dan mesra pelanggan.
Katanya pasar itu boleh menjadi mercu tanda baharu untuk kawasan berkenaan sekali gus membantu mengharumkan nama Manjung sebagai Bandar Pelancongan dan Maritim.
Selain itu, Nga berkata RM500,000 diperuntukkan untuk menaik taraf Pasar Awam Beruas serta jumlah yang sama bagi membina kiosk penjaja di Jalan Gapis, Seri Manjung, manakala RM100,000 diperuntukkan untuk menaik taraf sistem pencahayaan di sekitar bandar Seri Manjung dan Lumut.
Katanya sebanyak RM2.9 juta pula diperuntukkan bagi 15 projek pembangunan infrastruktur dan pengindahan Kampung Baru Cina di sekitar daerah Manjung.
Beliau berkata KPKT menerusi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi meningkatkan mutu perkhidmatan serta kesejahteraan rakyat.
Terdahulu, Nga melawat Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ayer Tawar dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ayer Tawar.
Beliau turut berkunjung ke Kampung Baru Ayer Tawar yang juga dikenali sebagai Taman Disneyland, bagi meninjau kemudahan asas dan keperluan berkaitan kemudahan awam kawasan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2023
Nga Kor Ming melihat infografik membina semula Pasar Awam Ayer Tawar dengan permulaan peruntukan bagi fasa satu berjumlah RM1 juta ketika mengadakan lawatan kerja di pasar itu hari ini. - Bernama
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
KPDN keluar notis kepada peniaga jual gulai kambing harga 'kayangan'
KPDN mengeluarkan notis bertulis kepada pemilik perniagaan yang tular di media sosial kerana disyaki menjual gulai kambing pada harga tidak munasabah.
Festival Sarkas Antarabangsa Monte Carlo ke-47 bermula
Artis sarkas dari seluruh dunia berkumpul setiap tahun di Monaco untuk meraih hadiah pada festival itu.
Pertunjukan tanglung Zigong rai warisan budaya
Pertunjukan tanglung antarabangsa Zigong ke-31 yang membuka tirainya sejak Jumaat lalu terus meriah dengan kehadiran pengunjung yang hadir dari pelbagai lokasi. Ia menampilkan karya-karya tanglung yang kreatif, menarik serta rekaan tanglung gergasi yang mempesonakan.
Wuhan usaha hapus label pandemik selepas lima tahun cetus wabak
Hospital Huoshenshan di Wuhan yang siap dibina hanya dalam tempoh beberapa hari selepas lonjakan kes COVID-19 pernah dianggap sebagai simbol perjuangan menentang virus yang mula merebak di bandar China itu.
WEF: Kesempatan promosi ASEAN, cari solusi depan AI
Persaingan geopolitik yang pesat, perubahan iklim dan kemajuan kecerdasan buatan (AI) memerlukan satu solusi komprehensif yang bakal memberi manfaat bersama.
Ketidaktentuan geopolitik, ekonomi global antara tumpuan
Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos bersedia membuka tirai dengan menghimpunkan para pemimpin negara dan ahli perniagaan bermula 20 hingga 24 Januari.
Pasar berusia lebih 50 tahun diutamakan untuk bina semula, naik taraf - Nga
Bangunan pasar yang melebihi tempoh berkenaan sudah usang dan perlu diberi perhatian bagi memastikan keselesaan peniaga dan orang awam.
KPKT akan bangunkan pasar lama sebagai pasar warisan negara
Bagi mencapai objektif itu, pihaknya akan melakukan kajian ke atas pasar-pasar usang di seluruh negara.