Kerajaan belum membuat keputusan untuk mengehadkan kemasukan pelanggan ke pusat beli belah atau premis perniagaan dalam usaha memastikan semua pihak mematuhi penjarakan sosial.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun pemilik premis perniagaan digalakkan untuk mengawal kemasukan pelanggan.
Langkah tersebut dapat memastikan keselamatan pelanggan daripada terdedah kepada jangkitan COVID-19, katanya.
"Setakat ini kita belum membuat keputusan untuk menyekat kemasukan beramai-ramai ke pusat beli belah.
"Bagaimanapun, pusat beli belah tersebut boleh mengambil tindakan mereka sendiri untuk memastikan keselamatan pelanggan mereka jika terlalu ramai yang pergi serentak, misalnya.
"Mereka membuat peraturan supaya ada giliran untuk masuk di dalam premis perniagaan mereka, mereka boleh lakukan kerana sebelum ini pun banyak premis perniagaan di dalam pusat beli belah," katanya dalam sidang media, di sini pada Selasa.
Jelas beliau, keutamaan adalah memastikan penjarakan sosial dilaksanakan termasuk di dalam premis perniagaan.
"Kalau bersesak, mereka membuat peraturan untuk mengehadkan jumlah yang berada di dalam kedai mereka dan mereka boleh membuat giliran bagi pelanggan masuk ke kedai mereka.
"Kita galakkanlah kawalan kemasukan beramai-ramai ke dalam premis perniagaan mereka," katanya.
Hasimi Muhamad
Tue Jul 21 2020

Langkah tersebut dapat memastikan keselamatan pelanggan daripada terdedah kepada jangkitan COVID-19. - Gambar Freeimages.com / ramasamy
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Pasar raya, premis perniagaan digalak kawal kemasukan pelanggan
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik premis perniagaan digalakkan untuk mengawal kemasukaan pelanggan.

Bersatu Terengganu minta Tun M, Anwar berehat rebut jawatan PM
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Terengganu menyarankan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 'berehat' daripada berebut jawatan sebagai perdana menteri.