KUALA LUMPUR: Pasaran Robotik Malaysia diunjurkan mencecah RM103.1 bilion menjelang 2023, melepasi jumlah sasaran Pelan Hala Tuju Robotik Negara 2021-2030, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr Mohd Nor Azman Hassan.
Beliau berkata nilai pasaran industri robotik terutamanya Robot Perkhidmatan dalam 2022 kira-kira RM92.29 bilion, biarpun mengalami kesan yang menjejaskan kepada ekonomi akibat pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, beliau berkata jurang perbezaan sumbangan oleh Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) berbanding syarikat multinasional (MNC) perlu ditangani terlebih dahulu.
"Sumbangan PMKS jauh lebih kecil berbanding MNC dengan bahagian pasaran antara tiga hingga lima peratus dalam tempoh unjuran," katanya dalam satu kenyataan semalam selepas laporan siri pertama 'National Robotics Industry Country Report' (NRICR) Malaysia mengenai Penciptaan Nilai dikeluarkan oleh Malaysia Robotics and Automation Society (MyRAS).
Pengeluaran NRICR semasa Persidangan "Intelligent Manufacturing" 2023 disaksikan oleh Mohd Nor Azman, Presiden MyRAS Prof Dr Ishkandar Baharin, Ketua Pegawai Pembangunan Ekosistem Malaysian Research Accelerator of Technology and Innovation (MRANTI) Mohd Safuan Mohd Zairi dan Pengurus Besar Kanan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Zaim Azyze.
Sementara itu, Ishkandar berkata NRICR menyasarkan untuk mengalihkan ekosistem robotik Malaysia daripada menambah nilai kepada penciptaan nilai yang berdaya tahan menerusi penyelesaian inovatif berimpak tinggi dalam mereliasasikan wawasan Pelan Hala Tuju Robotik Negara 2021-2030 untuk Malaysia menjadi hab robotik serantau dalam Perkhidmatan, Pertanian dan Pengilangan menjelang 2030.
Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI Dzuleira Abu Bakar pula berkata dalam kenyataan sama bahawa sebuah Hab Rotik Kebangsaan akan ditubuhkan MRANTI di Taman MRANTI, Bukit Jalil di sini dengan kerjasama MyRAS, MARii dan lain-lain pemain industri robotik bagi menyokong peningkatan pemain dalam ekosistem robotik di Malaysia.
Beliau berkata NRICR akan menjadi asas untuk meningkatkan lagi pengambilan aplikasi robotik dalam pelbagai sektor industri di Malaysia dengan menyediakan satu gambaran keseluruhan keadaan teknologi robotik dalam negara termasuk kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman teknologi itu.
"MRANTI akan menggunakan teknologi terkehadapan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), termasuk Kecerdasan Buatan (AI),5G dan Internet Benda (IoT) untuk membangunkan kluster tumpuan mereka mengenai teknologi dron, teknologi kesihatan, teknologi pertanian dan teknologi pemboleh 4IR dengan penekanan kepada pengkomersialan teknologi," katanya.
Zaim pula berkata MARii akan menyokong Pelan Tindakan Nasional untuk Robotik Automotif (NBAR) dengan mempertingkatkan sektor automotif dan mobiliti dalam pembuatan dan perkhidmatan untuk menyokong pembangunan Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV) di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

NRICR menyasarkan untuk mengalihkan ekosistem robotik Malaysia daripada menambah nilai kepada penciptaan nilai yang berdaya tahan menerusi penyelesaian inovatif berimpak tinggi. - Gambar hiasan/BERNAMA
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

Pasaran Robotik Malaysia dijangka cecah RM103.1 bilion menjelang 2030 - MOSTI
Nilai pasaran industri robotik, terutamanya Robot Perkhidmatan, dalam 2022, kira-kira RM92.29 bilion, biarpun mengalami kesan pandemik.