Kerajaan mahu lebih banyak pasaraya, peruncitan dan perhotelan di seluruh negara dapat menyertai program Bank Makanan Malaysia untuk membantu golongan yang memerlukan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata program itu akan dilaksanakan melalui dua fasa iaitu fasa pertama melalui pelaksanaan projek perintis yang dimulakan pada Ogos sehingga Disember 2018.
"Manakala fasa kedua iaitu pelaksanaan lebih menyeluruh di seluruh negara yang dijangka bermula pada bulan Januari tahun hadapan," katanya ketika berucap melancarkan Projek Perintis Program Bank Makanan Malaysia peringkat Kelantan di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Dr Wan Azizah berkata objektif program itu bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan berbentuk makanan dan juga untuk mengatasi pembaziran makanan yang masih elok dan boleh digunakan.
"Kerajaan amat mengutamakan usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat terutama sekali golongan kurang berkemampuan yang berada pada paras garis kemiskinan.
"Golongan ini perlu diberikan bantuan bagi mendapatkan akses bekalan makanan kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan dan menjimatkan wang perbelanjaan mereka ke atas pembelian makanan dan wang tersebut boleh digunakan untuk kegunaan lain yang lebih penting," katanya.
Dr Wan Azizah berkata golongan sasar bagi program itu adalah penerima terdiri daripada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM930 sebulan.
"Berdasarkan maklumat yang diterima melalui eKasih terdapat seramai 186,394 ketua isi rumah yang berada dalam paras kemiskinan di seluruh negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 04 2018
Dr Wan Azizah menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran projek perintis Food Bank peringkat negeri Kelantan di Bandar Baru Tunjong sempena lawatan kerja sehari beliau ke Kelantan hari ini. -- fotoBERNAMA
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata Gaza
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Penganjur program bantuan bank makanan tidak mohon kebenaran - Polis
Penganjur program bantuan bank makanan di sebuah restoran di Taman Canning didapati tidak memohon kebenaran untuk menganjurkan program amal berkenaan.
COVID-19: Tambah 'food bank' usaha bantu masyarakat terjejas - PKJP
Lebih banyak agensi perlu bersama dalam usaha menambah bilangan bank makanan atau food bank untuk membantu masyarakat terjejas akibat pandemik COVID-19.