BATU CAVES:Sabella Holding Sdn Bhd (Sabella) yang terkenal dengan slogan ‘baju tanpa gosok’ menyumbang sebanyak 4,000 helai baju kurung bernilai RM300,000 kepada mangsa banjir terjejas di Johor atas dasar memahami kerumitan yang dihadapi, di samping berdepan cabaran COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Misi Bantuan Pasca Banjir Fasa Satu ke Johor tersebut melibatkan beberapa daerah di negeri itu, iaitu Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi, Mersing, Segamat dan Kulai.
Selaku penyumbang utama, praperlepasan misi itu disempurnakan di Gudang Sabella, Batu Caves yang dijalankan dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) pada Selasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Sufian Sulaiman berkata, inisiatif itu melibatkan 3,598 mangsa banjir dari 996 keluarga di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 Januari 2021.
“Kami berbesar hati untuk membantu mangsa banjir yang terkesan akibat kehilangan dan kemusnahan harta benda akibat bencana ini.
“Pakaian daripada Sabella ini akan diagihkan dengan bantuan DPMM, PPIM dan APM di sana,” katanya kepada Astro AWANI di sini.
Tambah Sufian, Sabella akan terus mempergiatkan misi sama kepada mereka memerlukan pada masa akan datang serta sudah mempunyai perancangan masa hadapan.
“Kita akan lanjutkan dan meneruskan lagi misi ini untuk membantu mereka yang terkesan dengan banjir dan COVID-19, kita juga dalam perancangan membantu barisan hadapan (frontliner) kita, iaitu dengan memberikan baju percuma.
“Kami juga sentiasa berpegang kepada prinsip untuk membantu lebih ramai orang menjana pendapatan dan menaik taraf kehidupan” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Kerja PPIM, Zharif Johor berkata, kerjasama dengan pihak Sabella itu merupakan penggerak yang baik serta beliau mengajak lebih ramai badan-badan korporat lain untuk turut sama menyumbang.
“Kami di PPIM dan DPMM berterima kasih kepada Sabella kerana menjadi penyumbang utama misi bantuan kali ini dan harapan supaya diteruskan pada misi-misi akan datang,” ujarnya.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Ehsan A Marisah
Tue Jan 26 2021

Praperlepasan Misi Bantuan Pasca Banjir Fasa 1 di Gudang Sabella, Batu Caves yang dihadiri Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). - Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sumbangan baju tanpa gosok Sabella, ukir senyuman pada wajah guru SMK Seksyen 19
Sesi penyerahan sumbangan tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelakon dan penyanyi tanah air, Izzue Islam yang juga sebagai wakil daripada jenama Sabella.

Sabella bantu usahawan dropship capai jualan jutaan ringgit
Syarikat juga sasar jualan tahun ini sebanyak RM200 juta, selain mengumumkan insentif menarik untuk direbut usahawan dropship.

Sabella diiktiraf Malaysian Media Specialists Association
Sabella satu-satunya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat Melayu yang berjaya merangkul tiga Anugerah Emas dan satu Anugerah bertaraf Grand Prix pada malam anugerah anjuran MSA.

Beli Sabella, peluang menang hadiah menarik setiap hari!
Peraduan Menang Sejuta Sabella merupakan inisiatif pihaknya untuk berkongsi rezeki dengen pelanggan.

Pasca banjir: Sabella sumbang 4,000 pakaian di Johor
Praperlepasan misi itu disempurnakan di Gudang Sabella, Batu Caves yang dijalankan dengan kerjasama DPMM, PPIM dan APM.