Akan berlaku perubahan yang cukup ketara dari segi tingkah laku dalam kalangan rakyat Malaysia pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dedah firma konsultan Berkshire Media.
Menurut dapatan dari kaji selidik bertajuk COVID-19: Tinjauan Awam Malaysia - Menerokai ketidakpastian dalam tempoh mencabar yang melibatkan 15,340 responden yang mewakili majoriti demografi di negara ini, mereka akan lebih cenderung untuk tinggal di rumah, serta meminimakan pendedahan dari luar sebaik mungkin.
Berkshire Media berkata, keadaan itu sudah hampir pasti menimbulkan impak negatif untuk peruncit serta pengusaha pusat membeli-belah, dimana kesan pemulihan hanya dapat dilihat pada suku tahun pertama 2021.
BACA: PKP dilanjutkan sehingga 28 April
BACA: [INFOGRAFIK] Apakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 3
Bagaimanapun, ia berkata, dari segi perbelanjaan pengguna, trend aktiviti membeli-belah dalam talian akan terus kukuh dalam tempoh enam bulan akan datang.
“Walaupun ekonomi gig (penghantaran makanan, e-hailing) akan terus kukuh, sektor pembinaan serta sektor perkhidmatan secara terus ke pelanggan akan melihat penyusutan ketara - terutamanya automotif dan industri berasaskan pembuatan,” menurut laporan itu lagi.
Menurut kaji selidik itu, 60.7 peratus responden merasakan mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga selepas PKP berakhir, 24 peratus masih merasakan tidak selamat untuk berada di luar sana, manakala baki 15.1 peratus merasakan keadaan sudah kembali terkawal.
Sementara itu, 39.3 peratus responden merasakan mereka tidak akan lagi melakukan aktiviti normal seperti ke restoran Mamak, ke tempat awam, malah menghadiri majlis perkahwinan, 48.8 peratus pula memilih untuk keluar jika benar-benar penting, dan baki 11.8 peratus lagi merasakan kehidupan kembali seperti normal untuk mereka.
Dari segi tabiat membeli-belah pula, agak menarik untuk dilihat bahawa 36.7 peratus memilih untuk terus melakukan pembelian dalam talian, tetapi 26.8 peratus tetap cenderung untuk pergi ke pasaraya dan pasar basah.
Dalam kesimpulan kajian itu, Berkshire Media berkata, majoriti rakyat tetap optimis ekonomi Malaysia akan kembali pulih dalam tempoh enam hingga 12 bulan seterusnya, dan itu adalah semangat yang perlu didokong oleh semua pihak bagi memastikan kelangsungan negara ini. - Sumber - Berkshire Media
Firdaus Azil
Sat Apr 11 2020
Majoriti responden berkata mereka akan lebih cenderung untuk tinggal di rumah, serta meminimakan pendedahan dari luar sebaik mungkin. - Gambar fail/BERNAMA
Noh Omar antara lima dilantik ahli MPT Bersatu
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar merupakan antara lima yang dilantik menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu.
Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Puspakom telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan.
Fasa tiga terima lebih 4,900 penyertaan secara sukarela - LHDN
Fasa tiga e-invois menerima lebih 4,900 penyertaan awal secara sukarela daripada pembayar cukai, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Caj PPUM: Parlimen Lembah Pantai kumpul dana RM5 juta bantu tampung kenaikan
Langkah itu diambil memandangkan PPUM menjadi antara tumpuan penduduk Parlimen Lembah Pantai untuk mendapatkan rawatan kesihatan.
MOT, JPJ bincang integrasi data aplikasi jual beli motosikal dan MySIKAP
Kementerian Pengangkutan akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membolehkan aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasikan dengan sistem mySIKAP bagi urusan transaksi yang lebih mudah, pantas dan selamat.
Menterinya Anthony Loke berkata ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Menterinya Anthony Loke berkata ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Penilaian pihak ketiga bagi pastikan keberkesanan projek
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan penilaian oleh pihak ketiga bagi memastikan keberkesanan setiap inisiatif yang dijalankan oleh kementerian itu.
MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.
[TERKINI] Dua Hakim Mahkamah Agung Iran mati ditembak di Tehran
Dua hakim kanan Mahkamah Agung Iran, yang terlibat dalam pengurusan kes keganasan dan risikan, mati ditembak di Tehran pad Sabtu.
Menurut Jurucakap Institusi Kehakiman Iran, Asghar Jahangir, seorang lelaki menembak kedua-dua hakim yang sedang berada di dalam bangunan mahkamah, sebelum menembak dirinya sehingga mati.
Menurut Jurucakap Institusi Kehakiman Iran, Asghar Jahangir, seorang lelaki menembak kedua-dua hakim yang sedang berada di dalam bangunan mahkamah, sebelum menembak dirinya sehingga mati.
10 Berita Pilihan - (18 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 19 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perokok tidak endah larangan merokok paling popular dibangkitkan netizen - Berkshire
Rungutan mengenai perokok tidak endahkan larangan merokok di premis makanan atau restoran menjadi isu paling popular dibangkitkan netizen.
PKP: Mula-mula marah, kini rakyat Malaysia makin gembira, lega - Kajian
Namun, kajian yang dilakukan Berkshire Media jelas menunjukkan sifat, perasaan dan kesihatan mental rakyat Malaysia cepat berubah sepanjang PKP.
Ketidaktentuan, kestabilan pekerjaan jadi kebimbangan rakyat - Kajian
Impak kewangan terutama melibatkan golongan pekerja kelompok B40 dalam industri perkhidmatan dan pembuatan menjadi sebahagian perkara terbesar yang dibincangkan.
Pasca COVID-19: Hanya 11.8 peratus merasakan kehidupan akan kembali normal - Kajian
Majoriti responden berkata mereka akan lebih cenderung untuk tinggal di rumah, serta meminimakan pendedahan dari luar sebaik mungkin.
100 hari pertama: Persepsi rakyat lebih banyak positif berbanding negatif
Persepsi rakyat terhadap 100 hari pertama pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan dilihat pelbagai iaitu ada yang negatif, tetapi lebih banyak ke arah positif.