Industri pelancongan domestik negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila kegiatan pelancongan dibenarkan semula selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan mulai 10 Jun.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata kadar purata penginapan di beberapa hotel bandar dan resort di seluruh negara adalah menggalakkan terutama di lokasi yang menawarkan keindahan alam semula jadi seperti pulau, pantai, tanah tinggi atau di pinggir hutan.
Beliau berkata sejumlah 180,000 tempat duduk pesawat terjual bermula 10 hingga 28 Jun lepas bagi tempoh penerbangan Julai hingga September 2020 melalui kempen promosi tiket penerbangan domestik yang dijalankan oleh syarikat penerbangan AirAsia.
"Trend mingguan kadar penginapan juga menunjukkan peningkatan berbanding minggu sebelumnya. Walaupun tidak mendadak atau ketara peningkatannya, ia masih memberi indikatif positif," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Yamani Hafez Musa (BN-Sipitang) mengenai sambutan pengusaha pelancongan dan rakyat terhadap galakan kerajaan mempromosi kempen melancong dalam negeri (domestik) pasca-COVID-19.
Nancy berkata perkembangan itu hasil inisiatif penggiat industri pelancongan tempatan melalui tawaran pakej pelancongan istimewa dengan harga promosi menarik bagi hotel, tiket kapal terbang domestik serta diskaun harga masuk ke produk dan destinasi pelancongan.
Dalam pada itu, Nancy menjelaskan susulan pembatalan kempen Visit Malaysia 2020 (VM2020) Mac lepas, peruntukan RM90 juta bagi kempen itu disimpan untuk kegunaan kempen VM edisi akan datang.
Katanya, walaupun VM2020 dibatalkan, kementerian itu masih menjalankan pemantauan untuk memastikan negara-negara yang akan bekerjasama dengan Malaysia adalah negara dari kategori Zon Hijau COVID-19.
Beliau menjawab soalan tambahan yang diajukan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) yang ingin tahu mengenai perancangan kementerian terhadap peruntukan yang disalurkan untuk kempen itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 27 2020
![Pasca COVID-19: Pelancongan domestik tunjuk peningkatan - Nancy Pasca COVID-19: Pelancongan domestik tunjuk peningkatan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41594304262_DATUKSERINANCY.jpg)
NANCY: Kadar purata penginapan di beberapa hotel bandar dan resort di seluruh negara adalah menggalakkan. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Haiwan pelik pernah ditemui Haiwan pelik pernah ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730593424_TBJerungGoblin.jpg)
Haiwan pelik pernah ditemui
Alam semula jadi mengandungi kira-kira 8.7 juta spesies di mana pecahannya 6.5 juta di daratan manakala 2.2 juta berada dalam lautan.
![Melaka pertingkat kualiti infrastruktur pelancongan menjelang WTD, WTC 2025 Melaka pertingkat kualiti infrastruktur pelancongan menjelang WTD, WTC 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730451960_tbPelanconganMelak.jpg)
Melaka pertingkat kualiti infrastruktur pelancongan menjelang WTD, WTC 2025
Melaka akan mempertingkatkan kualiti semua infrastruktur pelancongan di negeri berkenaan menjelang penganjuran WTD dan WTC, pada September 2025.
![Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721267383_tbTerrarium.jpg)
Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas
Terarium ini mungkin boleh menjadi pilihan atau solusi bagi mereka yang suka tanaman tetapi sering kesuntukan masa.
![PM Thai gesa peralihan kepada ekonomi berasaskan kreativiti PM Thai gesa peralihan kepada ekonomi berasaskan kreativiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697078017_SretthaThavisin.jpg)
PM Thai gesa peralihan kepada ekonomi berasaskan kreativiti
Srettha Thavisin mahu kerajaan supaya tidak bergantung kepada tenaga buruh berkemahiran rendah dan beralih menjadi sebuah negara yang digerakkan kebijaksanaan dan kreativiti rakyat.
![Keindahan alam semula jadi tarikan di Geotapak Eko Rimba Bukit Ayer Keindahan alam semula jadi tarikan di Geotapak Eko Rimba Bukit Ayer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704120877_GeotapakEkoRimbaB.jpg)
Keindahan alam semula jadi tarikan di Geotapak Eko Rimba Bukit Ayer
Destinasi itu juga memiliki daya tarikan tersendiri antaranya rimba herba Perlis dan kolam untuk pengunjung mandi-manda.
![BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701613318_AbdulRasheedGhaffo.jpg)
BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk membolehkan sektor kewangan menyokong hasil positif semula jadi.
![Keindahan alam semula jadi tidak dapat diganti jika ia musnah - Tunku Azizah Keindahan alam semula jadi tidak dapat diganti jika ia musnah - Tunku Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691186901_TBTunkuAzizah.jpg)
Keindahan alam semula jadi tidak dapat diganti jika ia musnah - Tunku Azizah
Baginda bertitah amalan memelihara alam semula jadi adalah antara nilai yang diajar kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim.
![Britain rancang tingkat dana tangani perubahan iklim 11.6 bilion pound Britain rancang tingkat dana tangani perubahan iklim 11.6 bilion pound](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688509362_UKWarmingStripes.jpg)
Britain rancang tingkat dana tangani perubahan iklim 11.6 bilion pound
Dana ke atas iklim antarabangsa ini akan menutup ruang untuk komitmen lain seperti kemanusiaan, wanita dan gadis.
![Menggamit percutian ala kampung Menggamit percutian ala kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679843066_MyGopengResort.jpg)
Menggamit percutian ala kampung
Panorama kanopi menghijau yang terbentang luas dengan dikelilingi pokok hutan besar dan pokok durian pasti memberi kepuasan kepada pengunjung.
![Sarawak rancang promosi pelancongan di Asia Barat Sarawak rancang promosi pelancongan di Asia Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636769664_hutan.jpg)
Sarawak rancang promosi pelancongan di Asia Barat
Ramai menyatakan minat menyertai pengembaraan di Sarawak kerana tertarik dengan alam semulajadi hutan hujan tropika yang subur.