KUALA LUMPUR: Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat pada Selasa memohon agar sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi Rabu, ditangguhkan.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, Setiausaha Agung BN sudah mengemukakan permohonan itu selepas diputuskan dalam mesyuarat yang bermula kira-kira pukul 9 malam Selasa.
“Kita masih meneliti beberapa perkara lagi, jadi kita telah memohon pihak Istana Negara untuk menangguhkan pertemuan esok.
“Pun begitu, kita masih menunggu keputusan daripada pihak Istana Negara,” katanya ketika ditemui pemberita di Menara Dato’ Onn, World Trade Centre (WTC) di sini, pada Selasa.
Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah itu berkata, setakat ini, BN mengambil pendekatan untuk terus kekal dengan keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan sama ada Perikatan Nasional (PN) mahupun Pakatan Harapan (PH).
Perkara yang sama dimaklumkan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Athur Joseph Kurup.
Sementara itu, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, Pengerusi BN akan mengeluarkan kenyataan berhubung penangguhan sekiranya dibenarkan oleh Istana Negara.
Beliau turut memaklumkan tiada sebarang akuan bersumpah ditandatangani mana-mana ahli Parlimen BN dalam mesyuarat yang berakhir kira-kira pukul 11.30 malam Rabu.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang hadir pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN pukul 11 pagi Rabu membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan
Sebaliknya beliau berkata, BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.
Dalam satu kenyataan Yang Di-Pertua Agong menitahkan 30 Ahli Parlimen BN untuk mengadap Baginda pada Rabu secara individu bermula pukul 10.30 pagi.
Proses ini bertujuan supaya Baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.
Umavathi Ramayah
Tue Nov 22 2022

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan ketika tiba di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini bagi menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional, hari ini. - Foto BERNAMA

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.

Tiada MP BN akan kosongkan kerusi Parlimen - Ahmad Zahid
Presiden UMNO itu berkata beliau sendiri telah melakukan kaji selidik ke atas semua Ahli Parlimen BN dan ura-ura menjatuhkan kerajaan nyata tidak berasas.

Ahli Parlimen BN tak terlibat usaha jatuhkan kerajaan - Mohamad
Barisan Nasional (BN) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa terdapat Ahli Parlimen dalam kalangan parti komponennya yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan.

Pasca PRU15: BN mohon tangguh menghadap Agong, kekal pendirian tidak sokong PH, PN
Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat pada Selasa memohon agar sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi Rabu, ditangguhkan.

Pra-majlis angkat sumpah PM ke-9: Ismail Sabri bertemu Ahli Parlimen UMNO, BN malam ini
Biarpun hanya akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-9 esok, jadual Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus padat.

BN batalkan mesyuarat 'pre-council' bersama Ahli Parlimen parti secara bersemuka
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberitahu Astro AWANI, tiada sebarang mesyuarat atau perjumpaan secara bersemuka.

Madius ajak MP BN tolak Muhyiddin sertai PH Plus
Madius mengajak Ahli Parlimen BN yang tidak sebulu dengan Muhyiddin menyertai Pakatan Harapan (PH) Plus.

Benarkah Najib jadi 'kunci' kemaraan Anwar, DAP?
Perjumpaan Ahli Parlimen BN yang berlangsung pada petang Isnin seolah-olah tidak membawa mesej jelas dan sehingga kini tiada sebarang keputusan muktamad yang diperolehi mereka.

Ahli Parlimen BN jemput Azmin masuk UMNO
Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini menjemput Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyertai UMNO.

Azmin masih tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR
"Sepanjang pengetahuan Biro Politik, masih belum ada kes displin membabitkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali," ujar Fahmi.