MARANG: Berbekalkan hasrat ingin membantu masyarakat dalam menghadapi kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup, sekumpulan sukarelawan mengambil inisiatif mengadakan pasar percuma yang memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan pelbagai barangan tanpa sebarang bayaran.
Pengasas program Pasor Percuma Ganu Kite! Dr Muhammad Salehuddin Sulaiman berkata, program yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Mengkuang di Bukit Payong dekat sini, disertai 35 sukalerawan yang menyumbang pelbagai jenis barangan termasuk susu bayi, mainan kanak-kanak, baju dan buku.
Selain itu katanya, program Pasor Percuma Ganu Kite! yang diadakan selama dua jam bermula 10 pagi tadi turut memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan bihun secara percuma.
"Ini merupakan kali ke-23 kita adakan pasar percuma sejak 2017. Konsep yang kita buat adalah 'daripada rakyat kepada rakyat'... kita membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan.
"Para penyumbang pula terdiri daripada rakan-rakan saya dan mereka juga mengajak kenalan mereka untuk menyertainya. Kami juga menghebahkan program ini dalam media sosial untuk menarik lebih ramai penyumbang," katanya ketika ditemui pemberita di SK Padang Mengkuang di sini hari ini.
Beliau berkata program itu menerima sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran 1,000 pengunjung termasuk kanak-kanak yang tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan pelbagai barangan yang mereka perlukan.
Seorang penyumbang Ang Meng Siew, 40, berkata selain gembira dapat membantu masyarakat, acara seumpama ini juga memberikan kepuasan buat dirinya apabila pelbagai barangan dari rumahnya yang masih elok seperti mainan anak-anaknya, telah bertukar pemilik.
"Kali pertama saya sertai program ini pada 2020. Apabila kita dapat memberi ia bukan sahaja menggembirakan hati penerima tetapi kita sendiri pun rasa gembira. Saya juga dapat mendidik anak-anak untuk berkongsi rezeki dengan orang lain, barangan antaranya mainan dan kasut mereka yang tidak lagi digunakan kini telah menjadi milik orang lain dan tidak dibuang begitu sahaja," katanya yang menyumbang kasut, baju dan mainan kanak-kanak.
Dalam pada itu, seorang pengunjung Minah Musa, 71, berkata beliau sangat gembira kerana dapat membawa pulang pelbagai barangan seperti beras dan minyak masak secara percuma yang sekali gus dapat mengurangkan perbelanjaan keluarganya untuk minggu ini.
"Mak cik tahu mengenai program ini melalui anak saudara yang turut membawa mak cik ke sini. Syukur sangat kerana ada yang prihatin dengan nasib penduduk kampung seperti mak cik.
"Lagipun mak cik ini orang susah tiada pendapatan tetap dan setiap bulan hanya mengharapkan duit belanja daripada anak-anak tetapi mereka pun tidak dapat banyak memberi kerana hanya kerja biasa-biasa sahaja. Jadi apabila ada yang sudi beri sumbangan memang mak cik sangat hargai," kata ibu kepada 10 orang anak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 17 2022
Sekumpulan sukarelawan mengadakan pasar percuma yang memberi peluang kepada pengunjung dapatkan pelbagai barangan tanpa sebarang bayaran. - Bernama
Gencatan senjata Gaza mula Ahad, walau ada halangan akhir
Gencatan senjata di Gaza dijangka bermula pada hari Ahad seperti yang dirancang, walaupun masih terdapat isu kecil yang perlu diselesaikan oleh perunding pada saat-saat akhir.
LYF George Town rancakkan industri perhotelan di Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, industri perhotelan mempunyai peranan besar dalam menyediakan tempat untuk menyambut kedatangan tetamu kenamaan asing dan delegasi berikutan beberapa mesyuarat ASEAN akan turut diadakan di Pulau Pinang.
Malaysia tangani risiko overtourism menerusi amalan pelancongan lestari
Meskipun Malaysia belum menghadapi lebihan pelancong secara meluas, beberapa lokasi pelancongan seperti Semporna, Sabah telah mula berdepan masalah itu.
Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Menurut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Video tular kakitangan Puspakom ditampar pelanggan berlaku November lepas
Beliau berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.40 petang pada 18 Nov lepas melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun yang merupakan pelanggan Puspakom.
AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
PM adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK
Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom (UK) dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.
Kebakaran Los Angeles: Jennifer Garner jadi sukarelawan, sedih hilang rakan, lihat kemusnahan
AKTRES Jennifer Garner melahirkan rasa dukacita dan bersedih melihat bencana kebakaran hutan di Los Angeles yang turut mengorban sahabatnya dan memusnahkan ribuan kediaman penduduk.
Kementerian Perpaduan Negara aktifkan Skuad Ihsan MADANI
Skuad Ihsan MADANI adalah bukti komitmen kementeriannya dalam memupuk semangat kesukarelawanan, solidariti dan empati masyarakat.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
Sukma 2024 tarik hampir 3,000 sekarelawan, majoriti golongan muda
Kesemua sukarelawan telah didedahkan dengan pelbagai latihan serta kemahiran khususnya dalam memberi bantuan kecemasan sepanjang temasya itu nanti.
Sukarelawan Bahasa Inggeris Singapura tidak jejas pengambilan, penempatan guru tempatan - KPM
Cadangan tersebut sedang diteliti, terutama dari sudut pelaksanaan di institusi pendidikan KPM bagi memastikan ia selari dengan dasar serta peraturan sedia ada.
NGO perlu berunding dengan Wisma Putra sebelum hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
Mana-mana pihak khususnya NGO termasuk Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia diminta berunding terlebih dahulu dengan Wisma Putra sebelum menghantar sukarelawan ke Gaza.
100 sukarelawan YBR gotong-royong bersihkan Zoo Melaka
Aktiviti kesukarelawanan itu juga melibatkan pembersihan kandang dan pemberian makan kepada haiwan dan membaik pulih taman permainan.
Raja Permaisuri Agong akan terus terlibat dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor
Raja Zarith Sofiah bertitah baginda akan terus terlibat secara langsung dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) walaupun kini berperanan sebagai Raja Permaisuri Agong.
Kerajaan Turkiye laksana 5,533 aktiviti selepas kejadian gempa bumi
Aktiviti itu melibatkan penyertaan pakar kesihatan mental, sukarelawan, pendidik dan jurulatih untuk 420,236 mangsa.
Kerosakan lapan sekolah di Dungun dianggar RM1 juta
Sebanyak lapan sekolah di daerah Dungun terjejas teruk akibat banjir, dengan kerugian dianggarkan hampir RM1 juta.