SERDANG: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan setiap peralatan sukan di sekolah diaudit bagi menjamin keselamatan murid ketika menggunakannya semasa melakukan aktiviti bersukan.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata adalah sangat penting untuk memastikan peralatan sukan dan padang sekolah sentiasa berada dalam keadaan selamat seiring dengan dasar kementerian yang menggalakkan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S).
"Fasiliti pembangunan sukan mesti diberi tumpuan. Di peringkat KPM selain peruntukan berkaitan sukan, kami juga sedang melihat, bagaimana nak pastikan peralatan sukan (di sekolah) diaudit agar ia berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan anak-anak," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Padang Sintetik Soon Ah Koon Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Cina) Serdang di sini, hari ini.
Menurutnya dasar 1M1S juga akan diperluaskan agar kesemua murid mempunyai akses kepada permainan dan sukan sekali gus menjayakan aspirasi ke arah membudayakan sukan dalam kehidupan supaya generasi lebih sihat.
"Pembudayaan sukan harus bermula dari peringkat awal persekolahan...Paling penting dalam konteks keseluruhan, holistik pembangunan karektor (murid) ini termasuklah dalam sukan.
"Kami juga sedang berusaha agar seboleh-bolehnya sukan ini juga dapat menjadi medium perpaduan dalam kalangan pelajar," kata Fadhlina.
Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan SJK (Cina) Serdang yang berusaha mendapatkan tajaan untuk mempertingkatkan fasiliti sukan di sekolah berkenaan dan berharap ia dapat dijadikan contoh yang baik kepada semua pihak.
"Padang sintetik bernilai lebih RM700,000 ini akan memberi impak cukup besar dalam pembangunan sukan anak-anak. Saya ucapkan tahniah kepada sekolah dan lembaga pengurusan sekolah yang berusaha memastikan fasiliti sukan sekolah berada pada tahap terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
Fadhlina beramah mesra sebahagian para pelajar dan guru-guru ketika hadir merasmikan Padang Sintetik Ah Koon Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Cina) Serdang hari ini. - Foto Bernama
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.
Pemberian kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan murid - KKM
KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.
Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.
Seramai 496,541 pelajar terima manfaat BAP di Sabah
Seramai 496,541 pelajar bakal menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) melibatkan peruntukan lebih RM74,481,150.
KPT pujuk tenaga pengajar bertugas di luar negara curah khidmat di Malaysia - Zambry
Zambry berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi mencari peluang untuk mereka menyumbang khidmat kepada negara.
Kertas Sejarah SPM didakwa bocor: KPM akan ambil tindakan undang-undang - Wong
Kementerian Pendidikan tidak teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu berhubung kebocoran kertas peperiksaan SPM bagi subjek Sejarah.
BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bermula Isnin
Agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu pula akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2025.
Peratusan calon SPM 2024 hadir cecah 97 peratus - Fadhlina
Peratusan kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencecah 97 peratus setakat ini.
Calon SPM berdepan masalah, maklum segera kepada sekolah, JPN
Wong berkata, pihaknya bersedia membantu calon-calon SPM dalam memastikan mereka tidak tercicir untuk mengambil peperiksaan.