KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan perlu memastikan usaha meningkat pertahanan di perairan Sabah dan Sarawak direalisasikan bagi menjamin kedaulatan negara serta keselamatan rakyat di kedua-dua wilayah itu terjamin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Dr. Daud Yusuf berkata, antara usaha itu adalah dengan merealisasikan pembangunan pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak.
Menurutnya, ia penting supaya jaringan keselamatan di perairan Sarawak dan Sabah lebih terkoordinasi terutama melibatkan armada laut memandangkan pangkalan TLDM turut wujud di negeri ini.
Pada masa sama katanya, Sarawak juga satu-satunya wilayah yang tidak mempunyai pangkalan TLDM sedangkan Sabah memiliki lima pangkalan manakala Semenanjung juga lima.
"Saya menyokong kehadiran pangkalan TLDM di Bintulu, Sarawak yang telah dirancang sebelum ini dan sewajarnya ia segera direalisasikan supaya jaringan keselamatan di kedua-dua wilayah ini lebih terjamin.
"Ia perlu diberi keutamaan kerana turut melibatkan kepentingan negara di perairan Sabah dan Sarawak di Laut China Selatan seperti sektor perikanan serta cari gali minyak dan gas. Kedua-dua wilayah ini saling berkaitan, justeru tiada kompromi jika melibatkan keselamatan rakyat, kedaulatan dan kepentingan negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dr. Daud berkata, keperluan sama juga harus ditingkatkan di Sabah khususnya aset ketenteraan sedia ada yang sudah terlalu lama malah tidak mampu menyaingi ancaman ketenteraan moden.
Katanya, antara yang harus dilakukan Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pertahanan adalah dengan menggantikan jentera tempur laut dan udara atau ditambah dengan peralatan ketenteraan yang lebih baik.
"Keselamatan negara terutamanya di perairan Laut Cina Selatan harus dipertahankan terutama sekali daripada pencerobohan luar seperti China, dan mana-mana negara yang cuba mengganggu kedaulatan negara kita.
"Tiada guna kita tarik ramai pelabur luar ke Sabah, sekiranya keselamatan dan kepentingan rakyat kita tidak terjamin susulan keupayaan pertahanan kita yang amat terhad terutamanya aset tempur yang 'usang'.
"Justeru, sewajarnya Kerajaan Negeri memastikan kerajaan persekutuan dan Kementerian Pertahanan mengambil perhatian serius perkara ini, jangan sampai 'sudah terhantuk, baru tengadah," katanya.
Astro Awani
Tue Mar 21 2023
Dr. Daud Yusuf berkata, antara usaha itu adalah dengan merealisasikan pembangunan pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Guna jalan tidak diwartakan 11 pendatang tanpa izin ditahan
Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang tekong darat dan 10 pendatang tanpa izin kerana menggunakan jalan tidak diwartakan untuk keluar dan masuk ke negara ini.
Trump tegaskan kenaikan tarif 25 peratus ke atas Mexico, Kanada - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal bertegas untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada bermula 1 Feb.
Wan Junaidi seru masyarakat Cina bersama-sama kukuhkan integrasi merentasi kaum
Wan Junaidi menyeru masyarakat Cina untuk terus bersama-sama memperkukuh lagi integrasi merentasi kaum bagi memastikan pembangunan yang inklusif dan mampan.
Bekalan air optimum di Pulau Pinang ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengoptimumkan perkhidmatan bekalan air ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina, bermula Rabu.
JSJ Bukit Aman cadang teliti semula beberapa undang-undang jenayah lapuk
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melihat terdapat keperluan untuk meneliti semula beberapa undang-undang pencegahan jenayah yang sudah lapuk untuk disesuaikan dengan situasi semasa.
Bursa Malaysia jangka 60 IPO disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran RM40.2 bilion
Bursa Malaysia Bhd menjangkakan sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) akan disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran berjumlah RM40.2 bilion.
Malaysia negara pertama bolehkan syarikat telekomunikasi laksana 6-Way MOCN, tingkat capaian internet
Malaysia merupakan negara pertama membolehkan syarikat telekomunikasi berkerjasama melaksanakan 6-Way Multi Operator Core Network (6-Way MOCN), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
KEMAS jalankan kajian menyeluruh keperluan naik taraf, baik pulih tabika
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung keperluan menaik taraf dan baik pulih Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) KEMAS di seluruh negara.
Pastikan pertahanan perairan Sabah dan Sarawak ditingkatkan - ADUN Bongawan
Kerajaan Pusat perlu memastikan usaha meningkatkan pertahanan di perairan Sabah dan Sarawak direalisasikan bagi menjamin kedaulatan negara.