Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan berusaha untuk memastikan suasana keluarga 'sandwic' berterusan di negara ini bagi mengatasi masalah kesunyian dalam kalangan warga emas, kata Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata keluarga sandwic merupakan keluarga yang pasangan suami isteri menanggung anak dan pada masa yang sama menanggung ibu bapa masing-masing yang tinggal bersama.
Beliau berkata hasil Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-4 (2004) menganggarkan lebih 600,000 warga emas di Malaysia mengalami masalah kesunyian.
"Perak mencatatkan 125,866 keluarga sandwic daripada 559,405 keseluruhan keluarga dan Perak menduduki ranking ketiga iaitu sebanyak 225,863 warga emas adalah daripada mereka yang sunyi selepas Negeri Sembilan dan Melaka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Keluarga Bahagia 2015 peringkat negeri Perak bertemakan 'Saya Sayang Keluarga Saya' di Arena Square di sini, hari ini.
Rohani berkata keluarga sandwic memberi ruang kepada warga emas untuk sentiasa bersama keluarga dan tidak mempunyai perasaan tidak disayangi serta kesunyian.
"Keluarga sandwic ini telah terjalin begitu lama di Malaysia, jadi kita tidak mahu ia terhakis walaupun menjelang 2020 ciri-ciri sistem ini mesti dikekalkan kerana ia merupakan ciri unik di Malaysia," katanya.
Rohani berkata selain itu, kementerian juga telah menyediakan sebanyak 45 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di seluruh Malaysia dan akan menambah lima pusat lagi tahun ini.
"PAWE diwujudkan sebagai satu pusat rekreasi. Bagi anak-anak yang bekerja boleh menghantar ibu bapa mereka ke pusat aktiviti warga emas supaya mereka tidak kesunyian," katanya.
Mengenai program hari ini, Rohani berkata Tanjung Malim merupakan destinasi ketiga program Jelajah Keluarga Bahagia 2015 selepas Sarawak dan Sabah.
"Kempen ini turut memberi kesedaran kepada anggota keluarga untuk menjadi pengguna laman sosial yang bijak serta keterangan mengenai jenayah siber," katanya.
Katanya selepas ini program tersebut akan ke tujuh lokasi antaranya Miri, Sarawak.
Sebanyak 25 agensi terlibat dalam menyediakan perkhidmatan interaktif dan lebih 30 rakan strategik termasuk agensi kerajaan, swasta, NGO serta syarikat korporat terlibat dalam 10 lokasi Jelajah Keluarga Bahagia 2015.
Bernama
Mon Apr 27 2015
![Pastikan suasana keluarga 'Sandwic' berterusan - Rohani Pastikan suasana keluarga 'Sandwic' berterusan - Rohani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/61413121988_295x200.jpg)
ROHANI: Pastikan suasana keluarga 'Sandwic' berterusan - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks 60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51622465885_kanserserviks.jpg)
60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.
![KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734005454_NancySyukri.jpg)
KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.
![Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734005454_NancySyukri.jpg)
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
![Jangan jadikan alasan kesibukan mencari rezeki untuk abai penjagaan anak - Nancy Jangan jadikan alasan kesibukan mencari rezeki untuk abai penjagaan anak - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732804414_NancyShukri.jpg)
Jangan jadikan alasan kesibukan mencari rezeki untuk abai penjagaan anak - Nancy
Kesibukan mencari nafkah tidak wajar dijadikan alasan untuk mana-mana ibu bapa mengabaikan soal penjagaan anak-anak mereka.
![KPWKM sediakan peruntukan RM39.9 juta bantuan bencana - Noraini KPWKM sediakan peruntukan RM39.9 juta bantuan bencana - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732793073_TBNorainiAhmad.jpg)
KPWKM sediakan peruntukan RM39.9 juta bantuan bencana - Noraini
KPWKM menyediakan sejumlah RM39.9 juta peruntukan bagi memastikan keperluan makanan dan barangan keperluan bencana kepada mangsa disalurkan sebaiknya bagi tahun ini.
![KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732617910_tbSkuadWajaGenZ.jpg)
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
![Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731822412_TBNANCY.jpg)
Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Nancy berkata dasar itu juga akan memastikan suara kanak-kanak didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan.
![25 tokoh wanita dipilih menerusi inisiatif PERANTIS 2024 KPWKM - Nancy 25 tokoh wanita dipilih menerusi inisiatif PERANTIS 2024 KPWKM - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732200502_NancyShukri.jpg)
25 tokoh wanita dipilih menerusi inisiatif PERANTIS 2024 KPWKM - Nancy
Sebanyak 25 tokoh wanita yang berkelayakan daripada pelbagai latar belakang telah dipilih untuk menerima geran peruntukan menerusi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024.
![KPWKM komited pastikan kebajikan anak-anak OKU terbela - Nancy KPWKM komited pastikan kebajikan anak-anak OKU terbela - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731822412_TBNANCY.jpg)
KPWKM komited pastikan kebajikan anak-anak OKU terbela - Nancy
Nancy berkata kerajaan terus komited memastikan kebajikan anak-anak OKU terus terbela dan diberi layanan sama rata serta diperkasa melalui peruntukan kementerian dalam Belanjawan 2025.
![KPWKM terus beri perhatian isu keganasan rumah tangga - Noraini KPWKM terus beri perhatian isu keganasan rumah tangga - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729593214_NorainiAhmad.jpg)
KPWKM terus beri perhatian isu keganasan rumah tangga - Noraini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memberikan fokus terhadap isu keganasan rumah tangga, kata Timbalan Menteri berkaitan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.