REMBAU: Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan proaktif dalam menyelesaikan masalah projek 'sakit' melibatkan pembangunan fasiliti kesihatan di negara ini dengan pemantauan rapi kemajuan projek setiap bulan.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata KKM melakukan pemantauan serius terhadap perkembangan 13 projek 'sakit' yang melibatkan klinik kesihatan, hospital dan kuarters di bawah KKM menerusi pasukan bertindak khas.
"Projek-projek ini jumlahnya akan turun naik setiap bulan, tetapi yang penting setiap bulan saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan di peringkat KKM untuk memastikan pemantauan dengan lebih rapi dilakukan.
"Sebagai contoh, KKM berdepan beberapa projek sakit antaranya Hospital Papar di Sabah, iaitu satu projek yang ada kelewatan (pembinaan) tetapi dengan langkah diambil oleh KKM dan Kementerian Kerja Raya berjaya mengurangkan kelewatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hospital Rembau yang dinaik taraf sebagai hospital minor pakar.
Terdahulu, Khairy dalam ucapannya turut menyifatkan penaiktarafan Hospital Rembau itu kemungkinan menjadi hadiah 'terakhir' beliau selaku Ahli Parlimen Rembau.
Memperincikan hospital berkenaan, Khairy berkata KKM menambah sebuah lagi dewan bedah di hospital itu yang dilengkapi dengan mesin imbasan CT (tomografi berkomputer) dengan kos RM9 juta.
Katanya, Hospital Rembau yang siap pembinaannya pada 10 Oktober 2019 itu membantu mengurangkan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.
Selain itu, hospital berkenaan juga membolehkan penduduk di Rembau, Tampin dan kawasan sekitarnya menerima rawatan kepakaran di hospital berkenaan serta dapat memendekkan masa menunggu untuk menerima rawatan pakar.
Khairy berkata hospital berkeluasan 6.65 hektar itu melibatkan kos RM147 juta dan pakar perubatan daripada pelbagai disiplin juga akan ditempatkan secara berfasa selaras dengan proses naik taraf dewan bedah kedua.
Beliau berkata selain Hospital Rembau, beberapa hospital di Sabah dan Sarawak akan turut dinaik taraf menjadi hospital negeri, hospital pakar major dan hospital pakar minor.
Selain itu, Khairy berkata KKM secara dasarnya bersetuju membekalkan perkhidmatan Wi-Fi percuma kepada pelanggan di semua hospital di seluruh negara dengan menjadikan Hospital Rembau sebagai permulaan.
Dalam pada itu, beliau berkata KKM juga sedang melihat langkah segera untuk menurunkan waktu menunggu di semua fasiliti kesihatan di negara ini.
"Minggu ini saya menerima taklimat waktu menunggu untuk prosedur penting seperti imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik), imbasan CT dan sebagainya. KKM akan melihat langkah segera yang dapat dibuat supaya waktu menunggu terutamanya imbasan diagnostik ataupun pembedahan serta rawatan kanser dapat diturunkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (tengah) bersama para kakitangan hospital selepas merasmikan Hospital Rembau, hari ini. - Foto BERNAMA

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
AWANI Global: Siapa pemenang persaingan global AI
Siapakah yang menguasai dan menerajui perlumbaan AI masa kini? Apakah impak perkembangan AI genaratif dan cabaran mengoptimumkan kapasiti model AI?
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.

Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi, seperti yang tular di media sosial.

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan lepasan SPM dilonggar kepada tiga kredit
Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan bagi lepasan SPM dilonggarkan kepada hanya tiga kredit berkuat kuasa Januari lalu hingga Disember 2026.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilapor sebuah portal.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.

Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.