KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menerusi pasukan elit Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) berjaya menggagalkan aktiviti perlombongan bauksit secara haram di sekitar kawasan Sungai Ular, di sini pada Khamis.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kejayaan itu hasil penugasan rondaan harian bagi aktiviti pemantauan pasir silika di sekitar Sungai Baging dan Sungai Ular sekitar jam 6 petang.
"Ketika rondaan sekitar jam 6.20 petang, anggota pasukan elit UPNP telah menerbangkan dron melihat aktiviti melombong bahan mineral (bauksit) di sekitar Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), Sungai Ular.
"Anggota kemudiannya telah pergi ke lokasi kejadian dan meminta pemandu lori mengemukakan sebarang dokumen berkaitan namun gagal," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, anggota elit UPNP bertindak menahan dan menyita empat buah lori dumper dan dua jengkaut di bawah seksyen 137 (1) Enakmen Mineral Negeri 2001 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri 2001 iaitu penalti kerana melombong tanpa lesen atau pajakan yang sah.
"Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada UPNP kerana telah berjaya menggagalkan aktiviti perlombongan haram ini.
"Saya juga menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pahang tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti penerokaan tanah secara haram di seluruh negeri ini dan usaha-usaha membanteras aktiviti sebegini akan sentiasa diteruskan setiap masa,"jelasnya.
Norfarhiza Mohd Atar
Fri Jul 07 2023

Kejayaan itu hasil penugasan rondaan harian bagi aktiviti pemantauan pasir silika di sekitar Sungai Baging dan Sungai Ular sekitar jam 6 petang. - Gambar/ FB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Pasukan elit guna dron gagalkan perlombongan bauksit haram di Kuantan
Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) berjaya menggagalkan aktiviti perlombongan bauksit secara haram di sekitar kawasan Sungai Ular, pada Khamis.