KUALA LUMPUR: Sebuah pasukan khas akan ditubuhkan bagi memeriksa peralatan keselamatan yang dipasang di setiap bangunan agar berfungsi dengan baik, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad.
Beliau berkata ini bagi memastikan sistem pemadaman kebakaran berfungsi dan dapat digunakan apabila berlaku kecemasan.
"Antara faktornya sebahagian bangunan di ibu negara ini dibina sebelum penguatkuasaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 iaitu bangunan dipasang sistem pencegahan kebakaran berbeza daripada apa yang disyaratkan.
"Sebagai contoh, Flat Sri Sabah ini sepatutnya paip air yang dipasang dibekalkan secara automatik iaitu salur pancur basah, air terus daripada tangki tetapi ia dipasang dengan pancur kecing yang memerlukan bomba bekalkan air dari bawah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu jemputan progam "Temu Bual Eksklusif JBPM" terbitan Bernama Radio hari ini.
"Daripada konteks ini, paip itu bocor dan tidak sampai ke Tingkat 17, ini yang kita minta supaya buat program yang boleh kita uji bersama tahap keberkesanan," katanya.
Beliau berkata sekiranya terdapat bangunan yang tidak menepati kriteria yang ditetapkan maka tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan dan perlu ditambah baik sekiranya terdapat sistem pencegahan yang didapati tidak dapat berfungsi dengan baik.
"Hasil pemeriksaan akan dilakukan secara menyeluruh. Untuk periksa bangunan, perumahan awam yang dibina sebelum 1984 terutamanya, di seluruh negara," katanya.
Nor Hisham berkata JBPM akan memeriksa lebih 14,000 premis termasuk inap desa dan pusat beli belah di seluruh negara dalam memastikan keselamatan berada pada tahap tertinggi.
Dalam pada itu, beliau berkata tindakan kompaun boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati menghalang atau meletakkan kenderaan di kawasan perkakas bomba.
Selain itu, isu berkenaan alat keselamatan kebakaran seperti pili air bomba yang rosak merupakan tanggungjawab bersama seperti pemilik bangunan atau pihak pengurusan dan bukannya pihak bomba semata-mata.
"Kita tak dapat nak pergi tiap-tiap tahun. Yang penting, apabila ada sistem, kita mesti ada penyelenggaraan . Kita digalakkan buat secara kendiri selenggara itu agar sistem itu berada dalam keadaan baik," katanya.
Beliau berkata penduduk setempat boleh mendesak pihak pengurusan agar lakukan penyelenggaraan kerana setakat ini, terdapat lebih 100 aduan daripada pihak komuniti mengatakan pihak pengurusan tidak menjalankan tugas mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024

Sebuah pasukan khas akan ditubuhkan bagi memeriksa peralatan keselamatan yang dipasang di setiap bangunan agar berfungsi dengan baik, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad. - Gambar fail/BERNAMA

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kompleks Darul Hidayah bakal dijadikan pusat pemulihan akidah anak-anak GISB
MAINPP akan menjadikan Kompleks Darul Hidayah di Penaga di sini sebagai pusat pemulihan akidah bagi kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dari rumah amal kumpulan GISB.

Pemulihan kanak-kanak GISB: Selangor tubuh pasukan khas
Penubuhan pasukan khas itu berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 2 Okt lepas.

Kilang Goodyear tutup: Kerajaan tubuh pasukan khas bantu pekerja terjejas
Pasukan itu akan membantu penempatan semula pekerja dan menawarkan program peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada pekerja terjejas.

Pasukan khas akan ditubuh periksa peralatan keselamatan setiap bangunan - KP Bomba
Sebuah pasukan khas akan ditubuhkan bagi memeriksa peralatan keselamatan yang dipasang di setiap bangunan agar berfungsi dengan baik.

KPM tubuh pasukan petugas khas selaras semula prasekolah
Fadhlina berkata agenda KPM adalah untuk memastikan kurikulum dan juga isu-isu berkaitan prasekolah seperti dari segi pembelajaran serta silibus dapat diselaraskan semuanya di bawah kementerian.

Sistem perolehan pasukan keselamatan perlu dirombak agar lebih telus - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pasukan khas akan diwujudkan bagi mempercepatkan kelulusan perolehan untuk pasukan keselamatan negara.

Pelan liberalisasi visa diperkukuh dengan langkah kawalan, penguatkuasaan bersepadu
Antara aspek kawalan yang bakal dilaksana ialah mewujudkan pasukan khas Jabatan Imigresen bagi memantau pergerakan keluar pelancong China dan India.

Dua pasukan khas ditubuh percepat usaha pengasingan peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya
Mesyuarat pertama untuk meneliti agenda pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya hari ini bersetuju menubuhkan dua pasukan petugas khas bagi mempercepat usaha reformasi itu.

Kerajaan perlu institusikan Ekonomi MADANI bagi pelaksanaan lebih pantas - Ahli ekonomi
Noor Azlan berkata, sebuah pasukan khas perlu diberikan mandat untuk melaksanakan kerangka ekonomi tersebut bersama-sama dengan kerajaan.

Monsun Barat Daya: APM wujud pasukan khas, pantau risiko bencana
Kerajaan menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mewujudkan satu pasukan pemantauan secara rondaan di lokasi titik panas yang berisiko mengalami bencana sepanjang tempoh Monsun Barat Daya.