Polis Selangor dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) telah menggerakkan satu pasukan khas bagi mengesan satu unit projektor radiografi 'Sentinel Delta 880' yang dilaporkan hilang pada 10 Ogos lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pasukan yang bertugas 24 jam itu digerakkan sejurus pihaknya mendapat laporan berhubung kehilangan unit projektor tersebut.
"Setakat ini polis belum mendapat sebarang petunjuk baharu mengenai kehilangan unit tersebut.
"Kita juga belum menerima sebarang maklumat sama ada alat itu telah dibawa keluar dari Selangor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Korban Perdana di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan alat tersebut supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Yong Meng Heng di talian 019-5753399 atau balai polis berdekatan.
Pada 10 Ogos lepas, unit projektor radiografi berkenaan dilaporkan hilang ketika dibawa pulang oleh dua juruteknik sebuah syarikat dari Seremban ke Shah Alam antara 2 dan 3 pagi.
Alat yang memancarkan radiasi Beta dan Gamma itu dikhuatiri disalah guna termasuk oleh pengganas bagi membuat bom.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 23 2018

Mazlan berkata pasukan yang bertugas 24 jam itu digerakkan sejurus pihaknya mendapat laporan berhubung kehilangan unit projektor tersebut. -Gambar fail
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Pelancongan, mahu tarik minat generasi muda
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.

Tolak pengguguran 4 syarat lesen Lynas didakwa tak ikut data, fakta
Keputusan itu didakwa dibuat kerajaan berdasarkan kepada persepsi, emosi serta bermotifkan politik.

Rayuan Lynas gugur empat syarat lesen ditolak
Rayuan Lynas untuk menggugurkan empat syarat lesen yang ditetapkan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) ditolak, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Aktiviti ekonomi libatkan unsur nadir bumi mengandungi norm tertakluk Akta 304
Aktiviti ekonomi melibatkan unsur nadir bumi mengandungi material radioaktif semula jadi tertakluk di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984.

Lynas: Ketegasan kerajaan legakan rakyat, henti polemik
Ketegasan kerajaan dalam mewajibkan beberapa syarat dalam melanjutkan lesen operasi kilang memproses nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng, seharusnya memberi kelegaan kepada rakyat.

Lynas sambut baik komen PM mengenai operasi syarikat
Ini juga disifatkan Lynas seiring dengan syarat pelesenan sedia ada serta syor oleh Jawatankuasa Eksekutif Penilaian kerajaan.

Pasukan khas digerakkan kesan projektor radiografi - Polis
Pasukan yang bertugas 24 jam itu digerakkan sejurus pihaknya mendapat laporan berhubung kehilangan unit projektor tersebut.

KLIA2 bebas daripada pencemaran bahan berbahaya
Operasi dijalankan makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pasukan Unit Bahan Berbahaya Jabatan Bomba, dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia.

Parlimen: Lynas telah kemuka pelan tapak pembuangan kekal - MOSTI
Lynas telah mengemukakan kepada kerajaan pelan atau lokasi tapak pembuangan kekal (PDF) bagi sisa atau buangan industrinya.