BUKIT KAYU HITAM: Polis Kedah akan menubuhkan sebuah Pasukan Khas yang menggabungkan unit-unit seperti Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), elemen Mobile Patrol Vehicle (MPV) dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Unit Anjing Pengesan (K9) susulan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bermula esok (1 April 2022).
Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad memaklumkan pasukan yang ditubuhkan menerusi Op Khas Sempadan itu akan berperanan, memastikan aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan, pemerdagangan manusia, keganasan dan lain-lain jenayah dapat dikekang sebaik mungkin.
Pasukan Khas itu juga melibatkan keanggotaan dari Balai Polis Bukit Kayu Hitam dan Balai Polis Changloon dalam membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam mengawal pintu masuk negara.
Beliau menjangkakan laluan di sempadan Malaysia-Thailand menerusi pintu Bukit Kayu Hitam akan mulai sibuk selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Mei depan.
"Dekat sana (pintu sempadan du Durian Burung) hanya (melibatkan) kenderaan perdagangan, dan memadai dengan kekuatan yang kita ada sekarang, tetapi di sini (Bukit Kayu Hitam) fokusnya adalah kerana, ada aktiviti keluar masuk orang perseorangan dan juga keluar masuk kereta dan sebagainya. Maka, fokus lebih, kena kita lakukan,
"(Jumlah kemasukan) itu kita susah jangkakan kerana dua tahun kita punya sempadan ditutup, tetapi jumlah kenderaan perdagangan adalah sekitar 800 hingga 900 kenderaaan (keluar masuk dalam) sehari. Mungkin (ada) pertambahan mulai esok tetapi susah kita jangkakan jumlahnya.
"Selain itu, kita nak sambut bulan puasa dan kita tak jangkakan begitu ramai tetapi mungkin selepas puasa dan hari raya ini, saya rasa lagi ramai untuk datang sama ada cari peluang pekerjaan atau keluar masuk untuk melawat keluarga dan sebagainya," ujar beliau.
Wan Hassan berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Penuhasan sempena Pembukaan Sempadan Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan bahawa Pasukan Khas yang ditubuhkan serta pasukan PGA akan menggunakan motosikal dan kenderaan pacuan empat roda bagi melakukan rondaan di kawasan-kawasan khas selain melakukan pemeriksaan di beberapa Sekatan Jalan Raya (SJR) di kawasan sekitar.
Polis Kedah juga memberi jaminan akan mengawal ketat sempadan di Kedah termasuk lorong-lorong tikus yang telah dikenal pasti selain akan memantau menggunakan dron bagi memastikan kawalan yang lebih luas dan menyeluruh.
Dalam pada itu, pihak polis turut menjalinkan kerjasama bersama agensi-agensi penguat kuasa yang lain bagi memastikan keselamatan sempadan negara berada pada tahap terbaik.
Abd Hadi Che Awang
Thu Mar 31 2022

Wan Hassan menjangkakan laluan di sempadan Malaysia-Thailand menerusi pintu Bukit Kayu Hitam akan mulai sibuk selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Mei depan. - Astro AWANI
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Pembinaan tembok sempadan di Sungai Golok masih dalam cadangan - Saifuddin Nasution
Pembinaan tembok di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang Sungai Golok, Kelantan masih dalam peringkat cadangan.

Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.

IMT-GT JBC Malaysia alu-alukan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand
IMT-GT JBC Malaysia juga mengalu-alukan keputusan Kerajaan membuka dua pintu sempadan darat iaitu Bukit Kayu Hitam-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan.

Pasukan Khas ditubuhkan sempena pembukaan sempadan Malaysia-Thailand
Laluan di sempadan Malaysia-Thailand menerusi pintu Bukit Kayu Hitam dijangka mulai sibuk selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Mei depan.

Pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bakal tingkat aktiviti rentas libatkan tenaga kerja, barangan
Ketibaan sumber manusia dari Thailand dijangka memberi impak ke atas beberapa sektor perniagaan seperti perkhidmatan, perladangan dan perikanan.

SOP kemasukan sempadan darat Thailand-Malaysia jamin kesihatan awam
Pelancong yang memasuki Thailand melalui pintu masuk Sadao boleh membawa kenderaan persendirian dari Malaysia.

ATM, PGA kekal kawal sempadan meskipun banjir, pos dinaiki air
Kesemua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di sempadan Malaysia-Thailand di sini, akan dikekalkan, meskipun ada beberapa pos mereka dinaiki air.

Tembak anggota PGA: 52 suspek direman 28 hari di bawah SOSMA - Polis
Siasatan berhubung kes berkenaan dibuka dibawah Seksyen 130V, BAB VIB Jenayah Terancang Kanun Keseksaan.

Tembak anggota PGA: 15 suspek tempatan ada kaitan kes lain di Kedah
Semua suspek itu disyaki mempunyai kaitan dengan kes tembakan di sempadan berhampiran Bukit Kayu Hitam, sebelum ini.

Polis tubuh pasukan khas bawa pulang 3 suspek tembak anggota PGA dari Thailand
Datuk Huzir Mohamed, semua mereka termasuk seorang yang dikenal pasti sebagai ketua sindiket diperlukan bagi melengkapkan siasatan.