Pasukan Khas Menangani Isu Felda yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Wahid Omar akan membentangkan laporan penuh berkaitan agensi itu termasuk usaha pengukuhan kewangannya, selewat-lewatnya awal bulan depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata laporan itu merupakan susulan daripada pembentangan kertas putih 'Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan' (Felda) yang dibentangkan di Parlimen pada April tahun lalu.
"Pasukan khas ini yang ditubuhkan kerajaan telah hampir siap laporannya dan kami jangka seminggu dua lagi akan disampaikan secara rasmi kepada kerajaan.
"Pembentangan dijangka bulan ini, atau paling lewat awal bulan depan dan kami harap pada bulan Oktober, kerajaan akan dapat mengumumkan beberapa tindakan untuk memastikan kelestarian Felda," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan Felda Trolak Utara dan Selatan di Slim River di sini, pada Khamis.
Pengumuman mengenai penubuhan Pasukan Khas Menangani Isu Felda dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2020 bulan lalu di sini dalam usaha mengenal pasti kaedah terbaik bagi menjamin kelestarian kewangan Felda demi manfaat warga peneroka.
BACA: Kajian pasukan petugas khas tambah baik kertas putih Felda - Idris Jusoh
Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata selain mencari kaedah untuk memperkukuhkan kewangan Felda, laporan itu turut akan mengandungi model bagi mengurangkan beban hutang yang ditanggung peneroka dan usaha meningkatkan pengeluaran.
"Hari ini pengeluarannya adalah antara 19 hingga 20 tan bagi setiap 0.40 hektar setahun kepada sasaran 25 tan setahun dan sasaran ini mampu dicapai dengan teknologi baru," katanya.
Mengenai Lembah Herba Wilayah Trolak sebagaimana diumumkan Muhyiddin sebelum ini, Mustapa berkata ia merupakan antara usaha untuk meningkatkan pendapatan dengan pemantauan berterusan perlu dilakukan untuk memastikannya kejayaannya.
Sementara itu, ditanya mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mustapa yakin peneroka Felda yang berjumlah lebih 13,000 daripada keseluruhan 23,094 pengundi di kawasan itu akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz berikutan usaha kerajaan meningkatkan taraf sosial dan ekonomi warga Felda.
PRK DUN Slim akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mohd Zaidi Aziz, 43, dan dua calon Bebas iaitu S. Santhasekaran, 44, dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang baharu mengemukakan permohonan rasmi penubuhan, pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 20 2020

Mustapa beramah mesra bersama warga peneroka ketika hadir sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim, di Felda Trolak Utara, 20 Ogos, 2020. --fotoBERNAMA

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.

Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia
Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.

Lebih 81 peratus syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia patuh syariah - Pengerusi
Sebanyak 820 syarikat atau 81.3 peratus daripada keseluruhan 1,009 syarikat senaraian awam (PLC) di Bursa Malaysia patuh Syariah setakat 27 Mei, 2024, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Penguasaan korporat Bumiputera di Bursa Malaysia hanya 7 peratus - Abdul Wahid
Penguasaan korporat Bumiputera dalam kalangan syarikat tersenarai awam, Public Listed Company (PLC) setakat tahun 2022 hanyalah 7 peratus.

Kerajaan gesa kepada lebih banyak penglibatan belia bagi bentuk agenda ESG Malaysia
Hanifah berkata, belia perlu bersuara dalam pembangunan inisiatif kemampanan dan menjadi sebahagian daripada agenda hijau.

Bank perlu senaraikan anak syarikat perbankan Islam - Bursa Malaysia
Bursa Malaysia Bhd menggalakkan institusi kewangan supaya mula meneroka kemungkinan menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam masing-masing walaupun menghadapi cabaran instrumen ekuiti patuh syariah

WEF iktiraf usaha peralihan tenaga Malaysia sebagai terbaik di Asia Tenggara - Abdul Wahid
WEF mengiktiraf kemajuan dan rancangan Malaysia untuk memastikan peralihan tenaga dilaksanakan tepat pada masanya dan bersesuaian.

Wujudkan budaya beramanah untuk program pemberi maklumat yang efektif - Wahid Omar
Mewujudkan persekitaran yang beramanah secara dalaman dan luaran adalah penting untuk organisasi bagi memastikan program pemberi maklumat atau 'whistleblower' yang efektif.

Belanjawan 2023: Sektor korporat ceria tanpa Cukai Makmur - Wahid Omar
Ketiadaan Cukai Makmur yang berpotensi mengurangkan lima hingga enam peratus daripada pendapatan saham-saham komponen FBM KLCI 2023, memberikan kelegaan besar kepada sektor korporat.

Bursa Malaysia lancar BCX, dagangan karbon patuh syariah pertama
Bursa Malaysia Berhad hari melancarkan Bursa Carbon Exchange (BCX) bagi Pasaran Karbon Sukarela (VCM) yang mematuhi syariah, pertama seumpamanya di dunia.