Kabinet bersetuju supaya sebuah pasukan petugas khas dibentuk bagi meneliti laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh Keng Joo dan aktivis sosial Amri Che Mat, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata pasukan itu yang bakal dianggotai antara enam dan tujuh individu, juga seterusnya akan mengesyorkan tindakan wajar yang perlu diambil oleh kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab dalam kes tersebut.
Muhyiddin berkata kerajaan sedang mengenal pasti individu-individu yang sesuai untuk menganggotai pasukan tersebut dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Ini kerana, laporan itu antara lain mengatakan polis terlibat dan sebagainya dan pihak yang boleh membuat siasatan, yang ada kuasa polis juga.
"Jadi kita ingin memastikan bahawa pihak-pihak yang dirasakan sesuai akan dinamakan dan akan diberi satu tempoh berpatutan mungkin tiga bulan sebagai contoh untuk mengemukakan keputusan hasil daripada siasatan terhadap laporan Suhakam itu," katanya kepada pemberita selepas Program Penerapan Nilai Murni di Bulan Ramadan, di sini hari ini.
BACA: Kehilangan paksa Raymond, Amri: PDRM kesal dakwaan Suhakam
BACA: Kehilangan paksa Raymond, Amri: Suhakam gesa tubuh Jawatankuasa Khas Siasatan
Muhyiddin berkata pihak polis akan turut terlibat dalam pasukan itu, namun kementerian akan mencari mereka yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes tersebut.
"Tuduhan itu ada membabitkan Cawangan Khas dan lain-lain lagi, jadi kita tak boleh meletakkan orang-orang yang ada berkepentingan sebab itu kita mengambil masa menamakan siapa yang agak sesuai.
"Ada nama-nama yang kita telah kenal pasti tetapi kita nak berhubung dengan mereka supaya mereka setuju, selepas itu barulah kita beri terma rujukan dan lain-lain lagi, serta tempoh berapa lama pasukan ini akan menjalankan tugas," katanya.
Berdasarkan hasil inkuiri awam yang bermula Oktober 2017, Suhakam membuat kesimpulan bahawa polis Cawangan Khas Bukit Aman bertanggungjawab terhadap kehilangan secara paksa Koh dan Amri.
Koh, 64, diculik ketika memandu oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Kelana Jaya, dekat sini, pada 13 Feb 2017 sementara Amri, 44, pengasas bersama Persatuan Kebajikan Harapan Perlis, hilang sejak 24 Nov 2016.
BACA: 'Siasatan semula kehilangan Pastor Raymond, Amri selepas ganti IGP' - Tun M
Mengulas mengenai kenyataan Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin, bahawa menteri, menteri besar dan exco yang kurang menyerlah wajar meletak jawatan secara sukarela, Muhyiddin berkata terserah kepada individu yang dimaksudkan untuk berbuat demikian jika merasakan mereka tidak lagi sesuai berada dalam Kabinet.
"Saya tidak tahu siapa yang dimaksudkan, tetapi kalau saya, saya berhentilah. Kalau orang lain itu terserah kepada mereka," kata Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sambil menambah kenyataan Kadir itu hanyalah pandangan peribadi seorang pengamal media walaupun beliau merupakan anggota Majlis Tertinggi Bersatu.
"Ini adalah di bawah bidang kuasa Perdana Menteri jika beliau ingin mengambil sebarang langkah," kata Muhyiddin.
Semalam, Kadir melalui blognya berkata selepas setahun Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, kesemua yang dilantik dan memikul tanggungjawab sudah sewajarnya menilai semula kedudukan mereka memandangkan tempoh itu adalah cukup lama untuk mempelajari cara melaksanakan tugas bagi memenuhi aspirasi rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2019

Muhyiddin menyampaikan sumbangan kepada kepada anak-anak yatim warga KDN semasa Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Kementerian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam ini. --fotoBERNAMA

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

'Pemenjaraan Najib bukan sebab untuk rakyat gembira' - Kadir Jasin
Pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu kenamaan lain serta perbicaraan kes-kes rasuah berprofil tinggi bukanlah sebab untuk rakyat bergembira.

Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab
Kunjungan daripada pemimin UMNO itu langsung tidak membimbangkan malah ia sebenarnya perkara yang baik.

Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin
Menurut Kadir, UMNO mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan DAP untuk menarik sokongan bukan Melayu yang sudah tidak bersama Barisan Nasional.

Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing berusia 48 dan 45 tahun telah berusaha mengubah sejarah dan hala tuju negara.
![[KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman [KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524481292_logoPPBM.jpg)
[KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman
Jemputan ke mesyuarat itu dihantar oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi aplikasi WhatsApp.

Kerajaan Perpaduan yang dicadang tidak bergantung kepada parti-parti politik - Abdul Kadir
Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik.

Semua MP Bersatu selesai menghadap YDP Agong, nyata sokongan kepada Dr Mahathir
Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin menyeru ahli-ahli Bersatu agar bertenang dan memberi keyakinan penuh kepada pimpinan untuk menangani situasi politik semasa.

Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin
Beliau merayu kepada ahli MPT agar tidak memaksa beliau melanggar prinsip dan janji yang dibuat terhadap Anwar.

Hishammuddin, Khairy adalah masa depan UMNO
A Kadir percaya kedua-dua pemimpin yang dianggap sebagai Melayu moderat itu, mampu membawa kembali UMNO kepada prinsip kesederhanaannya

Berhenti cakap politik, buat kerja, pesan Kadir Jasin pada menteri
Video intim Sandakan yang tular baru-baru ini seolah-olah mempunyai kehidupan tersendiri dalam arena politik negara.