Saringan kemasukan 3,000 pelarian Syria ke Malaysia akan dilakukan oleh sebuah pasukan petugas khas diketuai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha mengekang ancaman militan dan pengganas.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat berkata itu antara langkah keselamatan yang dilakukan kerajaan bagi memastikan pelarian tersebut bebas daripada idelogi keganasan dan tidak menggugat keamanan negara.
Beliau berkata pasukan petugas itu telah menetapkan proses saringan dan tapisan keselamatan yang ketat dalam memastikan pelarian tidak membawa masuk sebarang fahaman dan ideologi keganasan yang kini menular di seluruh dunia.
Masir berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 bagi kementeriannya di Dewan Negara hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan dasar kerajaan untuk memberi perlindungan kepada 3,000 rakyat Syria yang menjadi mangsa perang dan konflik di negara mereka.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memberitahu Dewan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan ditambah.
Ini jelasnya bagi membolehkan agensi itu melakukan lebih banyak rondaan untuk mencegah pencerobohan kapal-kapal asing seperti kapal pengawal pantai China di kawasan Beting Patinggi Ali, kira-kira 80 batu nautika dari Tanjung Baram, Sarawak.
Shahidan berkata APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga akan mengadakan rondaan secara berterusan sejak pencerobohan di kawasan perairan milik Malaysia di Laut China Selatan itu mula dikesan pada 4 Sept 2013.
Menurutnya Malaysia juga mengambil pendekatan secara diplomatik dengan China bagi mengatasi masalah pencerobohan tersebut yang berpunca daripada tuntutan bertindih di kawasan perairan berkenaan.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Jamil Khir berkata prosedur penyaluran bantuan zakat akan dipermudahkan bagi membantu golongan gelandangan.
"Prosedur yang ditetapkan ialah pemohon mempunyai alamat rumah, bil air dan elektrik. Walaupun tidak mempunyai alamat rumah, kita tetap akan cuba memberi bantuan yang sepatutnya seperti wang dan makanan.
"Prosedur yang kita buat ini untuk memudahkan pengurusan wang dilakukan dan bukannya sewenang-wenangnya kita serah tanpa usul periksa kerana ada segelintir pemohon seperti gelandangan ini tumbuh setiap hari, hilang dan muncul bila-bila masa," katanya.
Bagaimanapun, katanya dalam usaha untuk membantu mereka, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah bekerjasama dengan beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO).
"Surat pengesahan bergelandangan yang dikeluarkan daripada NGO ini turut diguna pakai oleh Baitulmal MAIWP dalam menawarkan bantuan secara bulanan kepada gelandangan yang layak dengan keutamaaan kepada yang berkeluarga.
"Baitulmal MAIWP juga telah menyediakan rumah transit bagi menempatkan gelandangan ini secara sementara sebelum bantuan zakat dapat disalurkan kepada mereka," katanya.
Persidangan bersambung esok.
Bernama
Mon Dec 14 2015

MASIR: Langkah keselamatan itu bagi memastikan pelarian tersebut bebas daripada idelogi keganasan dan tidak menggugat keamanan negara. -fotoBERNAMA

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Tentera Malaysia, Thailand jalin kerjasama atasi ancaman militan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalin kerjasama rapat dengan Angkatan Tentera DiRaja Thailand bagi mengatasi ancaman militan di kedua-dua negara.

Polis pertingkat keselamatan menjelang Hari Malaysia - KPN
Polis akan meningkat kesiapsiagaan di seluruh negara bagi menghadapi sebarang ancaman sama ada dari Daish atau mana-mana kumpulan pengganas sekalipun.

Ancaman Daish: Sektor pelaburan, pelancongan Malaysia tidak terjejas
Setakat ini sektor pelaburan dan pelancongan masih tidak terjejas dan Datuk Seri Mustapa Mohamed mendoakan supaya keadaan terus terkawal.

Pasukan petugas khas saring kemasukan pelarian Syria - KDN
Langkah keselamatan yang dilakukan kerajaan itu bagi memastikan pelarian tersebut bebas daripada idelogi keganasan dan tidak menggugat keamanan negara.