MELAKA: Pasukan Selam Ranjau KD Duyong, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota komando dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan, Selasa lepas.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata pasukan tersebut akan membantu selaman di kawasan pengesanan sonar yang telah ditanda oleh Tim Ukur Medan dari Cawangan Operasi dan Persempadan Pusat Hidrografi Nasional (PHN) semalam.
"Pencarian hari ketujuh ini akan lebih tertumpu menggunakan sonar oleh Tim Ukur Medan dari Cawangan Operasi dan Persempadan PHN.
"Khidmat Pasukan Selam Ranjau akan digunakan bagi membantu selaman di kedalaman lebih dari 40 meter dengan armada barat telah mengkoordinasi pergerakan tim selam berserta peralatan bersama kapal TLDM dari Lumut, Perak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata 11 aset laut dari pelbagai agensi termasuk aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diatur gerak membantu pencarian pada pagi ini.
Katanya orang ramai dan komuniti maritim yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkan terus ke Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-387 6730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam bagi membantu operasi.
Pada 7 Feb lepas, L/Kpl Edrin Baintim, 25, yang merupakan anggota Tentera Darat dipercayai daripada Grup Gerak Khas (GGK) atau lebih dikenali sebagai komando dilaporkan hilang ketika menjalani latihan menyelam di 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan.
Mangsa dikatakan hilang ketika latihan eksesais 'Pari Harimau' iaitu kursus juruselam bersama enam pegawai dan 37 peserta kursus dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Sungai Udang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023
Sebanyak 11 aset laut dari pelbagai agensi termasuk aset Angkatan Tentera Malaysia diatur gerak membantu pencarian pada pagi ini. - Gambar fail BERNAMA
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
CMCF anjur rundingan awam garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
CMCF mengumumkan pelaksanaan perundingan awam di seluruh negara mengenai Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
Consider This: Heavy Vehicles - How Can Malaysia’s Roads Be Made Safer?
In the first ten months of 2024, 825 lorries were involved in fatal accidents, contributing to over 5,300 deaths—a stark reminder that although heavy vehicles make up a small fraction of traffic, their disproportionate involvement in fatalities highlight deep systemic issues. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Qamar Wan Noor, Leadership and Transformation Consultant and the former COO of the-then Land Public Transport Commission (SPAD) and Shahrim Tamrin, who is a Road Safety and Sustainable Transport Activist and Former Board Member of the Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).
Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.
Dua nelayan hilang dekat Pulau Undan ditemukan selamat di Dumai
Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat di perairan Pulau Undan di sini 15 Jan lepas ditemukan selamat di Dumai, Indonesia. P
Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Undan Melaka diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi.
Dua nelayan, bot dilaporkan hilang di Pulau Undan
Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat selepas dua nelayan dilaporkan hilang di perairan Pulau Undan.
Tiga pulau di Melaka diwartakan sebagai Taman Laut Negara
Tiga pulau di Melaka iaitu Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol diwartakan sebagai Taman Laut Negara pada 4 April lepas.
Menteri Pertahanan ucap takziah kepada keluarga mendiang Edrin
Menerusi hantaran akaun Facebooknya, Mohamad berkata pemergian Edrin kehilangan besar buat negara.
Pasukan Selam Ranjau bantu SAR kesan anggota komando dikhuatiri lemas
Pasukan tersebut akan membantu selaman di kawasan pengesanan sonar yang ditanda oleh Tim Ukur Medan dari Pusat Hidrografi Nasional.
SAR anggota komando tumpu guna sonar
Operasi SAR mangsa, Lans Koperal Edrin Baintim, yang memasuki hari keenam hari ini, bermula kira-kira 7 pagi.
Anggota komando hilang, tidak berlaku pelanggaran SOP - Adly
Kementerian Pertahanan mengesahkan tiada unsur kecuaian atau pelanggaran SOP yang disengajakan ketika latihan selaman yang menyebabkan seorang anggota komando hilang.
Operasi SAR komando dikhuatiri lemas di Pulau Undan diperluas
Iskandar berkata, Pasukan Pangkalan Hadapan Carilamat juga mula diaktifkan di Pulau Besar.
Proses mewartakan tiga pulau sebagai Taman Laut Melaka kini di peringkat akhir
Tiga pulau di Melaka yang dicadang untuk diwartakan sebagai Taman Laut, kini di peringkat akhir proses pewartaan.