BALING: Seorang ibu tunggal sukar menguruskan lima anak setelah mengalami patah tangan dan bahu tercabut ketika dialihkan semasa diserang eklampsia iaitu sawan ketika hamil, 16 Februari lalu.
Disebabkan serangan sawan itu, Siti Hafizoh Mohd Isri, 32, terpaksa menjalani pembedahan segera bagi menyelamatkan kandungan yang ketika itu berusia 33 minggu.
Dia yang kini masih dalam pantang bersama lima anak termasuk bongsu berusia 24 hari, menumpang kasih kedua ibu bapa di Kampung Teluk Sungai Durian di sini, berikutan kematian suami lima bulan lalu.
Bapanya, Mohd Isri Husain, 61, berkata, arwah menantunya, Abdul Hadi Jamaluddin, 37, meninggal dunia di rumah mereka ketika itu menetap di kuaters di Puchong, Selangor, Oktober lalu dikatakan akibat mengalami pecah pembuluh darah di otak.
"Selepas itu, tiga anak perempuan mereka, Siti Nur Hana, 5, Nur Hanis, 3 dan Siti Nur Hajar, 2, dibawa tinggal bersama kami di Kedah manakala anak sulung, Abdul Hanan, 7, menemani ibunya di Selangor sementara menunggu permohonan pertukaran Siti Hafizoh sebagai pembantu pengurusan murid, diluluskan," katanya.
Mohd Isri bagaimanapun bersyukur apabila anaknya berjaya ditempatkan ke sebuah sekolah di Kuala Ketil, Kedah dan mula berkhidmat pada 13 Februari lalu.
"Namun, selepas tiga hari memulakan tugas di tempat baharu, dia diserang sawan dan dikejarkan ke hospital kira-kira jam 2 pagi.
"Dalam keadaan cemas dan kelam kabut nak bawa Siti Hafizoh ke hospital, kami tidak sedar bahawa tangan kanan patah dan bahunya tercabut mungkin semasa mengalihkannya.
"Apabila sampai hospital terus jalani pembedahan keluarkan bayi walaupun tidak cukup bulan," katanya.
Mohd Isri turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mempermudahkan urusan anak perempuan serta cucunya.
Jelasnya, Siti Hafizoh juga terpaksa mengambil cuti bersalin tanpa gaji kerana kelahiran kelima telah melebihi had cuti bersalin ditetapkan kerajaan.
"Bayinya baharu sahaja dibenarkan keluar setelah 20 hari ditahan wad, dengan berat kini 1.9 kilogram.
"Siti Hafizoh perlu ke hospital bagi rawatan susulan bahu dan tangan pada 16 Mac depan," katanya.
Akibat tidak mampu menguruskan diri, urusan penjagaan lima anak termasuk yang masih dalam pantang, diserahkan sepenuhnya kepada Mohd Isri dan isteri.
Kisah penderitaan Siti Hafizoh turut mendapat perhatian Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling Kedah (Perkeba), Jhangir Khan Kathem Khan yang menyalurkan maklumat kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Baling selain turun padang melawatnya di rumah mereka Rabu lalu.
Pegawai Zakat Daerah Baling, Ahmad Mustaqim Zainul Abidin berkata, pihaknya menyalurkan bantuan segera bernilai RM200 bagi meringankan beban keluarga tersebut.
"Semakan permohonan akan dibuat sekiranya dia layak mendapat bantuan bulanan biarpun mempunyai pendapatan tetap tetapi juga mengambil kira tanggungan yang ramai.
"Kita juga akan bekerjasama dengan JKM untuk tujuan sama, di mana borang dan khidmat nasihat telah diberikan kepada Siti Hafizoh bagi membantu memudahkan permohonan," katanya.
Difahamkan, kedua-dua agensi juga bersedia menyediakan kemudahan bagi kos pengangkutan mendapatkan rawatan hospital mahupun pengurangan kos rawatan bagi pembedahan di bahagian tangan dan bahu jika diperlukan mengikut kelayakan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 11 2023

Siti Hafizoh (enam kanan) bersama lima anak menerima kehadiran Jhangir Khan (tiga kanan) dan Ahmad Mustaqim (empat kanan) di Baling, Kedah. - Foto Sinar Harian
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

JPW laksana 734 program tahun lepas, bantu lebih 17,000 wanita dalam aktiviti ekonomi
KPWKM menerusi JPW telah melaksanakan 734 program bagi membantu wanita dalam aktiviti ekonomi di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

Mayat wanita tanpa kepala disumbat dalam karung
Penemuan mayat tanpa kepala menggemparkan penduduk di Jakarta pada awal minggu lalu.

Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman lelaki
N Retha didakwa memasuki kawasan bilik pejabat milik P Navaneeth di sebuah klinik dalam daerah Muallim pada 3 Mac lepas.

Belanjawan 2025: KPWKM cadang peruntukan RM3 bilion - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mencadangkan peruntukan kira-kira RM3 bilion bagi Belanjawan 2025.

Tidak lagi mampu menyanyi, menjahit, ibu tunggal kudung kaki rayu bantuan
Megala yang kematian suami turut diuji apabila dua anaknya disahkan menghidap diabetes dan bergantung pada ubat.

Belanjawan 2025: KPWKM cadang bantuan kepada ibu tunggal tuntut nafkah di mahkamah
KPWKM akan mengemukakan cadangan berhubung bantuan kepada ibu tunggal untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah dalam Belanjawan 2025.

Ibu tunggal didenda RM2,000 guna MyKad palsu ketika hendak bersalin
Seorang ibu tunggal dihukum denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan MyKad palsu sewaktu bersalin.

Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta
Mangsa dihubungi seorang individu mendakwa sebagai ejen penghantaran yang menyatakan terdapat masalah berkait bungkusan yang dihantar kepadanya.

MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.

Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan.