KOTA KINABALU: Walaupun mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah jangkitan COVID-19, tindakan ibu bapa membawa anak-anak kecil ke pusat beli-belah boleh mendedahkan anak-anak itu kepada bahaya pandemik itu.
Tinjauan Bernama di beberapa pasar raya di bandar raya ini mendapati ada ibu bapa yang membawa anak-anak semuda tiga tahun untuk membeli belah.
Petugas dan peniaga pasar raya yang ditemui Bernama nyata gusar dengan situasi itu, bagaimanapun mereka hanya mampu menasihatkan ibu bapa terlibat kerana masih tiada larangan membawa anak kecil ke premis pasar raya dan perniagaan dikuatkuasakan dalam SOP pencegahan COVID-19 Negeri Sabah, di mana tindakan itu hanya tidak digalakkan.
Lebih merisaukan walaupun SOP seperti memakai pelitup muka, mengimbas MySejahtera dan mencuci tangan dipatuhi, pasar raya itu masih dipenuhi pengunjung sekali gus dilihat menyukarkan SOP penjarakan fizikal dipatuhi.
Pengawai keselamatan sebuah pasar raya Andy Laising, 45, berkata beliau serta petugas cuba menasihatkan ibu bapa terlibat supaya meminimakan jumlah ahli keluarga yang masuk ke premis, namun nasihat itu sukar diikuti pengunjung terlibat malah ada ketika dimarahi kerana dikatakan menyusahkan.
"Kita beri nasihat hanya bapa yang masuk atau dua, tiga orang masuk, (manakala) ibu atau ahli keluarga lain boleh bawa anak-anak makan dahulu di restoran berdekatan atau tunggu dahulu di dalam kereta. Tetapi kita tidak dapat paksa mereka (berbuat demikian) kerana tiada SOP kata (anak kecil) tidak boleh masuk. Saya sendiri pun tidak benarkan anak saya keluar masa ini kerana takut COVID-19," katanya kepada Bernama.
Laising berkata orang ramai perlu faham pasar raya boleh menjadi tempat penyebaran COVID-19 sekiranya pengunjung tidak mengambil langkah berhati-hati, malah ada pasar raya di bandar raya ini diarah tutup sementara bagi kerja-kerja sanitasi kerana kes COVID-19 dikesan.
Pengurus jualan sebuah rangkaian kedai kasut di sebuah pasar raya di sini Ameline Sarabatin, 25, berkata beliau telah diarahkan oleh pihak pengurusannya untuk mengurangkan jumlah pelanggan memasuki premis itu kepada 10 orang kerana bimbang penularan COVID-19 terutama dalam kalangan kanak-kanak.
"Kanak-kanak ini aktif dan kita bimbang jika mereka ke sana sini dalam kedai mereka boleh terdedah (COVID-19) jadi selalunya kita minta mereka tunggu di luar kedai dan hanya benarkan beberapa orang ahli keluarga yang masuk," katanya.
Seorang bapa yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 32, berkata beliau terpaksa membawa dua anak mereka berusia empat dan 10 tahun ke pasar raya untuk membeli barang keperluan kerana tiada sesiapa yang dapat menjaga anaknya.
"Isteri pula hari ini terpaksa bekerja, anak kecil sukar pula mahu tinggal di rumah. Mahu tinggalkan dengan ahli keluarga lain sukar pula jadi saya terpaksa juga bawa," katanya yang menerangkan terpaksa membeli barang keperluan hari ini kerana bimbang sukar berbuat demikian setelah larangan rentas daerah dikuatkuasakan bermula esok.
Seorang ibu yang hanya ingin dikenali sebagai Zainon, 41, berkata beliau terpaksa membawa anaknya ke pasar raya kerana mahu membeli barang keperluan anak seperti pakaian, dan sukar untuk mencari saiz pakaian yang sesuai sekiranya tidak dicuba kepada anaknya.
Di SARAWAK pula, peningkatan kes COVID-19 yang tinggi di negeri itu sejak kebelakangan ini menyebabkan orang awam memilih untuk mengamalkan kawalan kendiri di rumah daripada berada di tempat awam.
Tinjauan Bernama di pusat beli-belah di sekitar bandaraya Kuching hari ini mendapati keadaan lengang walaupun sewaktu hujung minggu. Pihak pengurusan pusat beli-belah juga dilihat memperketatkan kawalan di pintu masuk bagi memastikan individu yang masuk bukanlah daripada mereka yang berisiko.
Adlene Sia, 31, yang bekerja sebagai pendandan rambut di sebuah salon di pusat beli-belah itu, berkata pelanggan yang datang semakin berkurangan walaupun di hujung minggu apatah lagi pada hari bekerja.
"Walaupun pada bulan ini terdapat perayaan Hari Raya Aidilfitri dan tidak lama lagi sambutan Gawai namun pelanggan tetap berkurangan... begitu juga dengan mereka yang membeli-belah di sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 23 2021
Tinjauan Bernama di beberapa pasar raya mendapati ada ibu bapa yang membawa anak-anak semuda tiga tahun untuk membeli belah. - BERNAMA
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Khamis
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini.
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Aidiladha: Terus amal SOP kawal penularan COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang penularan COVID-19 akan terus meningkat ketika perayaan Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini.
KM Pulau Pinang nasihat pelancong patuhi SOP
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menasihati orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apaila berkunjung ke pusat tarikan pelancong dan rumah sanak-saudara terutama ketika peray
Lebih 1,000 anggota polis Perak pantau pematuhan SOP di sekolah
Lebih 100,000 murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di 825 sekolah memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini.
COVID-19: Penggiat sukan dinasihat terus patuh SOP elak wujud kluster baharu
Penggiat serta pemain sektor sukan dinasihatkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Polis Kuantan tubuh pasukan pemantau SOP
Penubuhan pasukan itu dibuat susulan Pahang telah beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara dan kebenaran aktiviti rentas negeri.
Rentas negeri: Perantau, rakyat Kelantan diingatkan agar patuh SOP tahap tertinggi
Dr Zaini mengulangi peringatan supaya penduduk negeri itu kekal patuh SOP pada tahap tertinggi supaya tidak berlaku peningkatan kes secara mendadak.
Rentas negeri petanda Malaysia semakin hampir menuju fasa endemik
Meskipun kelonggaran sudah diberikan, komitmen yang diberi rakyat sebelum ini kepada kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) harus diteruskan.
Jadi pengunjung bertanggungjawab, tingkah laku anda diperhati mata-mata halus PCC
Pengunjung Putrajaya diberi ingatan supaya menjaga tingkah laku dan patuh pada prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Pengunjung perlu patuhi SOP, usah terlalu ghairah bercuti - Ketua Polis NS
Polis bimbang, kealpaan orang ramai susulan pengoperasian semula sektor sosial dan ekonomi menyebabkan kes kembali meningkat.
Patuh SOP, elak kelonggaran beroperasi ditarik semula - Bukit Aman
Pemilik premis perniagaan dinasihat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan bagi mengelak kelonggaran beroperasi ditarik balik.