TANJUNG MALIM: Keputusan pasangan suami isteri kelahiran Johor ini untuk menghasilkan dan menjual pau di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini, pada permulaannya berlaku secara tidak dirancang.
Abd Razak Mohd, 53, dan isteri, Dr Suriani Mohamed, 53, memang berpengalaman menghasilkan makanan yang diperbuat daripada tepung dan yis ini.
Lebih-lebih lagi apabila Suriani yang kini bertugas sebagai pensyarah di universiti tersebut membesar dengan perniagaan keluarga berasaskan pau di Kampung Sedili, Kota Tinggi, Johor.
Maka tidak hairanlah sebelum ini mereka menamakan ia sebagai Pau Sedili dan dijenamakan semula sebagai Pau UPSI pada tahun 2020.
Bercerita lebih lanjut mengenai produk itu, Abd Razak berkata penghasilan dan penjualan produk itu mendapat kerjasama UPSI daripada sudut peralatan, mesin dan tempat.
Jelasnya, peluang untuk menjalankan perusahaan itu sedikit sebanyak ada kesinambungan dengan daerah itu yang terkenal dengan hab pau sebelum ini.
"Pau ini asalnya daripada resipi keluarga sebelah mentua saya sebab mereka sudah menjalankan perniagaan itu berpuluh tahun... sejak isteri saya masih di bangku sekolah.
"Kami mula buat pau sekitar 2008, tetapi untuk perniagaan keluarga isteri di Johor memang sudah lebih 30 tahun. Saya dan isteri berpindah ke Perak pada penghujung 2010.
"Kami mula berniaga di sini (UPSI) pada awal 2014, sebelum itu isteri saya bertugas di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang dan kemudian mengajar di sini.
"Waktu itu buat (pau) bila ada tempahan saja, bukan secara serius.
"Pada tahun 2015 baru secara rasmi kita mendaftar dan buka akaun amanah dengan Bendahari UPSI, dari situ kita mula hasilkan secara meluas sampai sekarang," katanya kepada Astro AWANI.
Abd Razak berkata, sebelum ini mereka bertapak di UPSI di bawah Fakulti Teknikal dan Vokasional, di situ mereka diberikan lokasi untuk menghasilkan produk itu.
Bagaimanapun, lama kelamaan pihak UPSI menyediakan sebuah bengkel khas memandangkan permintaan yang kian meningkat daripada orang ramai termasuk warga universiti sendiri.
"Dulu kami berkongsi tempat itu dengan makmal masakan untuk pelajar fakulti tersebut, kalau mereka tiada kelas baru kami buat (pau).
"Bila permintaan banyak jadi kami diberikan bengkel untuk fokus kepada proses pembuatan pau sampailah sekarang.
"Sebelum ini namanya Pau Sedili, ramai yang makan dan tanya Sedili ini di Johor, jadi wakil UPSI nak promosikan pau ini dari Perak, maka lahirlah nama Pau UPSI.
"Kami sudah jalankan kerjasama dengan Majlis Daerah Tanjong Malim untuk jayakan pesta pau di daerah ini, kita memang sedia jalinkan usahasama untuk perkenal produk ini kepada umum," katanya.
Ditanya pau inti mana yang 'laku keras', beliau berkata antara yang sering dicari ialah pau labu, yang juga merupakan inti terbaharu dan sukar didapati di tempat lain.
Tambahnya, tujuh inti lain yang dihasilkan di sini ialah ayam, daging, kacang merah, kaya, kelapa, coklat dan sardin.
Katanya lagi, pembuatan pau di sini masih dilakukan secara manual bagi beberapa proses dalam memastikan ia kekal lembut walaupun sudah sejuk.
"Kami tidak gunakan mesin sepenuhnya, maksudnya separuh mesin dan separuh lagi tangan. Letak inti dan menguli masih manual, hasilnya doh ini tidak kering.
"Masih lembut walaupun sudah sejuk selepas dikukus. Kami juga ada jual pau sejuk beku dan panas. Cumanya yang panas hanya jual di bengkel di sini, kita letak di kafe Fakulti Teknikal dan Vokasional.
"Untuk sejuk beku pula ramai pelanggan yang akan hubungi dan tempah, kemudian mereka akan ambil di sini. Buat masa ini belum letak di mana-mana pasar raya atau kedai di luar UPSI.
"Sasaran untuk komersilakan pau ini ke pasaran luar memang ada, cuma setakat ini agak terbatas susulan kekurangan pembantu, di samping pengeluaran terhad kepada beberapa ratus pau sehari.
"Dulu memang ada upah pelajar di sini yang berminat untuk tambah pendapatan sampingan, tetapi buat masa ini ramai yang sudah tamat pengajian. Ramai pelajar yang kita latih di sini.
"Setakat ini saya hanya usahakan bersama-sama isteri, bagaimanapun isteri hanya dapat bantu waktu senggang sebab dia perlu mengajar, kalau cuti anak-anak datang bantu," katanya yang mempunyai dua cahaya mata perempuan.
Mengulas lanjut mengenai kehadiran menu pau yang viral sebelum ini di pasaran, Abd Razak berpendapat ia merupakan persaingan yang sihat dan tidak menjejaskan pau tradisional.
Katanya lagi, orang ramai masih memilih pau tradisional yang dihasilkannya dan sentiasa mendapat permintaan di program-program tertentu.
"Setakat ini lapan perisa inti pun sudah cukup, kalau dulu kita boleh lihat ada pau viral seperti cendawan, karbonara dan sebagainya. Tetapi pau kita masih ada peminatnya.
"Kita masih guna pengukus kayu untuk kukus pau ini, sebab mahu kekalkan kelembapan dan resipi keluarga," katanya lagi.
Aida Aziz
Sun Oct 09 2022
Penghasilan dan penjualan Pau UPSI mendapat kerjasama pihak universiti daripada sudut peralatan, mesin dan tempat. -Foto Astro AWANI
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
AWAN Ringkas 31 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 31 Januari 2025
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh ke paras 4.3900/3975 berbanding dolar AS daripada 4.3905/3980 pada Selasa.
‘Segalanya mungkin’ - kata Amorim mengenai nasib Manchester United
Walaupun permulaan sukar sebagai pengurus Manchester United, pasukannya perlu mensasarkan kemenangan dalam Liga Eropah.
Mark Zuckerberg ingin bawa perubahan kepada Facebook dengan penawaran seperti versi asal
Mark Zuckerberg mengatakan ingin mengutamakan pada tahun ini untuk mengembalikan pengalaman "OG Facebook".
UPSI salur bantuan kepada keluarga arwah Nur Farah Kartini
UPSI menyalurkan bantuan kepada keluarga bekas pelajarnya Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, termasuk kos penginapan dan pengangkutan sepanjang tempoh mereka berada di Tanjung Malim.
Izinkan pelajar berfikiran kreatif, mencabar kelaziman - Canselor UPSI
Guru yang sejati bukan sahaja hebat dalam kaedah pengajarannya, malah memiliki sifat pendidik yang semula jadi lagi berhemah, titah baginda.
Projek UPSI Kampus Teluk Intan diteruskan secara tender terbuka - Nga
Projek pembinaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Teluk Intan bakal diteruskan secara tender terbuka.
Agong dan Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Sambutan 100 Tahun UPSI
YDPA Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Seluhur Budi Sekalung Kasih dan melancarkan setem serta syiling komemoratif 100 tahun UPSI, malam ini.
500 sertai Persidangan Rumpun Melayu Sedunia anjuran UPSI
Ia antara lain berkongsi pendapat melalui forum ilmiah serta pameran berkaitan kebudayaan, kesenian Melayu menerusi Karnival Kearifan Lokal.
Pau UPSI tawar 8 jenis inti, kekal resipi turun-temurun keluarga
Suriani sememangnya membesar dengan perniagaan keluarga berasaskan pau di Kampung Sedili, Kota Tinggi, Johor.
UPSI guna tiga cara bantu mahasiswa depani kenaikan harga barang
UPSI dan pengusaha kafeteria di kampus bekerjasama dalam memastikan kebajikan pelajar terus terpelihara.
Siri nombor pendaftaran kenderaan 'UG' dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai
Siri nombor pendaftaran kenderaan 'UG' yang bermaksud 'Universiti Guru' akan dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai ini.
Tuanku Zara Salim berkenan rasmi sambutan 25 tahun UPSI
Raja Permaisuri Perak turut melancarkan siri nombor pendaftaran kenderaan UG yang bermaksud Universiti Guru.
Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia ditubuh di UPSI
Pusat itu akan ditempatkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).