KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh menegaskan barisan kepimpinan perlu menerima semula ahli yang dipecat dan digantung bagi memperkasa parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Beliau berkata, UMNO kini berada di titik terendah, perlu menerima sesiapa sahaja yang mahu membantu untuk memperkuatkan parti tersebut.
“Kita patutnya tidak boleh menghalang orang yang ingin membantu parti. Bagi saya, benda ini (ada) dibincang dalam MKT dan masih dalam perbincangan. Bagi saya, selagi mana dia (yang dipecat) boleh membantu, memenangkan parti, mematuhi institusi parti, kita patut terima.
“UMNO kini berada di titik terendah. Jadi kita tidak boleh berpecah. Siapa yang nak bantu parti, panggil sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pada Sabtu.
Pada Jumaat, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan bahawa beliau sudah menghantar tiga kali surat rayuan terhadap penggantungan keahliannya namun sehingga kini masih dipandang sepi.
Beliau berkata, walaupun pada mulanya hukuman penggantungan itu mahu dibuat pada tahun lepas, namun tindakan tersebut ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November tahun lepas.
Tajuddin turut mengakui masih setia terhadap parti dan berharap rayuan diterima agar beliau dapat kembali menjadi ahli parti keramat Melayu itu.
Sebelum ini, media melaporkan beberapa pemimpin UMNO telah digantung dan dipecat antaranya adalah Tajuddin; bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan; bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Dalam masa sama, Dr Muhammad Akmal turut berharap agar lebih ramai ahli UMNO dapat kembali dan menyelamatkan parti daripada terus ditolak rakyat.
Selain itu, perkara sama turut diakui oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik, Kedah, Muhammad Sofian Ahmad dengan menyatakan bahawa rayuan tersebut perlu diterima memandangkan Tajuddin juga merupakan antara figura yang sering disebut-sebut orang ramai.
“Dia (Tajuddin) sebelum ini sangat berbakti dan memberikan yang terbaik kepada UMNO. Dia (Tajuddin) banyak juga beri sumbangan, jasa kepada UMNO. Jadi memang wajar dimaafkan,” katanya.
-- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 10 2023

Dr Akmal berkata, UMNO yang kini berada di titik terendah, perlu menerima sesiapa sahaja yang mahu membantu untuk memperkuatkan parti tersebut. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

PAU2023: 'Tak salah terima semula ahli UMNO dipecat' - Dr Akmal
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh menegaskan barisan kepimpinan perlu menerima semula ahli yang dipecat dan digantung bagi memperkasa parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).