Youtuber masakan terkenal S Pavithra, 28, tidak memerlukan bantuan mana-mana pihak termasuk kaunselor dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, pengakuan itu dibuat Youtuber tersebut ketika pertemuan dengan wakil JKM di rumahnya di Sungai Siput 22 Julai lalu.
Menurutnya, Pavithra yakin dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan dapat menguruskannya dengan sebaik mungkin.
"Ketika intervensi itu berlangsung beliau mengatakan tidak perlu bantuan dan bimbingan (dari JKM) setakat ini dan beliau yakin dapat menyelesaikan kemelut dan isu dihadapinya.
"Pihak JKM memaklumkan kepadanya bahawa dia boleh menghubungi kaunselor kita bila-bila masa yang diperlukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Fasa Kedua di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Warga Miskin Parit, (Bait Al Amin) di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah JKM Perak, Nortipah Majin dan Pengerusi Bait Al Amin, Razlan Zamzuri.
Mengulas lanjut, Wan Norshikin berkata, Pavithra juga meminta orang ramai, khususnya netizen supaya memberikan dia dan suami, M Sugu, 29, ruang yang secukupnya.
Pada 24 Julai, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit.
Selasa lalu, Pavithra mengakui memaafkan perbuatan suaminya itu.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jul 27 2020
![Pavithra tidak perlu bantuan sesiapa, tidak mahu diganggu - Exco Perak Pavithra tidak perlu bantuan sesiapa, tidak mahu diganggu - Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71595850065_SPavithra.jpg)
Pengakuan itu dibuat Youtuber tersebut ketika pertemuan dengan wakil JKM di rumahnya di Sungai Siput 22 Julai lalu. -Gambar fail/ Bernama
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Malaysia raih tiga anugerah di Gourmand World Cookbook Awards 2023 Malaysia raih tiga anugerah di Gourmand World Cookbook Awards 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701988800_TBGourmandAward.jpg)
Malaysia raih tiga anugerah di Gourmand World Cookbook Awards 2023
Industri masakan Malaysia mencapai prestasi cemerlang apabila berjaya membawa pulang tiga anugerah daripada 11 pencalonan di anugerah buku, Gourmand World Cookbook Awards 2023.
![Pengguna, peniaga di Kelantan dakwa sukar dapat bekalan gula Pengguna, peniaga di Kelantan dakwa sukar dapat bekalan gula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/81588607878_SugarGeneric.jpg)
Pengguna, peniaga di Kelantan dakwa sukar dapat bekalan gula
Ketiadaan gula sedikit sebanyak mengganggu peniagaan memandangkan gula antara bahan utama dalam masakan mahupun minuman.
![Tip buat pesakit asma, gout, anemia yang ingin makan daging Tip buat pesakit asma, gout, anemia yang ingin makan daging](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638860094_meat.jpg)
Tip buat pesakit asma, gout, anemia yang ingin makan daging
Selain enak dimakan, daging ini juga merupakan sumber protien yang baik untuk tubuh badan.
![Khairul Aming sumbang RM10,000 hasil jualan Sambal Nyet kepada tabung Palestin Khairul Aming sumbang RM10,000 hasil jualan Sambal Nyet kepada tabung Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621305290_KhairulAminKamarul.jpg)
Khairul Aming sumbang RM10,000 hasil jualan Sambal Nyet kepada tabung Palestin
Menerusi laman Twitter, Khairul tampil menjelaskan kenapa produknya itu menerusi satu muat naik video.
![Ramadan 2021: 'Sambal Neraka' dan 'Hati Sukma' juadah istimewa kian pupus Ramadan 2021: 'Sambal Neraka' dan 'Hati Sukma' juadah istimewa kian pupus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618541016_SambalNeraka.jpg)
Ramadan 2021: 'Sambal Neraka' dan 'Hati Sukma' juadah istimewa kian pupus
Ramai tidak mengetahui ia sebenarnya adalah antara makanan warisan negara yang hampir pupus.
![Mi Pho Bo Vietnam disenarai di tempat kedua senarai sup terbaik dunia Mi Pho Bo Vietnam disenarai di tempat kedua senarai sup terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615552198_TBPHONOODLEx.jpg)
Mi Pho Bo Vietnam disenarai di tempat kedua senarai sup terbaik dunia
Saluran berita CNN telah menamakan Mi Pho Bo di kedudukan kedua dalam senarai 20 sup terbaik di dunia.
![8 kesalahan ketika menggunakan 'air fryer' yang ramai tak tahu 8 kesalahan ketika menggunakan 'air fryer' yang ramai tak tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615067526_AirFryer.jpg)
8 kesalahan ketika menggunakan 'air fryer' yang ramai tak tahu
Sama seperti perkakasan dapur yang lain, penggunaan yang betul boleh memanjangkan hayat fungsinya dan memberi hasil masakan yang terbaik.
![Asam Laksa Pulau Pinang disenarai tempat ke-7 hidangan terbaik dunia Asam Laksa Pulau Pinang disenarai tempat ke-7 hidangan terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603804312_asamlaksapenang.jpg)
Asam Laksa Pulau Pinang disenarai tempat ke-7 hidangan terbaik dunia
CNN menggambarkan asam laksa sebagai "hidangan yang akan membuat hidung anda berair sebelum sudu menyentuh bibir anda".
![Sugu Pavithra kembali dengan dalca kambing, rendang ayam untuk Aidiladha Sugu Pavithra kembali dengan dalca kambing, rendang ayam untuk Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41595971494_dalca.jpg)
Sugu Pavithra kembali dengan dalca kambing, rendang ayam untuk Aidiladha
Sugu berkata menjelang Aidiladha pada Jumaat ini, mereka bercadang untuk memasak rendang ayam kerana ia antara menu wajib ketika perayaan berkenaan.
![Pavithra tidak perlu bantuan sesiapa, tidak mahu diganggu - Exco Perak Pavithra tidak perlu bantuan sesiapa, tidak mahu diganggu - Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71595850065_SPavithra.jpg)
Pavithra tidak perlu bantuan sesiapa, tidak mahu diganggu - Exco Perak
Pengakuan itu dibuat Youtuber tersebut ketika pertemuan dengan wakil JKM di rumahnya di Sungai Siput 22 Julai lalu.