GEORGE TOWN:Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) berjaya menyelesaikan isu bekalan air tidak berjadual di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dalam masa 24 jam, kata Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa.
Beliau berkata tempoh penyelesaian itu adalah lebih cepat daripada petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) iaitu 36 jam jika melibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan saluran paip antara 200 dan 600mm.
"KPI tersebut adalah terpakai untuk semua pemegang lesen perkhidmatan bekalan air di Semenanjung Malaysia malah masalah bekalan air di SPS baru-baru ini tiada kaitan dengan kerja-kerja berjadual PBAP. Tiada gangguan bekalan air berjadual pada malam perayaan Deepavali seperti yang didakwa dan PBAPP menyifatkan notifikasi awal kepada umum adalah tidak relevan dalam isu tersebut.
"Harap maklum bahawa PBAPP tidak 'memotong air tanpa notifikasi' seperti yang dinyatakan dalam sebuah laporan akhbar berbahasa Cina yang diterbitkan pada 15 Nov lalu," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata pada mulanya, kakitangan PBAPP memeriksa semua saluran paip utama di kawasan yang terjejas, tetapi tiada kejadian paip pecah yang menyebabkan masalah tersebut berlaku.
"Siasatan selanjutnya menunjukkan peningkatan penggunaan air pada 11 Nov lalu menyebabkan pam air di rumah pam Wellesley dan Sungai Duri terhenti secara automatik apabila air tidak mencukupi untuk mengepam. Usaha dimulakan oleh kakitangan PBAPP untuk mengalihkan bekalan air ke rumah pam ini," katanya.
Beliau berkata kakitangan PBAPP kemudian bekerja semalaman untuk membersihkan 'air lock' di saluran paip 450mm di sepanjang Jalan Sungai Duri dan kerja-kerja tersebut telah selesai pada 12.30 tengah malam 13 Nov 2020.
"Pada jam 8 pagi (13 Nov 2020), PBAPP menemui satu lagi 'air lock' berhampiran saliran saluran paip bekalan air utama ke Taman Nibong Jaya. Udara dilepaskan melalui pencucian hidran dan bekalan air dipulihkan di kawasan tersebut mulai jam 8.30 pagi," katanya.
Menurutnya, sebagai solusi jangka panjang, PBAPP merancang untuk mengkonfigurasi semula sistem rangkaian bekalan air sedia ada ke daerah SPS untuk mencapai tekanan agihan yang lebih baik dalam tempoh tiga bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 21 2020

Sebagai solusi jangka panjang, PBAPP merancang mengkonfigurasi semula sistem rangkaian bekalan air sedia ada untuk mencapai tekanan agihan yang lebih baik dalam tempoh tiga bulan. - Gambar hiasan

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji
Hajiji Noor hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya bersikap lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah jalan raya rosak yang menyukarkan rakyat di negeri ini.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

LRA Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus - LAP
Situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Pulau Pinang salur lebih RM134 juta kepada sekolah Cina sejak 2009 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah menyalurkan lebih RM134.97 juta kepada sekolah Cina di seluruh negeri itu, sejak 2009.

Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.

Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.

AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.