IPOH: Pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang digantikan dengan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) disifatkan sebagai langkah tepat untuk untuk pembangunan pelajar.
Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata perkara berkenaan telah dilaksanakan di negara-negara maju bagi mengembangkan lagi potensi dan kecenderungan pelajar yang tidak hanya bersandarkan kepada akademik semata-mata.
Katanya walaupun wujud kebimbangan sesetengah pihak terhadap keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) itu, beliau berharap agar semua pihak dapat memahaminya asas pelaksanan dasar berkenaan.
“Sudah semestinya walau apa juga sistem yang kita gunakan, ia tidak sempurna. Akan tetapi, saya ingin jelaskan bahawa PBS bukan perkara baru, sebaliknya, telah dilaksanakan sejak 10 tahun lalu.
“Yang penting adalah semua pihak khususnya guru dan ibu bapa dapat memberi kerjasama dan memahami akan tujuan pelaksanaan sistem itu.
“Kita tidak mahu anak-anak kita tertumpu hanya kepada latih tubi dan sebagainya (hanya berorientasikan peperiksaan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Penyelaras BN (MCA) Parlimen Ipoh Barat di Jalan Sultan Yussof, di sini pada Ahad.
Pada 2 Jun, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengumumkan KPM memutuskan untuk memansuhkan PT3 bermula tahun ini, dengan mengambil pendekatan memperkasakan PBS melalui Ujian Akhir Sesi Akademik.
Beliau berkata penilaian akan dibuat menerusi PBS di mana ia akan melibatkan bukan sahaja pelajar sekolah menengah iaitu Tingkatan 1, 2 dan 3 tetapi juga bagi murid-murid sekolah rendah Tahun 4, 5 dan 6.
Mengulas lanjut, Hang Soon berkata melalui usaha berkenaan, ibu bapa boleh membentuk dan membangunkan minat mahupun kecenderungan anak-anak mereka yang bukan sahaja tertumpu kepada akademik, malah kepada kemahiran atau kecenderungan lain.
Jelasnya dengan pemansuhan PT3, ia akan membuatkan suasana pembelajaran pelajar di dalam bilik darjah akan lebih menarik selain menepati falsafah perkembangan kemahiran mereka.
“Setiap daripada pelajar ada kemahiran dan kecenderungan masing-masing. Ada yang pandai daripada segi akademik, menangkap gambar, menulis, bertani, mereka cipta, dan sebagainya.
“Justeru melalui usaha ini kita mahu kembangkan lagi kemahiran mereka dalam bidang masing-masing.
"Jadi saya percaya dengan mansuhnya PT3, ia akan membolehkan pelajar belajar dalam keadaan seronok, sekali gus menepati falsafah iaitu untuk kita perkembangkan kemahiran mereka," jelas beliau.
Amirrul Rabbani
Sun Jun 12 2022

Mah (kanan) yang juga Ketua Penyelaras MCA Perak bersalaman dengan kepimpinan parti ketika hadir merasmikan Pusat Penyelaras Barisan Nasional Ipoh Barat di Wisma Ehsan hari ini. - Foto BERNAMA

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.

PBS ganti PT3: Langkah tepat pembangunan pelajar - Mah
Pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang digantikan dengan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) disifatkan sebagai langkah tepat.