Parti Bersatu Sabah (PBS) mahu tiga isu utama dikemukakan parti itu menerusi memorandum kepada Jawatankuasa Negeri Sabah mengenai Hak-Hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia dan memo kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi perhatian serius, kata Presidennya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Pairin berkata isu utama dikemukakan itu merupakan hak-hak termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merangkumi Borneonisasi dan penurunan kuasa selain memasukkan sejarah pembentukan Malaysia ke dalam sukatan pelajaran di sekolah.
"Kami berhadap cadangan, keluhan dan ketidakpuasan hati dikemukakan kepada jawatankuasa bersama di peringkat Persekutuan akan diberi perhatian serius," katanya dalam ucapan dasar pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan PBS ke-32 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, di sini hari ini.
Majlis disempurnakan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN). Turut hadir Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman merangkap Pengerusi BN Sabah serta Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan air.
Pairin berkata meskipun pelantikan pegawai kanan perkhidmatan awam persekutuan dalam kalangan rakyat Sabah semakin baik, namun beliau mahu lebih ramai lagi rakyat Sabah mengisi jawatan itu termasuk dalam badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan dan universiti tempatan di Sabah atau Semenanjung.
"Ini adalah bersesuaian dengan jaminan Borneonisasi sekali gus sejajar dengan matlamat asal Persekutuan Malaysia dalam MA63," katanya, dan menambah, sudah tiba masa lebih ramai rakyat Sabah dilantik dan diserapkan ke dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, tentera serta polis," katanya.
Timbalan Ketua Menteri itu berkata jawatankuasa PBS telah mengkaji perkara dijanjikan dalam MA63 mengenai isu pengagihan kuasa selain mencadangkan tindakan pemulihan bagi menyemak semula hak-hak sepatutnya dinikmati Sabah termasuk berkaitan sistem pentadbiran mahkamah tinggi di Sabah dan Sarawak.
PBS juga mahu kerajaan Persekutuan mempertimbang menambah baik dan memperincikan maklumat sejarah pembentukan Malaysia dalam silibus pendidikan negara merangkumi Laporan Suruhanjaya Cabbold; 20 perkara Sabah dan 18 perkara Sarawak, Jawatankuasa Antara Kerajaan dan MA63, katanya.
Menurutnya, fakta berhubung pembentukan Malaysia dalam buku teks sejarah sekolah sedia ada sekarang terlalu ringkas, dan dengan penambahbaikan tersebut generasi akan datang lebih memahami serta menghargai pembentukan negara.
Dalam perkembangan berkaitan, Pairin berkata, PBS turut mengalu-alukan serta menyokong segala usaha pelbagai pihak khususnya daripada parti komponen BN untuk memulihkan kembali hak-hak rakyat Sabah seperti ditetapkan dalam MA63.
Pairin berkata rakyat Sabah boleh membincangkan isu MA63 secara terbuka semasa pentadbiran Najib, namun, perkara itu berbeza ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad kerana MA63 dianggap sensitif dan rakyat Sabah merasa takut membincangkan perkara itu kerana tindakan akan diambil dengan menahan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Pada masa itu, tiada tempat dan peluang membincangkan isu (MA63) secara terbuka. Namun, PBS berterima kasih kepada perdana menteri (Najib) kerana beliau bukan sahaja menghapuskan ISA, malah bersedia mendengar keluhan atau kebimbangan rakyat Sabah jika ada mana-mana peruntukan perjanjian Malaysia yang disalahtafsirkan.
PBS juga yakin dan percaya perdana menteri (Najib) tidak akan mengabaikan atau mengendahkan hak-hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia malah perdana menteri sentiasa prihatin untuk menangani isu berkenaan secara aman menerusi perundingan," katanya.
Dalam pada itu, Pairin turut mempersoal tindakan Dr Mahathir yang secara tiba-tiba berjanji akan mengkaji isu itu pada masa sekarang sedangkan ketika memegang jawatan sebagai perdana menteri selama 22 tahun beliau tidak pernah berbuat demikian.
"Kenapa beliau tidak mengambil tindakan semasa berkuasa? Ini membuktikan bahawa agenda utama Dr Mahathir adalah untuk membantu parti pembangkang memancing undi pada pilihan raya umum akan datang. Saya tidak percaya beliau jujur dalam perkara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-32 di Hongkod Koisaan Penampang hari ini. Turut sama Musa dan Pairin. --fotoBERNAMA

Eda Ezrin, suami dan empat rakan bebas tuduhan miliki pil kuda
Ia melibatkan pertuduhan memiliki 6,059 pil kuda semasa ditahan dalam serbuan di sebuah hotel dekat Golok, pada 1 November tahun lalu.
KPKM menggalak menanam pelbagai jenis kelapa berhasil tinggi - Mohamad
Petani dasaran untuk menanam pelbagai jenis kelapa berhasil tinggi sejak 2021 untuk mengawal harga santan dan kelapa.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata antara intervensi penanaman semula pokok kelapa atau menggantikan pokok kelapa tua yang tidak produktif, pemulihan pokok kelapa untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti sedia ada, petani diberi input pertanian seperti anak benih, baja, racun perosak termasuk penyediaan kawasan.
#AWANInews
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata antara intervensi penanaman semula pokok kelapa atau menggantikan pokok kelapa tua yang tidak produktif, pemulihan pokok kelapa untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti sedia ada, petani diberi input pertanian seperti anak benih, baja, racun perosak termasuk penyediaan kawasan.
#AWANInews

Pegawai Integriti SPRM digesa tambah baik tatakelola agensi
Pegawai SPRM di Unit Integriti digesa mengenal pasti kelemahan sistem dan prosedur temasuk undang-undang atau peraturan lapuk untuk ditambah baik.

FIFA umum hadiah terbesar dalam sejarah Piala Dunia Kelab
US$1 bilion diperuntukkan kepada pasukan bertanding, tambahan US$100 juta sebagai bayaran solidariti kepada kelab yang tidak layak.
Kita bekerjasama dengan dengan semua agensi termasuk SPRM - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi menegaskan bahawa tindakan yang lebih terperinci akan dikenakan sekiranya terdapat pegawai yang terlibat dengan sisa e-waste. #AWANInews
Kita nak elakkan masalah alam sekitar - Nik Nazmi
Malaysia membenarkan kemasukan besi buruk untuk tujuan tertentu dan terdapat syarat yang dikenakan. Sisa e-waste yang tidak terancang dapat mencemarkan kesihatan rakyat tegas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi.
#AWANInews
#AWANInews

Sindiket penipuan tawaran kerja: 750 rakyat Malaysia berjaya diselamatkan
Kementerian Luar menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen memaklumkan lapan rakyat Malaysia pula dalam proses dihantar pulang, manakala 236 orang lagi sedang dijejaki.
15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata 15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita dianggarkan bernilai RM55 juta melibatkan 47 premis melalui Op Hazard di seluruh negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. #AWANInews

Apple perkenal MacBook Air dengan cip M4
Komputer riba ini dilengkapi kamera 12MP Center Stage dan memori bermula dari 16GB RAM.

Pasaran hartanah 2024: 4 faktor di sebalik rekod tertinggi dalam 10 tahun
Pasaran hartanah Malaysia mencatat pencapaian luar biasa pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tertinggi dalam sedekad dan nilai keseluruhan melebihi RM200 bilion buat pertama kali.

12 ADUN, Ahli Parlimen PH Sabah tarik balik saman pemula terhadap kerajaan
Dua belas wakil rakyat PH Sabah menarik balik saman pemula bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya kerajaan Persekutuan memperakui dan memberikan hak-hak Sabah yang termaktub dalam perlembagaan.

GRS tidak akan tunggu bagi tuntut hak Sabah di bawah MA63
Sabah mahu meterai perjanjian cari gali minyak dan gas dengan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Shafie tempelak pihak pertikai usaha memperjuang hak Sabah
Presiden Warisan berkata, parti itu membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir negara.