BUKIT GANTANG: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan ahli majlis di setiap negeri mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan larangan penjualan minuman beralkohol kepada umat Islam di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata larangan berkenaan boleh dikuatkuasakan atas kebijaksanaan PBT dan ahli majlis, kerana mereka mempunyai satu bidang kuasa untuk mengenakan peraturan itu dalam kalangan umat Islam di kawasan masing-masing.
"Sebelum ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga mengenakan peraturan memperketatkan penjualan minuman keras terutama kepada umat Islam.
"Terpulang kepada PBT dan ahli majlis, dan kita harap peraturan itu merupakan satu permulaan bagi melarang penjualan arak secara terbuka kepada umat Islam," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Musa'adah Banjir di Dewan Orang Ramai Sungai Kerang dekat sini hari ini.
Seramai 127 orang menerima bantuan itu membabitkan 79 penerima di Terong dan 48 penerima di Sungai Kerang.
Idris berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama Mohd Akmal Kamarudin dan Majlis Daerah Selama (MDS) Perak, yang tidak membenarkan penjualan arak secara runcit bermula tahun depan.
Mohd Akmal dilaporkan berkata perkara itu telah diputuskan oleh MDS selaku pihak pentadbiran tempatan.
Idris berkata ia turut boleh dilihat dengan beberapa negeri seperti Kelantan dan Terangganu yang telah lama menguatkuasakan larangan penjualan arak kepada umat Islam.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai penukaran nama jenama arak Timah, beliau berkata bidang kuasa itu terletak kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), untuk melakukan pemantauan.
"KPDNHEP yang akan putuskan penukaran jenama itu dan akan menguruskannya yang mana ia di bawah kendalian mereka," katanya.
Sebelum ini, isu arak mengguna pakai jenama 'Timah' menimbulkan kontroversi kerana didakwa tidak menjaga sensitiviti masyarakat Islam di negara ini, sejak dilancarkan pada awal bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 04 2021

Idris berkata larangan berkenaan boleh dikuatkuasakan atas kebijaksanaan PBT dan ahli majlis, kerana mereka mempunyai satu bidang kuasa untuk mengenakan peraturan itu dalam kalangan umat Islam di kawasan masing-masing. - Gambar fail/BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Majlis daerah jangan tembak haiwan liar sesuka hati - Ismail Sabri
Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang diluluskan di Dewan Rakyat 'mengikat' pihak majlis daerah dalam mengambil tindakan terhadap haiwan terbiar atau liar.

SPRM tahan penguat kuasa PBT minta rasuah pemilik restoran letak kerusi, meja di parkir
SPRM menahan seorang pegawai penguat kuasa sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada pemilik restoran.

Rancangan untuk kurangkan masa kelulusan pembangunan disambut baik - REHDA
Ia akan membantu mengurangkan kos pegangan pemaju dan membolehkan mereka menyalurkan penjimatan kepada pembeli hartanah.

MBPP buat laporan polis lelaki menyamar petugas minta 'angpau'
MBPP membuat laporan polis berhubung lelaki menyamar sebagai petugas pembersihan PBT itu dipercayai untuk meminta 'angpau' daripada penduduk di kawasan Batu Lancang.

Melaka tempatkan polis jaga pematuhan SOP bazar Ramadan
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka yang mempunyai kuasa juga sedia mengeluarkan kompaun.

Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis
Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 41 tahun didakwa tidak berpuas hati selepas pihak polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap mereka.

PKPP: PBT kini sertai polis dan tentera dalam Task Force Pematuhan SOP
Dengan penyertaan PBT, lesen pemilik premis perniagaan yang masih degil boleh dibatalkan serta-merta.

PBT sertai operasi, ini lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan
PBT akan sertai Task Force Operasi Pematuhan, agar lesen pemilik premis yang ingkar PKP dapat dibatalkan serta-merta.

DPIM gesa tindakan tegas terhadap pencemar sungai di Selangor
Siasatan awal mendapati punca pencemaran adalah disebabkan kilang yang gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat.

Penduduk kecewa enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan
Itu keadaan yang dihadapi lebih 30 keluarga di Kampung Ganding, Alor mengkudu, Alor Setar.