KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu menguatkuasakan syarat untuk mewajibkan kontraktor pembinaan dalam melakukan pengubahsuaian supaya berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata PBT juga perlu menguatkuasakan syarat pemilikan sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) kepada syarikat kontraktor memandangkan setakat ini, syarat itu dipersetujui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) namun penguatkuasaan di peringkat PBT belum dilaksanakan.
"Kadangkala pengubahsuaian sekarang ini dilaksanakan oleh kontraktor tidak berdaftar dengan CIDB dan lebih sedih lagi, kadang-kadang kontraktor tiada kemahiran tertentu menyebabkan kualiti kerja tidak mencapai standard sepatutnya.
"...yang akhirnya rugi adalah pengguna, pemilik rumah yang menggunakan duit simpanan mereka tetapi kualiti kerja tidak memuaskan...sebab itu saya kira bukan sahaja kita mewajibkan, kontraktor yang melakukan kerja pengubahsuaian ini perlu berdaftar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Melayu Malaysia (PKBM) kali ke-4 dan Konvensyen Kontraktor Muda Bumiputera di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam Selasa.
Fadillah berkata dengan mewajibkan kontraktor yang melakukan kerja pengubahsuaian berdaftar dengan CIDB itu, ia akan memastikan kualiti kerja kontraktor di samping hanya kontraktor berkelayakan dapat melaksanakan kerja-kerja berkenaan.
Beliau berkata ini kerana pada masa ini, terdapat pekerja-pekerja asing yang juga melaksanakan kerja pengubahsuaian sebagai majikan dan bukan lagi sebagai pekerja.
"Di sinilah peranan KPKT untuk mewajibkan di peringkat PBT supaya segala kerja pengubahsuaian dilakukan oleh kontraktor berdaftar dengan CIDB dan mereka yang layak bukan lagi boleh (membenarkan) pekerja-pekerja asing (melakukan pengubahsuaian).
"Sekarang ini pun (pekerja asing) dapat membuat kerja-kerja pengubahsuaian sebagai majikan, dulu mereka sebagai pekerja tapi sekarang ini mereka juga merupakan majikan yang membuat pengubahsuaian," katanya.
Pada majlis sama, Fadillah turut menyampaikan Anugerah Kontraktor Muda Cemerlang kepada enam kontraktor dalam persatuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023

Fadillah berkata ini kerana pada masa ini, terdapat pekerja-pekerja asing yang juga melaksanakan kerja pengubahsuaian sebagai majikan dan bukan lagi sebagai pekerja. - Foto fail/BERNAMA

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB
Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd zaid Zakaria berkata sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB.

Belanjawan 2024 buka peluang kontraktor kecil - CIDB
Peruntukan sebanyak RM72.7 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk pelaksaan kerja-kerja pembinaan akan membuka peluang kerja kontraktor-kontraktor kecil dan sederhana (G1 hingga G4).

Projek Solar: CIDB saman Jepak Holdings, tuntut bayar levi RM1.65 juta
Projek solar hibrid itu dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang dibicarakan.

Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.

CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari
Notis terbanyak dikeluarkan di Sarawak iaitu 540 notis diikuti Johor (325), Selangor (296), Terengganu (281), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (242) dan Sabah (236) manakala selebihnya di negeri lain.

Penularan kepialu terkawal, vaksin mencukupi - Subramaniam
Penularan kes ini terkawal dan dipantau rapat pihak kementerian dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Guna bahan lestari untuk rumah mangsa banjir - Fadillah
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyarankan penggunaan panel komposit poliuretana yang ringan untuk membina rumah baharu mangsa banjir.

Lesen kontraktor masjid runtuh bakal digantung--CIDB
Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Terenganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata Jabatan Kerja Raya akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.