KUALA LUMPUR: Setelah berakhirnya cuti pertengahan tahun, pelajar kembali menyambung sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada minggu ini, susulan penularan kes COVID-19 yang masih tinggi dan di tahap membimbangkan.
Pada situasi semasa, PdPR adalah kaedah terbaik bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pelajar berikutan wujudnya beberapa kluster institusi pendidikan selain trend terbaharu jangkitan dalam kalangan kanak-kanak melalui gelombang ketiga yang dilaporkan.
Walaupun kebanyakan ibu bapa berasa lega apabila PdPR disambung untuk tempoh 25 hari lagi namun timbul juga kebimbangan sekiranya tempoh pembelajaran itu berlanjutan dalam tempoh lebih lama lagi.
Jika berlanjutan, sudah pasti memberi cabaran besar terutamanya kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, memandangkan sejak tahun lepas lagi mereka kurang mendapat peluang belajar secara bersemuka di sekolah berikutan penularan pandemik itu.
Berbeza dengan pelajar SPM 2020, mereka berpeluang menjalani sesi persekolahan secara fizikal ketika tingkatan empat dan hanya menghadapi kemelut pembelajaran ketika memasuki tingkatan lima.
Pensyarah Kanan (Bimbingan dan Kaunseling) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Syed Mohamad Syed Abdullah mengakui pihaknya menerima banyak rungutan mengenai kebimbangan terhadap isu kaedah pembelajaran berkenaan.
Beliau berkata berdasarkan tinjauan dan pemerhatian dilakukan, kebanyakan ibu bapa, biarpun berasa lega dan selamat apabila anak-anak mereka berada di rumah, namun pada masa sama bimbang jika PdPR berlangsung dalam tempoh lebih lama.
"Memang, pelajar SPM 2021 adalah golongan paling terkesan ketika ini.
"Kerisauan ibu bapa adalah lebih kepada ketidakpastian sama ada anak mereka faham atau sebaliknya apabila belajar secara PdPR selain dilihat tidak bersemangat kerana pelbagai masalah atau kekangan dihadapi ketika belajar secara dalam talian," katanya.
Dalam polemik ini, Syed Mohamad melihat ia masih lagi berkait isu pergelutan tempoh penyesuaian ibu bapa serta pelajar dalam PdPR kerana ibu bapa masih berpandangan sesi secara bersemuka di sekolah amat penting dalam membantu mendapatkan pembelajaran lebih baik.
Justeru, dalam menangani faktor kebimbangan serta kelesuan motivasi dalam kalangan pelajar khususnya calon SPM 2021, pendekatan sebaiknya pada masa ini adalah menjadikan kejayaan serta semangat pelajar SPM 2020 sebagai satu indikator buat mereka untuk lebih fokus dan kekal berdaya juang.
"Mereka tidak perlu bimbang atau down tetapi sebaiknya mengambil semangat abang, kakak SPM 2020 yang mendapat keputusan cemerlang meskipun dalam situasi pembelajaran tidak menentu menerusi PdPR, maksudnya ia bukanlah penghalang meraih kejayaan.
"Sebenarnya, mereka yang SPM 2020 berhadapan cabaran lebih sukar memandangkan tengah belajar secara tiba-tiba pengoperasian sekolah bertukar kepada kaedah PdPR dan ketika itu kita sedia maklum pelbagai masalah dihadapi disebabkan ia masih baharu," katanya.
Biarpun mengakui masih terdapat beberapa masalah dalam melaksanakannya, namun usaha menambah baik yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) mahupun guru telah memastikan pengajaran PdPR lebih menarik bagi meningkatkan penerimaan pelajar.
Kalau dilihat secara logik, calon SPM 2021 sebenarnya mempunyai 'kelebihan' kerana telah didedahkan awal dengan PdPR dan pengalaman tersebut pastinya membantu memudahkan mereka untuk mengadaptasikannya dengan lebih baik.
Malah, beliau percaya KPM dan pihak sekolah mempunyai pelan dan strategi sekiranya kaedah pembelajaran secara dalam talian ini berlanjutan lebih lama berdasarkan pengalaman yang ditempuh sebelum ini.
Pelbagai alternatif dalam melaksanakan PdPR turut dijalankan yang mana tidak hanya tertumpu secara dalam talian sahaja.
Ini termasuk saluran televisyen pendidikan seperti DidikTV serta penglibatan pelbagai agensi lain dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang turut membantu memastikan sesi pembelajaran PdPR kali ini adalah lebih baik berbanding sebelumnya.
"Walaupun bertambah baik, keberkesanan PdPR masih perlu dibuat kajian lanjut oleh KPM bagi mengenal pasti pelbagai kelompongan, kekurangan, supaya dapat diatasi segera.
"Kita mungkin tidak dapat membuat penambahbaikan sekali gus, tetapi usaha ini perlu dipertingkat dari semasa ke semasa seperti membantu golongan B40 dalam pelajaran," katanya.
Sementara itu, Pakar Psikologi Universiti SEGI Prof Datin Dr Mariani Md Nor berpandangan KPM boleh menggunakan DidikTV dengan sasaran lebih menyeluruh untuk mengetengahkan program yang dapat membantu mengurangkan tekanan pelajar.
Mariani berkata menerusi saluran televisyen, pihak sekolah, guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan masing-masing dalam ekosistem pandemik pada masa kini bagi memastikan emosi dan minda pelajar stabil.
''Dengan situasi belajar di rumah, saya cadangkan supaya khaskan satu episod di DidikTV untuk kita wujudkan bengkel atau webinar yang boleh membantu dan mendidik pelajar agar mereka tenang dan lebih positif dalam mendepani cabaran menghadapi pandemik.
''Guru bukan hanya mengajar sebaliknya boleh membimbing. Tampilkan guru bimbingan dan kaunseling yang boleh memberi khidmat nasihat kepada pelajar,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 15 2021
![PdPR: Calon SPM 2021 paling terkesan PdPR: Calon SPM 2021 paling terkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623143588_PdPRanakyatim.jpg)
Pada situasi semasa, PdPR adalah kaedah terbaik bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pelajar. -Gambar hiasan
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723548182_TBAdnanMat.jpg)
Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
![Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736749898_KPMjpg.jpg)
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
![Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713608544_kementerianpendidik.jpg)
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
![38 calon SPM di Johor terkesan banjir 38 calon SPM di Johor terkesan banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
38 calon SPM di Johor terkesan banjir
Daripada angka itu, seramai 21 orang calon SPM tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
![KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024 KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729735604_TBLOGOKPM.jpg)
KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
Menurut KPM, siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.
![Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735787863_SPM.jpg)
Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini
Cuaca cerah pagi ini di kebanyakan negeri membantu melancarkan perjalanan calon untuk menghadiri ujian penting itu.
![Peperiksaan SPM di Johor tetap ikut jadual 6 Januari depan Peperiksaan SPM di Johor tetap ikut jadual 6 Januari depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735787208_SPM.jpg)
Peperiksaan SPM di Johor tetap ikut jadual 6 Januari depan
Seramai 49,980 calon di Johor akan duduki kertas peperiksaan Bahasa Inggeris kertas satu dan dua serta Tasawwur Islam pada Isnin depan.
![SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735786721_SPM.jpg)
SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir
Langkah tersebut antara mekanisme dan pelan integrasi bagi memastikan kesemua calon SPM di negeri berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan.
![Calon SPM berdepan masalah, maklum segera kepada sekolah, JPN Calon SPM berdepan masalah, maklum segera kepada sekolah, JPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735785604_CalonSPM.jpg)
Calon SPM berdepan masalah, maklum segera kepada sekolah, JPN
Wong berkata, pihaknya bersedia membantu calon-calon SPM dalam memastikan mereka tidak tercicir untuk mengambil peperiksaan.
![Banjir: 'Anak-anak kita jauh lebih kental' - Fadhlina puji kehadiran calon SPM lebih 97 peratus Banjir: 'Anak-anak kita jauh lebih kental' - Fadhlina puji kehadiran calon SPM lebih 97 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734583129_FadhlinaSidekMent.jpg)
Banjir: 'Anak-anak kita jauh lebih kental' - Fadhlina puji kehadiran calon SPM lebih 97 peratus
Peratusan kehadiran calon ujian bertutur Bahasa Melayu SPM di tiga negeri yang paling terjejas akibat banjir melepasi 97 peratus.