KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merujuk penjenayah warga asing yang disabitkan kesalahan di mahkamah terutamanya ketua-ketua sindiket penipuan dan maksiat kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk diisytiharkan sebagai persona non grata, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
PDRM senada dengan Jabatan Imigresen dalam hal ini bagi mengekang kegiatan jenayah di dalam negara ini yang didalangi oleh warga asing.
“Dengan harapan mereka tidak boleh masuk (Malaysia) lagi. Seumur hidup (mereka) tidak boleh masuk ke dalam negara ini," katanya dalam sidang media sempena Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Operasi (PTO) Op Benteng di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini semalam.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Mohamad Fauzi Md Isa berkata apabila seseorang warga asing sudah diisytihar persona non grata maka dia dilarang memasuki Malaysia seumur hidup.
"Bila dia tidak dibenarkan masuk, dia tidak dapat kemudahan imigresen yang diberikan kepada setiap warga asing itu misalnya mohon visa atau memohon permit kerja, ia tidak dibenarkan. Hendak masuk pun tak boleh," katanya.
Mengulas sama ada pendatang yang memasuki negara ini secara haram boleh dikenakan tindakan sama, beliau berkata warga asing yang memasuki negara ini secara tidak sah adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dan akan disenarai hitamkan.
"Jadi, kesalahan menceroboh itu boleh dikenakan persona non grata dan pengisytiharan itu telah lama dilaksanakan sejak penguatkuasaan akta (melibatkan pengisytiharaan itu)," katanya.
Pada Ahad, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dilaporkan berkata warga asing yang didapati terlibat dan disabitkan dengan kesalahan membabitkan kegiatan jenayah akan diisytiharkan sebagai persona non grata.
Keputusan itu terpakai untuk semua warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen tanpa mengira jenis pas yang dimiliki.
Persona non grata adalah orang yang tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lamanya setelah didapati bersalah melakukan kesalahan (jenayah) yang tidak dapat dimaafkan (berat) semasa dia berada di sesebuah negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 14 2020

Tan Sri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara. - Gambar fail

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

104 negara anggota PBB, Kesatuan Afrika kecam pengisytiharan Israel terhadap Guterres
Gabungan 104 negara anggota PBB bersama Kesatuan Afrika pada mengecam keputusan Israel untuk mengisytiharkan Setiausaha Agung Antonio Guterres sebagai "persona non grata."

Mesir senada dengan UNSC, sokong Guterres di sebalik pengisytiharan Israel
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, jurucakap Kementerian Luar Mesir menyatakan sokongan tegas Kaherah terhadap Setiausaha Agung.

Menteri Luar Israel isytihar Guterres sebagai "persona non grata", larang masuk Israel
Menteri Luar Israel, Yisrael Katz mengisytiharkan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres sebagai "persona non grata" di Israel dan melarangnya memasuki negara itu.

Sudan isytihar Ketua UNITAMS sebagai 'persona non grata'
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres telah dimaklumkan mengenai keputusan untuk mengisytiharkan Volker Perthes, sebagai "persona non grata".

Selepas dutanya diusir dari Kanada, China ambil langkah serupa
Jurucakap Kementerian Luar China pada Selasa mengisytiharkan diplomat Konsulat Jeneral Kanada di Shanghai sebagai persona non grata, lapor Xinhua.

Kanada usir diplomat China
Diplomat Zhao Wei disenaraikan sebagai "persona non grata" oleh kerajaan Kanada.

Peru isytihar Duta Mexico sebagai persona non grata
Pablo Monroy Conesa diberikan tempoh 72 jam untuk meninggalkan Peru.

PDRM akan rujuk penjenayah warga asing kepada Imigresen untuk diisytihar persona non grata
PDRM senada dengan Jabatan Imigresen dalam hal ini bagi mengekang kegiatan jenayah di dalam negara ini yang didalangi oleh warga asing.

Ketua sindiket, scammers perlu diisytihar 'persona non grata' - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, selepas mereka diisytiharkan sebegitu, mereka tidak lagi akan dibenarkan memasuki negara ini untuk seumur hidup.

Arab Saudi usir duta Kanada
Arab Saudi turut memanggil pulang dutanya ke Kanada Naif bin Bandar Al-Sudairi serta membekukan semua perniagaan dan pelaburan baharu dengan Kanada.