Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan pihak pengurusan universiti awam dan swasta melakukan pemantauan bagi membendung penuntut menyertai dan menyokong kumpulan militan IS terutama menerusi media sosial.
Beliau berkata PDRM melalui Unit Anti Keganasan Cawangan Khas sentiasa melakukan pemantauan bagi membendung penglibatan pelajar universiti awam dan swasta di negara ini daripada menyertai dan menyokong kumpulan militan berkenaan.
"Pemantauan ini bukan sahaja dilakukan di universiti awam dan swasta, tetapi juga terhadap individu dan organisasi kerana terdapat kumpulan militan tertentu yang cuba merekrut dan membuat penyaluran dana kepada pengganas dan bakal pengganas yang dilatih untuk kumpulan mereka (IS) di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai penglibatan penuntut universiti di negara ini dalam kumpulan militan.
Ahmad Zahid baru-baru ini, melaporkan sehingga kini, 100 rakyat Malaysia disahkan ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan kumpulan militan dan angka itu tidak termasuk 61 rakyat Malaysia yang dikesan berada di Syria dan Iraq serta 10 orang yang telah terbunuh.
Katanya, beliau akan membentangkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 di Parlimen bagi melakukan usaha penambahbaikan dari segi pemantauan.
Mengulas mengenai kemelut yang dihadapi parti MIC, Ahmad Zahid berkata beliau akan memastikan pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS) atau pemimpin utama Barisan Nasional (BN) tidak campur tangan mengenai keputusan parti itu untuk memilih anggota barisan kepimpinan dalam MIC.
Beliau berkata pemilihan semula di semua peringkat dalam parti itu yang merupakan arahan RoS dan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah usaha untuk melihat krisis MIC berakhir pada Jun ini.
"Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam soal pertubuhan, yang mana RoS juga di bawah tanggungjawab saya. Saya akan memastikan tiada campur tangan RoS dan juga pihak lain yang cuba mempengaruhi pemilihan kali ini.
"Kita dengan penuh yakin menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan MIC bagi menyelesaikan masalah itu dan menjadikan MIC parti dokongan masyarakat India terutama untuk kepentingan sosiopolitik kaum itu di negara ini," katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjara ke-225 dan Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Penjara di Pusat Latihan Pegawai Penjara di sini, pada Khamis.
Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata kementeriannya menaruh kepercayaan kepada Jabatan Penjara Malaysia dalam memberikan khidmat bakti dengan mengawal dan memulihkan banduan di negara ini.
Katanya, ia boleh dilihat melalui kadar residivis (kemasukan berulang) bekas banduan yang dicatatkan di bawah paras sembilan peratus iaitu merupakan pencapaian positif dan yang terbaik di peringkat Asia.
"Pencapaian ini adalah disebabkan modul pemulihan dan skema latihan yang dipinda bagi melakukan pemulihan ke atas penghuni penjara.
"Kami juga berbangga kerana penjara dari luar negara mula mempelajari sistem pemulihan yang digunakan di negara ini, malah ada antara mereka yang telah mengguna pakai modul pemulihan Jabatan Penjara Malaysia untuk diaplikasi dalam pemulihan banduan di negara mereka," katanya.
Bernama
Fri Mar 20 2015

AHMAD ZAHID: PDRM dan universiti jalin kerjasama bendung penglibatan penuntut dalam IS - Gambar fail

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan - Ahmad Zahid
T20 purata guna RM399 sebulan bagi petrol RON95 - Ahmad Zahid

UMNO pertimbang tarik diri daripada menyokong PN
Hubungan tegang UMNO dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin tegang apabila UMNO mengumumkan untuk mempertimbangkan untuk menarik diri daripada gabungan itu.

Sabah Memilih: BN akan runding agih kerusi bersama gabungan
Rundingan mengenai pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dimuktamadkan selewat-lewatnya seminggu sebelum hari penamaan calon.

Kami alu-alukan bertanding di Bagan Datuk dan Pekan - TPM Zahid
Ahmad Zahid mengulas berhubung cadangan bagi Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai lokasi bertanding PRU14 akan datang.

Kerajaan tangguh pelaksanaan PLKS, guna pakai sistem lama - TPM Zahid
Nelayan yang menggunakan khidmat pekerja asing itu akan terus menggunakan sistem lama atau Pas Pelaut yang hanya perlu disahkan Jabatan Perikanan selain negara asal nelayan asing berkenaan.

Tajol Rosli beri saya 'nyawa' dalam politik - TPM Zahid
Beliau berkata selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, dirinya dianggap seperti 'kiambang' dan 'dibenci' beberapa pemimpin UMNO.

Malaysia mahu lebih banyak langkah konkrit untuk realisasikan RCEP
Ia menawarkan peluang luas dan pelbagai kemungkinan bagi Asia dan Eropah untuk membawa kerjasama dan perkongsian ekonomi ke tahap lebih tinggi.

Semoga taubat Nizar Jamaluddin diterima Allah - Zahid Hamidi
Bagaimanapun, Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih di atas kecaman Mohammad Nizar tersebut dan pada masa sama berharap semoga taubat beliau diterima Tuhan.

PM Malaysia dipilih melalui perundangan dan demokrasi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kaedah lain itu tidak mengikuti tata etika sebagaimana termaktub dalam perlembagaan dan perundangan negara.

Isu pekerja asing: Jangan cari publisiti murahan desak Ahmad Zahid 'resign' - Armand
Presiden Ikhlas dinasihat tidak mencari publisiti murahan apabila meminta Ahmad Zahid meletakkan jawapan dalam isu kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini.