KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa berwaspada dengan kemungkinan wujudnya pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan cara menjual sijil digital vaksinasi palsu secara dalam talian.
Presiden Persatuan Pemeriksaan Fraud Bertauliah Malaysia Datuk Seri Akhbar Satar berkata, hingga kini kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang sijil secara fizikal bagi membuktikan mana-mana orang awam sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19.
Beliau berkata, PDRM perlu berwaspada dalam memperketat pemeriksaan dengan meneliti akaun MySejahtera orang awam supaya bertepatan dengan kad pengenalan dipaparkan.
"Polis juga perlu memastikan orang awam tidak hanya sekadar tangkap layar sijil digital vaksinasi mereka bagi mengelakkan penyalahgunaan sijil digital itu," katanya kepada Bernama hari ini.
Akhbar turut menggesa agensi penguat kuasa supaya lebih ke hadapan dalam mengesan kebarangkalian akaun MySejahtera digodam untuk mendapatkan sijil digital vaksin palsu menerusi telefon bimbit.
"Pihak PDRM diminta untuk lebih proaktif memantau mana-mana 'dark web' yang mungkin menjurus kepada unsur penggodaman akaun MySejahtera supaya maklumat awal boleh diperoleh.
"Kerajaan juga perlu mengambil berat mengenai kemungkinan orang luar yang memasuki negara ini sama ada negara mereka benar-benar menyediakan sijil digital vaksinasi secara fizikal kerana didapati terdapat aktiviti penjualan sijil itu secara tidak sah di 'dark web'," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan setakat ini hanya satu laporan diterima pihaknya berhubung perkara itu.
"Laporan polis dibuat berdasarkan khabar angin dan polis tidak menerima apa-apa laporan berkaitan pemilikan atau penjualan sijil digital vaksinasi palsu.
"Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana memberikan maklumat palsu dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan dan lain-lain," katanya ketika dihubungi hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 12 2021
![PDRM digesa waspada kewujudan sindiket kaut untung jual sijil digital vaksinasi PDRM digesa waspada kewujudan sindiket kaut untung jual sijil digital vaksinasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628766488_TBSIJILDUADOS.jpg)
PDRM perlu berwaspada dalam memperketat pemeriksaan dengan meneliti akaun MySejahtera orang awam supaya bertepatan dengan kad pengenalan dipaparkan. - Bernama
![KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.
![Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739360562_tbwanitamautkemal.jpg)
Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan
Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
![Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429889_MAJLISPENYERAHANBI.jpg)
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
![Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000 Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739431283_NursyafiqahHermansh.jpg)
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739427948_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
![4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan 4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739429620_TBTaiwanExplosion.jpg)
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
![Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738927419_TBBAZAAR.jpg)
Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.
![Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682374028_malariavaccine.jpg)
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
![Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659462679_vaksinasisarawak.jpg)
Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt
Vaksin COVID-19 terkini ini memberikan tindak balas imun yang lebih kuat terhadap strain terkini dan yang akan datang berbanding versi terdahulu.
![Pakistan lapor 40 kes polio, umum kempen vaksinasi baharu Pakistan lapor 40 kes polio, umum kempen vaksinasi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
Pakistan lapor 40 kes polio, umum kempen vaksinasi baharu
Sebanyak enam kes polio dilaporkan tahun lalu, menurut data rasmi, turun daripada kemuncak 147 kes pada 2019.
![Kempen vaksinasi polio capai lebih 82 peratus sasaran kanak-kanak di Semenanjung Gaza Kempen vaksinasi polio capai lebih 82 peratus sasaran kanak-kanak di Semenanjung Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
Kempen vaksinasi polio capai lebih 82 peratus sasaran kanak-kanak di Semenanjung Gaza
527,776 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun menerima dos pertama vaksin polio di kawasan Palestin.
![Kempen vaksinasi polio di Gaza diteruskan di tengah peperangan Israel Kempen vaksinasi polio di Gaza diteruskan di tengah peperangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725120354_TBGAZAPOLIO.jpg)
Kempen vaksinasi polio di Gaza diteruskan di tengah peperangan Israel
Kempen vaksinasi polio untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun diteruskan untuk hari kedua di tengah Semenanjung Gaza pada Isnin.
![Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698309770_vaksinrabies.jpg)
Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.
![China laksana pelan vaksinasi baharu COVID-19 untuk kumpulan penting China laksana pelan vaksinasi baharu COVID-19 untuk kumpulan penting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61690880378_vaksin.jpg)
China laksana pelan vaksinasi baharu COVID-19 untuk kumpulan penting
Inokulasi vaksin yang berkesan terhadap subvarian XBB yang sangat kebal bakal dilaksanakan bagi menghadapi musim luruh dan musim sejuk akan datang.
![AS mansuh mandat vaksinasi COVID-19 pekerja persekutuan dan pengembara asing bermula 11 Mei AS mansuh mandat vaksinasi COVID-19 pekerja persekutuan dan pengembara asing bermula 11 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611639176_WhiteHouse.jpg)
AS mansuh mandat vaksinasi COVID-19 pekerja persekutuan dan pengembara asing bermula 11 Mei
Langkah serupa turut terpakai kepada pengembara asing yang memasuki Amerika Syarikat melalui pelabuhan darat dan terminal feri.
![COVID-19: Jepun tarik semula beberapa SOP mulai hari ini COVID-19: Jepun tarik semula beberapa SOP mulai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682737855_facemasks.jpg)
COVID-19: Jepun tarik semula beberapa SOP mulai hari ini
Kesemua pengembara yang mempunyai simptom masih perlu melakukan ujian COVID-19 selepas tiba di negara itu sehingga 8 Mei.