KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti seorang lagi individu di luar negara yang mempunyai kaitan dengan usaha pemulangan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai jutaan ringgit.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata ia merupakan penemuan positif susulan siasatan yang dilakukan terhadap bekas jurubank Kumpulan Goldman Sachs Roger Ng dalam pemulangan aset 1MDB di dalam dan luar negara.
Beliau berkata identiti individu lain itu tidak boleh didedahkan kerana akan mengganggu siasatan kes berkenaan.
"Penjejakan aset-aset berkenaan tidak semestinya melibatkan Roger Ng sebaliknya terdapat individu lain dikenal pasti mempunyai kaitan pemilikan dana 1MDB itu," katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ramli berkata siasatan terhadap Ng masih lagi diteruskan dan tumpuan akan diberikan kepada pemulangan aset 1MDB.
Ramli berkata aset-aset ini berada di pelbagai lokasi dalam dan luar negara dan ia menjadi tumpuan siasatan polis.
Sebelum ini, media melaporkan Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB, akan berdepan pertuduhan di negara ini.
Sementara itu, Ramli berkata seramai 1,160 individu ditahan bagi tempoh Januari sehingga 22 Okt lepas kerana disyaki terlibat dengan pusat panggilan sindiket penipuan seluruh negara yang melibatkan kerugian RM883,967.
Beliau berkata daripada jumlah yang ditahan itu, 791 merupakan warga tempatan dan 369 warga asing.
Ramli berkata mana-mana ejen, orang tengah atau pemilik kediaman yang menyewakan premis untuk sindiket pusat panggilan akan diambil tindakan kerana bersekongkol atau bersubahat.
"Semua ejen berkaitan sewaan akan dipertanggungjawab sebagai rakan sejenayah dan boleh dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan serta Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.
"Pemilik premis juga akan dipertanggungjawabkan atas prinsip kenali pelanggan anda," katanya sambil menambah 9,432 peranti turut dirampas bagi kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023

Ramli berkata ia merupakan penemuan positif susulan siasatan yang dilakukan terhadap bekas jurubank Kumpulan Goldman Sachs Roger Ng dalam pemulangan aset 1MDB di dalam dan luar negara. - Gambar/ Bernama
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

USD700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low tanpa kelulusan Lembaga Pengarah - Saksi
Bekas pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) R. Rajagopal berkata tiada kelulusan Lembaga Pengarah diperoleh bagi memindahkan USD700 juta dana syarikat itu kepada Good Star Limited.

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, dan dua syarikatnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.