Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan (penyerahan memorandum) 1,000 pesawah ke Putrajaya esok.
“PDRM telah menerima maklumat berkaitan kunjungan 1,000 pesawah ke Putrajaya bertarikh 27 Januari 2025, jam 10 pagi di hadapan bangunan Perdana Putra (PMO), Putrajaya.”
“PDRM menghormati hasrat para peserta, namun kami menasihati supaya memilih tarikh dan waktu yang berlainan bagi penyelerasan tugasan dan aturan keselamatan yang lebih sempurna,” katanya menerusi sebuah kenyataan media pada Ahad.
Ujarnya, nasihat itu adalah untuk mengelakkan segala kesulitan kepada para peserta 1,000 pesawah serta pandangan negatif terhadap PDRM, sekiranya mereka terpaksa melalui prosedur keselamatan yang ketat.
"Aturan keselamatan ini selari dengan tanggungjawab PDRM di bawah seksyen 3(3) Akta Polis 1967 bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan negara," tambah Razarudin lagi.