KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mendakwa PDRM gagal membuat siasatan terhadap satu laporan berhubung isu jual beli dan pindah milik saham syarikat melibatkan kerugian RM3.5 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata Setiausaha Agung MHO Datuk Seri Hishammuddin Hashim menerusi kenyataannya yang tular di media sosial mendakwa siasatan kes itu diklasifikasikan No Further Action (NFA) sedangkan terdapat bukti berlakunya penipuan.
Beliau berkata siasatan sewajarnya dilakukan oleh pegawai penyiasat yang terlibat dalam kes terbabit dan hasil siasatan mendapati pihak pengadu menerima sekitar 45 peratus daripada nilai keseluruhan pembelian saham yang dipersetujui.
"Lagipun, dalam perjanjian yang ditandatangani pengadu juga jelas menyatakan klausa bahawa pengadu mempunyai hak untuk memfailkan saman sivil terhadap pembeli sekiranya wang pembelian saham itu gagal dilunaskan dalam tempoh ditetapkan," katanya dalam sidang media di Menara KPJ di sini hari ini.
Beliau berkata kes berkenaan sudah dirujuk dan ditaklimatkan kepada Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur pada 30 Jan lepas yang seterusnya bersetuju bahawa isu dalam kes ini menjurus kepada kesalahan sivil maka kes kekal diklasifikasikan sebagai NFA.
"Ditegaskan bahawa PDRM telah mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang bagi menyiasat kes ini dan pihak pengadu mempunyai hak di bawah undang-undang untuk memfailkan saman sivil terhadap pembeli bagi mendapatkan semula kerugiannya.
"Sewajarnya, Setiausaha Agung MHO yang difahamkan juga seorang peguam, mewakili pengadu untuk memfailkan tuntutan berkenaan di mahkamah sivil," katanya.
Beliau berkata isu berkaitan ingkar perjanjian tidak boleh sewenang-wenangnya ditakrifkan sebagai kes penipuan dan jika logik ini digunakan maka ramai pegawai bank membuat laporan polis kerana ramai peminjam yang gagal membayar hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya.
"Justeru, semua pihak jangan takrifkan undang-undang mengikut kehendak dan selera sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika Sidang Media Khas Pengarah JSJK di Menara KPJ, hari ini. - Foto BERNAMA

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China
Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan kira-kira 50 tan peluru dan kelongsong dalam serbuan di kilang e-waste haram.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.

PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.